Pernah Jadi Sebutan Wajah Seiras Hanis Zalikha, Kenali Anis Sofea Yang Berjaya Menambat Hati Haqiem Rusli. Orangnya Cantik Manis.

Baru baru ini , penyanyi Haqiem Rusli telah mengejutkan para peminat yang menyaksikan siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) dengan berita gembira apabila mengumumkan bakal berkahwin pada 19 November ini.

” Pada 19 November ini saya akan bernikah, minta doa yang baik-baik,” katanya ringkas.

Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dalam acara anugerah hiburan pilihan peminat itu telah diumumkan sebagai pemenang Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi ABPBH34.

Dalam ucapannya, Haqiem turut menyatakan bahawa pada hari bahagianya itu nanti, beliau akan melancarkan sebuah lagu khas dan istimewa sebagai tanda kenang-kenangan.

” Pada hari itu juga saya akan lancarkan satu lagu khas untuk kami nanti,” katanya.

Pada 30 Mei lalu, Haqiem menyuarakan hasratnya untuk berkahwin melalui sesi Instagram live yang diadakan sekitar jam 2 pagi.

Dalam pada itu, identiti gadis pilihan hati yang berjaya menambat hati Haqiem tidak lagi menjadi tanda tanya apabila beliau bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis bernama Anis Sofea.

Gosip mengenai hubungan percintaan antara Haqiem dan Anis Sofea bukanlah perkara baharu apabila wargamya sebelum ini pernah mengaitkan mereka sedang hangat bercinta.

Namun ketika itu Haqiem dan Anis memilih untuk mengunci mulut dan membisu sehinggalah baru-baru ini, Haqiem menyatakan hasratnya untuk berkahwin pada Jumaat, 19 November, ketika muncul di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) Sabtu lalu.

Bagai pinang dibelah dua, rata-rata wargamya memuji kecantikan gadis berusia 19 tahun itu, lebih-lebih lagi selepas Anis mengambil keputusan untuk berhijab.

Kenali siapa Anis Sofea

Berikut adalah fakta menarik mengenai bakal isteri Haqiem Rusli.

1) Nama sebenar ialah Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

2) Berumur 19 tahun, keluarga gadis ini berasal dari Kelantan. Anis Sofea menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

3) Merupakan seorang selebriti media sosial dengan memiliki hampir 41,000 pengikut di Instagram.

4) Anis Sofea mula bertemu dan berkenalan dengan Haqiem atas urusan perniagaan. Anis Sofea juga merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.

5) Mereka berkawan selama hampir dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

6) Anis Sofea mula menukar imej dengan berhijab baru-baru ini.

7) Anis Sofea juga sudah memadam foto dan video lama di Instagram. Buat masa ini dia hanya berkongsi dua keping foto bertarikh 31 Oktober lalu dengan imej baharunya itu.

8) Pernah tular pada 2019 apabila wajah Anis Sofea kerana dikatakan mirip dengan pelakon Hanis Zalikha.

9) Busana pernikahan mereka direka khas oleh Razman Razmi manakala pereka fesyen Rizman Ruzaini diberi kepercayaan untuk menghasilkan pakaian untuk malam resepsi.

10) Haqiem menghadiahkan sebuah lagu khas untuk bakal isterinya itu berjudul “Hitam saksi putih”.

Kenapa Haqiem Rusly mahu kahwin di usia masih muda?

Sementara itu, apabila ditanya mengenai dirinya ‘gataI’ hendak berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun, Haqiem mengatakan bahawa dirinya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami dan tidak ada istilah ‘gataI’ untuk berkahwin bagi dirinya.

” Saya ni bukan buat benda yang salah. Saya war-warkan benda ni. Kalau saya senyap-senyap tu ye lah.

” Tak ada istilah gatal nak kahwin sebab saya rasa saya dah bersedia tapi dalam masa yang sama saya nak menjadi seorang suami ni saya masih belajar apa yang sedang buat.” kata Haqiem.

Dalam pada itu, Haqiem turut memberitahu bahawa tema perkahwinannya adalah bertemakan sky glass, namun dia memberi bakal isterinya untuk memilih tema bagi resepsi mereka.

Di usia 10 tahun, Haqiem dinobatkan sebagai naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil siaran TV9 pada tahun 2008, sekaligus menjadi titik awal kemunculannya sebagai anak seni dalam dunia hiburan.

Tahun lalu, Haqiem menunaikan hasrat ibunya, Nazrah Ahmad Nordin untuk membeli kereta Proton X70 yang dianggarkan bernilai RM122,800.

Sementara pada Oktober 2020, beliau telah membeli kereta Mercedes-Benz GLC200 yang bernilai RM200,000. Beliau turut memilih tahun kelahirannya, 1998 sebagai nombor pendaftaran keretanya.

Sumber:mstar

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.