Ternyata Inilah Penyebab Sebenar Kassim Selamat Dan Sabariah Jatuh Kemiskinan Setelah DihaIau Nyonya Mansor

Seniman hebat, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan terus dikenang kerana sumbangannya yang besar kepada industri seni nusantara walaupun sudah 48 tahun sejak pemergian beliau.

Sama ada filem ataupun muzik, jasa dan khidmat P. Ramlee memang tidak dapat dipertikaikan. Malah, karyanya sentiasa bersifat malar segar turun-temurun sehingga merentasi pelbagai generasi.

Bagi peminat filem Melayu, tentu anda sudah tahu kisah Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku yang popular, salah satu filem yang paling banyak dibincangkan kerana berjaya mengusik dan menyentuh emosi penonton.

Melalui filem Ibu Mertuaku, kita semua telah disajikan dengan sebuah naskah berat karya oleh Allahyrham Tan Sri P.Ramlee.

Kisah asal dari Allahyarham Ahmad Nisfu ini telah berjaya menjentik dan membakar emosi peminat filem Melayu dari dulu hingga sekarang.

Kerana filem Ibu Mertuaku juga P.Ramlee telah diiktiraf dan diakui sebagai Bakat Serba Boleh (Most Versatile Talent) di Festival Filem Asia Pasifik ke-10 yang berlangsung di Tokyo pada tahun 1963.

Anugerah Bakat Serba Boleh ini hanya dimiliki oleh P.Ramlee sahaja di dalam dunia ini.

Ketegori ini tidak pernah lagi dipertandingkan di dalam mana-mana anugerah filem dalam dunia setelah P.Ramlee menerimanya sehingga kini.

‘Kassim Selamat dan Sabariah jatuh miskin’

Selain itu, melalui filem Ibu Mertuaku, ada juga banyak adegan yang sampai sekarang masih melekat di dalam fikiran kita, terutama mereka yang membesar dengan menonton filem klasik ini.

Adakah anda masih ingat, ada satu adegan di mana Kassim dan isterinya diusir keluar oleh ibu mertua, Nyonya Mansoor kerana perkahwinan mereka tidak mendapat persetujuan dan tidak direstui.

Nyonya Mansoor siap memberikan RM 5,000 kepada anak lelaki dan menantunya sebelum diusir keluar. Pada masa itu, dikatakan bahawa nilai RM 5,000 tu dianggap banyak hingga dapat membeli ladang getah.

Tetapi apa yang membuat Kassim dan Sabariah jatuh miskin sehingga mereka terpaksa menyewa di bawah kolong rumah orang? Adakah kerana ‘long stay‘ di hotel mewah atau berpesta sakan dengan duit RM 5,000 yang diberikan Nyonya Mansoor?

Sekiranya anda ingin tahu, sebenarnya adegan yang menjelaskan persoalan ini telah dipotong untuk siaran televisyen, ia dipercayai kerana melibatkan perjudian.

Ingin mengetahui adegan apa yang dipotong itu, tonton klip yang dikongsikan di bawah ini.

“Patut la tiba-tiba miskin..”

Di ruangan komen, rata-rata orang ramai baru mengetahui ‘kewujudan’ adegan lumba kuda yang telah dipotong untuk siaran televisyen.

Tetapi ada juga yang sempat menonton adegan berkenaan pada tahun 90-an. Bermakna siapa yang pernah tonton adegan ini sebelum dipotong kira legend lah..

Mengapa P.Ramlee “butakan” watak Kassim Selamat

Selain dari cerita pasal kenapa Kassim Selamat dan Sabariah jatuh miskin, terdapat satu lagi kisah yang menarik untuk dikongsikan iaitu kenapa watak Kassim Selamat dibutakan.

Tahukah anda semua tahu mengapa P.Ramlee “membutakan” watak Kassim Selamat di dalam filem ini?

Untuk pengetahun semua, watak Kassim Selamat yang buta matanya disebabkan mnangis setiap hari kerana meratapi pemergian isterinya Sabariah (lakonan Sarimah) dalam filem ini adalah merujuk kepada kisah benar yang berlaku kepada ayahanda P.Ramlee sendiri iaitu Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim.

Selepas P.Ramlee meninggalkan Pulau Pinang dan pergi ke Singapura pada tahun 1948, Teuku Nyak Puteh dikatakan sering kali berduka dan mnangis kerana merindukan anak tunggalnya itu.

Walaupun pada peringkat awal beliau merestui kepergian P.Ramlee dalam mengejar cita-citanya, tetapi jiwanya merintih sepi dipeluk rindu yang mendalam.

Oleh kerana beliau seringkali mnangis dan berdu.ka, perkara ini telah mengak1batkan mata beliau menjadi buta.

Dalam satu kjdian lain, Teuku Nyak Puteh pernah meminta rakan-rakannya membawa beliau ke panggung wayang untuk menonton filem lakonan P.Ramlee.

Walaupun beliau tidak dapat menonton filem berkenaan kerana matanya buta, dapat mendengar suara anaknya itu sudah cukup bagi melepaskan rindunya terhadap P.Ramlee.

Sejak P.Ramlee menjejakkan kaki ke Singapura beliau tidak berpeluang untuk pulang ke Pulau Pinang atas sebab kekangan jadual kerja yang padat.

Pada masa yang sama P.Ramlee sedang berada di puncak kemasyhuran bermula dari tahun 1950. P.Ramlee hanya sempat mengirim wang dan surat kepada kedua ibu bapanya melalui abang tirinya Syeikh Ali.

Selepas 5 tahun mengejar cita-cita di rantau orang, P.Ramlee akhirnya pulang ke Pulau Pinang menemui keluarganya pada tahun 1953.

P.Ramlee tidak menyangka dan turut berduka dengan nasib yang men1mpa ayahandanya itu.

Tetapi Teuku Nyak Puteh tetap memberi semangat kepada anaknya itu supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya dalam industri seni.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.