“Saya doakan selama ni..” – Fattah Amin Bersyukur Fazura Berhijab Sepenuhnya

Penyanyi dan pelakon, Fattah Amin meluahkan kesyukuran dan mengakui, isterinya yang juga seorang aktres, Nur Fazura Sharifuddin kini telah berhijab sepenuhnya.

Pendedahan tersebut diluahkan Fattah berhubung penampilan Fazura yanhg sebelum ini menarik perhatian ramai apabila kerap mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naik menerusi media sosial, termasuklah yang terbaharu ketika sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini.

“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini.

“Sekarang, dia pun sudah bertudung,” kata aktor berusia 31 tahun itu.

Selain itu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu lebih banyak menghabiskan masa di rumah menjaga anaknya Nur Fatima Aisya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini.

Disebabkan hanya terperap di rumah sejak lahir, dia berhasrat membawa anaknya yang berusia sembilan bulan itu melawat zoo sebagai destinasi pertama selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Tempat pertama yang saya teringin bawa Fatima adalah zoo. Sebabnya saya selalu bacakan buku tentang haiwan kepadanya…

“…tetapi dia sendiri tidak tahu bunyi atau bentuk sebenar haiwan-haiwan kerana tidak pernah melihatnya secara depan-depan,” ujarnya.

Selain itu, Fattah menjelaskan, sepanjang pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia banyak menghabiskan masa di rumah menjaga anaknya.

Kata Fattah, dia dan isterinya begitu menyayangi Fatima sehingga timbul perasaan bimbang andai anak mereka meragam atau menangis.

“Kami berdua memang tidak boleh dengar Fatima menangis. Perasaan terlalu sayang sangat dengannya sehingga dia meragam atau menangis sedikit pun kami sudah panik. Mula timbul persoalan, kenapa dia menangis, salah makan atau sebab lain?

“Bila sudah jadi bapa saya memang selalu dengannya kerana ibunya kadangkala sangat sibuk kerana banyak produk. Jadi, tiada masalah, kami sama-sama menjaganya,” ujar Fattah.

Dalam perkembangan lain, single terbaharunya yang berjudul Hamba merupakan kolaborasi ketiga Fattah bersama komposer Hafiz Hamidun selepas single Kiriman Agung dan Sinar Selawat.

Lagu yang turut mendapat sentuhan serta kolaborasi bersama penyanyi rap Kmy Kmo itu bakal dilancarkan di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 23 Julai.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 selepas digandingkan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Sumber: Kosmo! Online (Haryati Karim) OMM

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.