“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil bakal menjadi manusia yang berjaya dan taat kepada agama.

Melalui perkongsian di akaun Instagramnya, pelakon Amar Baharin berkongsi cerita mengenai anak pertamanya, Aqeef Anaqi.

a

a

Kongsi Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, Anaqi yang baru berusia 4 tahun, kini mulai rajin mengikuti dan menunaikan solat.

Kemudian, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini berdoa semoga anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah.

a

a

“Anak soleh Daddy @aqeefanaqi ni rajin nak ikut solat kat rumah nenek dia. Insyaallah bekalan utk alam kubur Daddy n Mommy nanti. Ya Allah jadikan anak2 kami anak yang soleh dan solehah dan jadi penghafal Al-Quran amin,” tulisnya pada ruangan komen.

Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arysaa, setahun.

a

a

PENDIDIKAN yang ingin diterapkan kepada anak perlu bermula daripada kecil supaya dapat dilentur dengan potensi diri yang baik. Bukan saja ibu bapa perlu memainkan peranan memberi pendidikan kepada anak, bahkan guru, ulama dan setiap anggota masyarakat yang berada dalam sesuatu persekitaran berkewajipan untuk mendidik.

Dalam diri manusia, tetap ada potensi baik dalam diri. Sifat buruk itu hanya datang kemudian disebabkan keburukan dan nafsu yang mengubah diri mereka.

Malah ibu bapa juga yang mendidik anak untuk hidup berdasarkan fitrah, iaitu melalui pendidikan dan kehidupan yang diterapkan.Ibu bapa sebagai orang yang setiap hari melihat anaknya membesar sudah tentu mempunyai cara yang tersendiri untuk mendidik anak mereka kearah yang lebih baik.

Firman Allah SWT: “Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda: “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin dan setiap daripada kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.” (HR Bukhari dan Muslim)

Mendidik anak bukan dengan memaksa keinginan kita kepada anak. Setiap anak itu tumbuh dengan kemampuan diri masing-masing yang diberikan oleh Allah SWT.

Seterusnya kemampuan diri yang ada pada mereka itu dapat digunakan dengan baik dan menjalani kehidupan dengan bimbingan Allah SWT.

Ini kerana dalam diri manusia mempunyai kesucian dan kemuliaan daripada sifat penciptanya yang mana sudah tentu mempunyai kebaikan.

Kemudian barulah bisikan nafsu, syaitan dan faktor luaran lain seperti ibu bapa dan rakan yang akan menutup dan merosakkan fitrah manusia itu.

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.” (HR Bukhari).

Nabi SAW juga bersabda “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia 7 tahun dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun,” (HR Abu Daud)

Mendidik anak-anak dizaman sekarang amat berbeza dengan zaman terdahulu yang memerlukan ibubapa,sekolah guru-guru serta masyarakat mempunyai satu kaedah bagi mendidik anak-anak supaya mendapat didikan yang sempurna dan membantu untuk memajukan diri dan negara dimasa akan datang.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Media Hiburan

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.