Connect with us

#celeb

“Apa Patut Saya Buat, Ya?” – Bimbang Masih Belum Beranak, Bella Astillah Buntu Tanya Peminat

Merupakan seorang penyanyi dan pelakon, Dayang Nabellah atau lebih mesra dikenali sebagai Bella Astillah kini merasa bimbang kerana kandungannya sudah mencecah 40 minggu tetapi tiada tanda-tanda untuk bers4lin.

Mengikut perkembangan Bella di laman sosial Instagram, Bella memuat naik ‘story’ mengatakan b4yi dalam perutnya itu sudah selesa walaupun dia patut dil4hirkan pada hari Jumaat.

Hari ini sepatutnya due date saya.

“Kandungan sudah 40 minggu tapi masih hami1l. Bayi kecil ini sudah terlalu selesa duduk dalam perut. Hari ini saya mungkin tak dapat balas mesej yang dihantar,” tulisnya.

Dalam waktu yang sama, Bella meminta tolong dan tips dari pengikutnya di Instagram berkenaan dengan hal ini.

Sementara itu, Bella diminta untuk kekal aktif sepanjang hari bagi memudahkan prosedur bers4lin dijalankan dan permeriksaan kandungan 40 minggu itu hanya akan dibuat pada petang Jumaat sahaja.

“Saya masih belum bersali1n dan tak ada tanda-tanda lagi pun… apa yang patut saya buat, ya?” tulis Bella.

“Pemeriksaan kandungan akan dibuat petang nanti, tapi sepatutnya tarikh bersal1in hari ini.

“Saya akan sentiasa aktif hari ini. Saya akan jalan pantas pada pagi ini dan naik turun tangga. Lepas tu, orang cakap minum air kelapa, kan?” ujarnya.

Terdahulu, Rita Sosilawati selaku usahawan kosmetik kongsikan di laman sosial Instagram, dimana Bella aktif mengadakan majlis ulang tahun buat Ayden Adrean, anak sulungnya.

Walaupun aktif menyambut ulang tahun anaknya itu, pintu rahim Bella sudah terbuka sepanjang 2 cm. Didi Astillah, adik kepada Bella mengesahkan perkara itu dan jujur risau akan keadaan kakaknya, sewaktu dihubungi oleh pihak mStar, 10 Julai lepas.

Kata Didi kepada mStar:

“Malam sebelum majlis sambutan hari lahir Ayden, saya ada teman Bella pergi buat pemeriksaan doktor sebab dia dah rasa perut keras dan tanda-tanda nak bersal1in. Doktor beritahu yang bukaan sudah 2 cm tapi belum tiba masa untuk bersal1in, jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam itu, Bella tetap nak buat parti hari jadi Ayden.

“Memang risau juga tapi dia tetap nampak kuat dan Alhamdulillah majlis sambutan hari lahir Ayden pun berjalan dengan lancar,” kata Didi.

9 Septermber 2016 merupakan tarikh Bella mendirikan rumah tangganya bersama Aliff Aziz dan dikurniakan zuriat pertama lelaki dinamakan Mohd Ayden Adrean.

Sumber: mStar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya