Connect with us

#viral

Anak To’ki tampil bersuara jelas apa yang terjadi

Siapa sangka, kisah tentang penyanyi legenda, To’ki yang menjadi kisah hangat di media telah mendapat perhatian dari anaknya yang diakui kali terakhir jumpa dengan ayahnya pada empat tahun yang lepas.

Apa yang berlaku sebenarnya? Mari kita baca kisahnya.

Noor Hidayah, anak kedua daripada lima beradik menyatakan bahawa ketika 16 tahun lalu, ibu dan ayahnya telah memutuskan untuk berpisah.

Namun dengan kuasa media sosial pada hari ini, Hidayah dan adik beradiknya mengetahui kisah ayahnya melalui media yang tular beberapa hari lepas.

Ketika diwawancara oleh media BH Online, Noor Hidayah mengatakan “Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB)… Itu sahaja, telefon atau mesej memang tiada,”

“Ketika ibu dan ayah berceral, saya berusia 11 tahun. Selepas berplsah, ayah menghiIangkan diri daripada kami. Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.”

Noor Hidayah atau mesra disapa sebagai Yaya, mendakwa bahawa To’ki melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa selepas memutuskan hubungan dengan ibu dan adik beradik yang lain.

Melalui media, Hidayah dan adik-beradiknya yang lain terkejut melihat keadaan dan kehidupan To’ki. Kata Hidayah, “Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu.

Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya,”.

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan… Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.”

Hidayah menyatakan bahawa setelah sekian lamanya, To’ki memunculkan diri pada hari pernikahannya walaupun dalam waktu yang singkat.

Hidayah meluahkan di akaun media sosialnya yang kisah tentang kehidupan To’ki bukanlah untuk meraih simpati pihak-pihak tertentu tetapi untuk mempertahankan dirinya dan adik-beradik yang lain.

“Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap,”

“Pada awalnya, kami mahu berdlam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatlf. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.” Luahan Noor Hidayah.

Dengan merasakan langkah itu adalah perlu demi kepentingan ibu dan adik-beradiknya, Noor Hidayah tidak berniat untuk memburukkan To’ki, ayah kandungnya malah mendoakan yang terbaik untuk dia.

“Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Buruk macam mana pun, ayah tetap ayah kami,”

“Sudah tentu saya sedlh melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami.” katanya.

To’ki, dalam waktu yang sama telah bersyukur kerana semua anak-anak tersayang berjaya dalam menempuh kehidupan.

Walaupun berat hati untuk bercerita tentang hal peribadi, To’ki hanya mampu meluahkan walau apa jua perkara berlaku, dia tetap mengambil tahu perkembangan anak-anaknya.

Tidak menyesaI pilih menetap di pondok itu

To’ki berkata, dia tidak menyesal memilih untuk menetap di pondoknya itu.

“Sebelum ini, pondok ini hanyalah tempat persinggahan saya. Saya hanya di sini beberapa malam untuk mencari inspirasi.

“Tetapi, sejak lebih setahun lalu, saya memutuskan untuk menetap di sini kerana saya mahu menyediakan kandungan yang baik untuk pengikut laman sosial.

“Seiring dengan perniagaan industri muzik sekarang, saya juga mahu mewujudkan saluran YouTube sendiri,” katanya ditemui di pondoknya di Gombak, dekat sini, semalam.

Selain aktif di laman sosial, To’ki banyak memenuhi undangan nyanyian di ibu negara.

“Sebelum PKP, saya banyak mendapat undangan nyanyian di Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

“Saya ada dua persembahan tetap iaitu di I’Dahlia Corner, Persiaran Stonor dan Pak Tam Sri Corner, Batu Caves pada setiap hujung minggu,” katanya.

Sumber: BH online

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya