‘Saya Selalu Tarbiah Bila Jumpa Anak-Anak’ – Iwan Terkedu Tengok Pnampilan Terbaru Octovia Dan Aprena Manrose

” Saya Selalu Tarbiah Bila Jumpa Anak-Anak…”- Iwan Syahman

Demikian ayah kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose, Iwan Syahman yang menzahirkan rasa syukur atas perubahan 2 orang anak perempuannya iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose yang kini telah berhijab.

Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus, 60, berkata, beliau tidak pernah memaksa kedua-dua anaknya itu untuk berhijab sebaliknya terus menasihati mereka untuk berubah ke arah kebaikan.

” Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini jangan berterusan kamu kena berubah.

” Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia bagitahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah bagus.

” Tapi untuk mengubah mereka bukan saya tapi Allah. Saya sebagai bapa hanya menasihatkan mereka untuk berubah,” katanya kepada mStar.

Iwan ditemui pada sidang media melancarkan program Hijrahkan Laguku yang diadakan di sebuah restoran di Oakwood Hotel.

Tambah Iwan lagi, beliau tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya walaupun sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Ujarnya, dia akan terus berdoa dan memimpin mereka ke jalan Allah.

” Saya tidak akan putuskan hbungan dengan mereka. Saya hanya berdoa kepada Allah. Macam Oktovia ada minta doakan dia istiqamah untuk terus berhijab,” ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut tentang perjalanan hijrahnya, Iwan kini banyak mengubah lagu dangdut yang pernah dipopularkannya kepada lirik berunsur Islamik.

Dalam pada itu, dia juga tidak akan menyanyikan lagi lagu-lagu hitnya dahulu walaupun atas permintaan peminat.

” Saya keluarkan lagu-lagu yang sudah tukar liriknya. Kalau ada yang minta saya nyanyikan lagu dulu-dulu… minta maaf saya tidak akan menyanyikannya lagi.

Dulu saya tak faham, saya rasa mnyesaI..

” Sebab dulu saya tak faham, saya rasa mnyesaI,  kesIahan saya dulu Allah bukakan. Saya hidup dalam lautan tidak bertepian, ini perjalanan hidup saya.” ujarnya.

Untuk info, Iwan pernah berkahwin dengan pelakon Rosnah Mohd Noor (meninggI dnia pada 4 Ogos 2013) selama lapan tahun (perkahwinan pertama).

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Yang sulung, Wan Ramada Agus Putra (1989), seorang graduan dari salah sebuah universiti di Australia, Wan Syamira Putri Octovia (1991), dan yang bongsu, Wan Syahera Putri Aprena, (1993).

Octovia berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain (lahir 23 Disember 2011). Pasangan ini bagaimanapun berpisah pada 2015.

Manakala Aprena pula berkahwin dengan Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 dan masih menanti cahaya mata pertama.

Kisah hijrah Iwan

Kisah Iwan yang bergelar penyanyi dangdut dan akhirnya berhijrah menjalankan kerja dakwah sejak beberapa tahun sebelum ini telah menarik perhatian ramai.

” Di Malaysia, di Indonesia, Singapura dan Brunei, empat penjuru (negara) ini saya rasa berjutalah peminat-peminat saya, saya dah bawa mereka mungkin di antaranya ada yang terlalai (kerana lagu-lagu saya).

” Jadi saya ambil kesempatan ini, saya mohon maaflah daripada semua peminat dan juga saya minta ampun kepada Allah SWT.

” Sebab sebenarnya pada waktu itu saya memang tak faham. Saya (hanya tahu) nak seronok, saya nyanyi saya dapat duit, memang seronok (waktu itu).

” Masa tu saya masih muda, belum tahu nak jadi artis ke apa. Tapi di situlah mula berjinak-jinak dengan dunia muzik.

” Kebetulan saya memang suka bergaul dengan orang, bermain gitar dengan anak-anak muda sambil menyanyi, selalu datang rumah dia orang, makan malam, makan tengahari, ramai lah jadi mak angkat saya”, kata Iwan membelek kenangan silamnya.

Di situlah beliau mula terlibat secara lebih aktif dengan dunia muzik. Bermula sebagai penyanyi di pu.b dan klab mlam, beliau kemudiannya menubuhkan kumpulan muzik.

Namun itu cerita lama dan Iwan kini cukup bahagia dengan perkahwinan ketiganya bersama Evie Surriyanti, yang dinikahi 20 Februari 2009.

Wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia itu telah banyak menyokong perubahan niat barunya untuk beralih ke muzik nasyid.

Rumh tngga mereka diserikan dengan kehadiran permata hati, Wan Nur Sumayyah (lahir 2009).

Sumber:mstar dan denaihati.com

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.