Anak Murung Rambut Ditobek Guru, lbu Tuntut Guru DisipIin KembaIikan Maruah Dan Semangat Anaknya Sebagai Pengawas Dihormati.

“ Tak hairan jika ramai guru yg menohon bersara awal. Buat ini salah buat itu salah. Terlalu ramai yg mempertikai kan tindakan guru demi kebaikan imej sekolah. Tak hairan juga jika ramai anak kita tercicir disebabkan kita sebagai ibubapa terlalu back up depa. ” – netizen

BEBERAPA hari lalu, kecoh di media sosial mengenai pandangan seorang individu yang mempertikaikan tindakan guru sekolah menggunting ‘ala kadar’ rambut pelajar sebagai hukuman kerana dibiarkan panjang.

Menurut individu berkenaan, ‘tradisi’ tersebut perlu diubah ketika ini, malah dia mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh guru jika berdepan dengan situasi sedemikian, antaranya memanggil tukang gunting rambut ke sekolah.

Nyata pendapat individu tersebut disanggah pelbagai pihak sama ada golongan guru mahupun ibu bapa kerana menyifatkan cadangannya seolah-olah ‘memanjakan’ pelajar.

Belum reda isu tersebut, seorang wanita pula menjadi mangsa kecaman terbaharu selepas dia tampil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak sekolah kerana menggunting rambut anak lelakinya.

“Mungkin posting saya ini akan ada yang kecam, mungkin juga ada yang boleh faham dan selami keadaan saya. Sebelum ini dia anak yang ceria, menjaga adab, rajin tolong buat kerja rumah.

“Dia seorang pengawas, selalu jadi imam dan pengacara majlis di sekolah. Murid yang berdisiplin, ikut peraturan sekolah. Juga seorang abang yang penyayang kepada adik-adiknya,” kongsi wanita berkenaan.

Bagaimanapun menurut wanita tersebut, anak lelakinya berubah perwatakan hampir 100 peratus disebabkan satu kejadian yang berlaku di sekolah, pada minggu lalu.

“Sejak kejadian Jumaat lepas, dia jadi kemurungan, rasa down sehingga tidak mahu keluar bilik, tak mahu makan… hanya baring sahaja tutup muka dan kepala atas tilam. Dia cuma bangun mandi dan baring semula.

“Punca hanya satu, cikgu disiplin telah memotong rambut dia bertobek-tobek sehingga hanya boleh dibotakkan sahaja untuk baiki tobek di kepalanya… tanpa memberi amaran.

“Hanya dia seorang saja yang kena potong rambut depan pelajar lain di sekolah waktu tu. Rambut dia dari dahulu start sekolah macam ni. Tak ada isu rambut panjang. Dia selalu ajak saya pergi kedai gunting rambut jika rambut dia panjang,” ceritanya.

Anak Murung Rambut Ditobek Guru, lbu Tuntut Guru DisipIin KembaIikan Maruah Dan Semangat Anaknya Sebagai Pengawas Dihormati.

Wanita tersebut turut memuat naik gambar anak lelakinya dengan gaya rambut yang sebelum dipotong, sebagai bukti.

Tambah wanita tersebut, disebabkan terlalu malu, anak lelakinya menyembunyikan diri di dalam tandas sebelum membuat keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

Kuatkan semangat dia balik. Tu benda yang kecil je, compare yang dia perlu hadap di masa hadapan. Potong sajalah balik bagi cantik.
NETIZEN

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita tersebut terlalu terikut dengan emosi dan hanya melihat salah guru dan sekolah semata-mata.

“Overprotective tak membantu. Anak mungkin berjiwa lemah, sentimental disebabkan peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik perasaan anak-anak. Majoriti ibu bapa akan kata anak-anaknya yang terbaik, sering diberikan pujian, jadi jiwa anak jadi lemah.

“Kuatkan semangat dia balik. Tu benda yang kecil je, compare yang dia perlu hadap di masa hadapan. Potong sajalah balik bagi cantik.

“Buku peraturan dan disiplin sekolah tu beli saja-saja ke? Tapi tak baca, apatah lagi dihadamkan,” demikian antara komen netizen.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Check Also

Achey Mohon D0a Orang Ramai, Ini Keadaan Terkini Isteri Achey SeIepas Buat Pembed4han Hari Ini

Bintang Muzikal Lawak Superstar 3, Achey memaklumkan isterinya Nor Hasanah Yahaya selamat menjalani pembedahan untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.