
Rumah tangga madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dengan suami, Rosland Othman menjadi bualan warganet selepas gagal bertemu jalan pendamaian di mahkamah. Bapa aku kahwin dua boleh.
Susulan isu menyekat panggilan telefon Adibah serta gagal menjalankan tanggungjawab memberi nafkah, anak kepada Rosland tampil bersuara menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ciapan pada Sabtu, anak yang dikenali sebagai Izzah ini mempersoalkan percutian ayahnya bersama Miera dan anak mereka, Rachel Aisyah, ke Vienna, Austria, pada Januari lalu.
Katanya, ayahnya mampu pergi bercuti tetapi culas bayar nafkah kepada ibunya dan anak-anak lain.
Nak keadilan untuk ibu. Dalam pada itu, Izzah turut meluahkan rasa kecewa dan penat dengan sikap ayahnya yang menjadi ‘mangsa’ keadaan serta memberi alasan tidak berasas.
Tegasnya, dia hanya menginginkan keadilan terhadap ibunya yang sudah teraniaya sejak sekian lama.
Pada Jumaat lalu, Adibah menuntut Rosland untuk menyelesaikan tuntutan nafkah dia dan hak anak-anak yang tidak dibayar selama lebih setahun.
Katanya lagi, Rosland juga telah menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas (WhatsApp) sejak September 2021.
Dakwanya lagi, Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak berkahwin dengan Miera pada 26 Julai 2020.
Siapa sangka, madu pertama kepada aktres Miera Leyana (30) iaitu Adibah Abdul Mutalib turut berdepan dugaan sama menjadikan rumah tangganya terbiar tanpa tali.
Rosland perlu sedia dengan tuntutan yang akan difailkan isteri pertama. Semalam menerusi laporan Malaysia Kini, Peguam Syarie mewakili Adibah meminta pihak suami, Rosland Othman (50) untuk bersedia dengan tuntutan yang akan dibuat.
Hal ini kerana, proses sulh (berdamai) yang dijalankan di Mahkamah Syariah Putrajaya semalam hanya menemui jalan buntu. Ini ibarat penylksaan em9si berpanjangan..Dah lama tak balik rumah Adibah.
Bukan sahaja block, malahan Rosland dikatakan culas memenuhi nafkah anaknya melebihi tempoh setahun. Mempunyai lebih daripada 1 isteri memang tidak salah, namun tindakan seperti itu disifatkan sebagai mencemarkan kesucian dan nilai poligami.
“Roslan tak menjaga hati isteri pertamanya apabila tak memberikan nafkah, selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi teks pesanan ringkasnya.
“Ini adalah satu penderaan mental yang berpanjangan, ditambah pula dia juga sudah lama tak pulang ke rumah Adibah.
“Perbuatan ini ibarat perkahwinan berusia lebih 20 tahun itu tak ada nilai. Orang lain juga berpoligami tapi jangan burukkan nama agama,”
Sumber : ohbulan
Leave a Reply