Connect with us

#celeb

“Anak sulung saya juga rapat dengan Noah” – Aishah Sinclair Berharap Keluarganya Dan BCL Dapat Bersama Dalam 1 Negara.

Pelakon dan penyampai radio, Aishah Jennifer Mohamed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Aishah Sinclair baru-baru ini menyatakan hasratnya sekeluarga untuk segera ke ibu negara Indonesia, Jakarta apabila sempadan negara dibuka akan datang.

Aishah dan sekeluarga ingin ke Indonesia untuk bertemu dengan kakak iparnya, Bunga Citra Lestari (BCL).

“Sebaik sahaja negara kita membuka sempadan, Insya-Allah saya dan ahli keluarga akan ke Jakarta untuk bertemu BCL. Kami mahu terus memberi sokongan kepadanya, jika diikutkan perancangan asal, kami sekeluarga sepatutnya beraya di Jakarta bersama BCL, tetapi apakan daya, krisis COVID-19 melanda dan kami harus berada di Malaysia,” katanya kepada pihak Gempak.

Aishah berkesempatan untuk cerita tentang kekariban antara anak sulungnya dengan anak BCL dan abangnya iaitu Noah.

“Anak sulung saya juga rapat dengan Noah, mereka berdua sangat gembira ketika bertemu, tetapi sejak Perint4h Kaw4lan Perger4kan dilaksanakan, mereka hanya berhubung menerusi panggilan video sahaja.”

“Melihat pada semua yang berlaku ini, betapa saya berharap yang kami semua tinggal dalam satu negara,” ujarnya.

Terbaharu, penyanyi yang lebih dikenali dengan panggilan BCL itu telah melancarkan sebuah lagu baharu yang berjudul ’12 Tahun Terindah’ yang merupakan luahan perasaan rindunya terhadap suami tercinta.

Lirik lagu yang ditulis oleh BCL ini juga menyatakan bahawa beliau bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana telah meminjamkan Ashraf kepadanya selama 12 tahun untuk menjadi kenangan paling indah dalam hidupnya itu.

BCL dan Ashraf berkahwin pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair.

Aishah Sinclair kehilangan abang tersayang, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair pada tanggal 18 Februari 2020 akibat penyakit serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Sumber: artis dan astro awani

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending