Connect with us

#viral

Ank Pengusaha Rest0ran Tampil Jelaskan Mengapa Individu Ini DihaIau Keluar Masa Buat Live Review

KECOH di media sosial mengenai video seorang usahawan yang juga influencer media sosial yang didakwa dihalau

ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular.

Menerusi sebuah video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang wanita

tersebut daripada mempromosikan produk kecantikan di premis mereka.

“Kedai makan tak boleh buka produk-produk. Selepas makan balik, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),”

kedengaran suara seorang wanita sebelum usahawan tersebut mengambil keputusan beredar dari restoran berkenaan.

Ank Pengusaha Rest0ran Tampil Jelaskan Mengapa Individu Ini DihaIau Keluar Masa Buat Live Review

Bercakap kepada m Star, usahawan yang lebih dikenali sebagai Eira Aziera itu berkata, insiden berlaku di sebuah restoran di Bandar Hilir,

Melaka di lokasi tumpuan pelancong, pada Selasa lalu.

Usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk

dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.

“Buat reviu produk ni boleh online di mana-mana, janji live. Masa tu saya

bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu.

Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sedikit sebab

masing-masing dapat berkumpul bersama.

“Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai

makan menengking saya dari jauh,” katanya kepada mStar.

Ank Pengusaha Rest0ran Tampil Jelaskan Mengapa Individu Ini DihaIau Keluar Masa Buat Live Review

Eira berkata, tindakannya meninggalkan premis berkenaan kerana rasa malu

yang teramat kerana ia turut disaksikan rakan-rakannya dan pelanggan lain.

“Masa tu, ada lebih 10,000 followers mengikuti live saya dan mereka dapat dengar saya ditengking oleh pakcik dan makcik tu.

Saya malu dan ambil keputusan angkat kaki.

“Sepanjang 14 tahun saya berniaga dan buat reviu, ini kali pertama saya dimalukan sebegitu.

Saya bukannya pergi dari meja ke meja jual produk,” ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Ibu seorang anak itu juga menjelaskan bahawa dia sepatutnya membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung sambil menikmati makanan.

“Tapi masa tu makanan yang dipesan mereka belum sampai lagi.

Kebiasaannya saya akan makan masa reviu di kedai sebab tempat awam.

Sambil makan tu secara tidak langsung mempromosikan restoran tanpa bayaran.

“Ikutkan kalau saya buat reviu makanan di kedai, orang sanggup bayar RM2,000 untuk reviu setengah jam.

Tapi saya buat percuma, kena maki pula.

“Kalau tak boleh buat reviu ke apa ke, pemilik kedai tu sepatutnya letak pelekat atau papan tanda siap-siap supaya pelanggan tahu.

“Dan mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya menengking dari jauh. Bukan pasal customer is always right tetapi ada adab untuk menegur,

kalau tak datang sendiri tegur boleh minta pekerja lain wakilkan datang ke meja kami dan tegur,” katanya.

Sementara itu, anak kepada pengusaha restoran berkenaan ketika dihubungi m Star mengakui ketika kejadian ibunya meminta mereka beredar sekiranya mahu membuat reviu produk.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Illa kesal dengan tindakan Eira yang selamba membuat reviu produk di premis mereka tanpa kebenaran.

“Mereka datang ke restoran kami, tanpa minta izin tiba-tiba buat reviu produk.

Suara dia pula tu kuat, sedangkan kami ada pelanggan-pelanggan lain ketika itu.

“Kedai kami pun ada undang-undang bukan boleh buat macam tu sesuka hati je. Tapi kami tak ada tengking dengan kata-kata kesat atau baling keluar produk mereka.

“Saya faham zaman sekarang semua nak buat live untuk reviu produk. Dalam video dapat dengar mak saya kata pasal PKP yang mana tak boleh lama-lama di kedai makan,

jadi mereka kena ikut SOP (prosedur operasi standard) datang hanya untuk makan dan bukannya duduk lama buat reviu produk,” tambahnya.

Wanita berusia 37 tahun itu juga kesal berikutan video yang tular itu memberi imej buruk kepada bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.

Ank Pengusaha Rest0ran Tampil Jelaskan Mengapa Individu Ini DihaIau Keluar Masa Buat Live Review

“Kami tak suka cari masalah, tak suka cari publisiti.

Dia nak buat reviu itu hak dia. Tapi janganlah viralkan video tu sehingga melingkupkan bisnes orang lain.

“Kalau tak suka, boleh pergi makan ke kedai lain tapi bukannya memburukkan kedai orang.

Kami sekeluarga berniaga untuk cari makan,” katanya sambil menambah sejak insiden menjadi tular,

mereka dihujani panggilan dan mesej dengan kata-kata kesat daripada individu tidak dikenali.

Sumber : M star

Continue Reading

Trending