7 Gambar Hari Terakhir Seniman Agung P.Ramlee Yang Ramai Tidak Berkesempatan Untuk Melihatnya Lagi, Sungguh Sedih…

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu, 22 Mac 1929.

Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe, Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.

7 Gambar Hari Terakhir Seniman Agung P.Ramlee Yang Ramai Tidak Berkesempatan Untuk Melihatnya Lagi, Sungguh Sedih...

Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun (Kaigun). Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun. Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “Teruna Kampung”.

Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947, pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘Keroncong Oh Suci’ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.

Gambar ini di ambil pada hari Isnin 21 Mei 1973 lapan hari sebelum Allahyarham Tan Sri P.RAMLEE meninggal dunia pada waktu subuh hari Selasa 29 Mei 1973.

Sedikit kronologi sebelum P.RAMLEE meninggal dunia yang pernah diceritakan oleh anak kesayangannya Sazali. Menurut Sazali sebelum bapanya meninggal, beliau telah mengadu kepada SALOMA yang beliau sakit dada.

SALOMA menawarkan untuk menghantar P.RAMLEE ke hospital tetapi beliau menolak dengan memberi alasan ianya hanya disebabkan oleh angin dalam badan. Lantas P.RAMLEE meminta SALOMA hanya menyapu Tiger Balm di dadanya.

Sekitar jam 5.30 pagi, P.RAMLEE sekali lagi mengadu pada SALOMA yang sakit dadanya telah menyerang kembali. Kali ini lebih sakit dari serangan pertama. Keadaan bertambah panik apabila P.RAMLEE meronta-ronta sambil mengatakan, “i mesti mati, sekejap lagi i mesti mati” kepada SALOMA.

P.RAMLEE juga sempat memesan kepada anak-anak beliau yang ada disisi beliau pada ketika itu supaya menjaga SALOMA dengan baik jika ditakdirkan beliau tiada lagi. Setelah beberapa minit P.RAMLEE diam tanpa berkata-apa. Tubuh badanya pun tidak lagi bergerak. SALOMA dan anak-anaknya menjangkakan yang P.RAMLEE hanya pengsan lalu segera menelefon ambulans untuk meminta bantuan.

Apabila sampai di Hospital Kuala Lumpur, P.RAMLEE disahkan oleh doktor telah meninggal dunia. Menurut Nasir, tidak ada bedah siasat dilakukan ke atas jenazah P.RAMLEE. Kami menerimanya dalam keadaan yang sempurna, kata Nasir.

Jenazah P.RAMLEE kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Dedap yang pada ketika itu sudah ramai didatangi oleh rakan-rakan dan peminat sejurus mendapat tahu P.RAMLEE meninggal dunia.

7 Gambar Hari Terakhir Seniman Agung P.Ramlee Yang Ramai Tidak Berkesempatan Untuk Melihatnya Lagi, Sungguh Sedih...

Selepas dimandikan jenazah di sembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang. Tetapi tahukan anda bahawa pelakon M.Rajoli yang membacakan Talkin pada hari perkebumian P.RAMLEE, yang pada ketika itu beliau sedang berkhidmat sebagai salah seorang imam di Masjid Jamek Kampung Baru. (Video pengebumian P Ramlee di bawah)

Di penghujung hayatnya, P.Ramlee telah menjadi miskin, dan dipulau rakan rakannya. Miskin kerana konflik bayaran hasil kreatifnya (dengan Shaw Brother’s) dan beliau makin tidak popular bila irama lagu Pop Yeh Yeh mula masuk ke arena muzik tempatan.

Mungkin kerana beliau tetap kekal dengan irama lagu lagunya, dan tidak terikut ikut rentak lagu zaman itu, menyebabkan popularitinya merudum.

Punyalah miskin P.Ramlee hinggakan Aziz Sattar kata bila dia ke rumah P.Ramlee, dia amat sedih melihat P.Ramlee hanya makan nasi berlaukkan telur goreng sahaja. Ketika kematiannya, dirisaukan juga tiada siapa yang akan datang melawat jenazah beliau, dan risau bagaimana kos urusan pengembumiannya nanti.

Nasib baiklah masa tu H.M Shah (pemilik Shah Village’s Hotel di PJ) menderma RM3000.Terdapat satu kisah yang dikongsikan seniwati Mariani. Dimana, Mariani menceritakan satu insiden ketika itu P.Ramlee bersama sama dengan isterinya, Saloma, didatangi orang meminta tolong(tiada wang).
7 Gambar Hari Terakhir Seniman Agung P.Ramlee Yang Ramai Tidak Berkesempatan Untuk Melihatnya Lagi, Sungguh Sedih...
P.Ramlee menyeluk poketnya, dan memang ada RM200 semasa itu, dan diberi semuanya wang itu. Saloma yang terperanjat melihat kejadian ini menegur beliau, tetapi P.Ramlee dengan selamba berkata” tak apa..kita OK..”. Banyak lagi cerita cerita tentang sifat dermawan P.Ramlee.
Tahun tahun akhir sebelum kematiannya akibat serangan jantung, beliau memang tidak diendahkan. Beliau datang untuk satu show di RTM, tiada siapa yang peduli, jauh sekali untuk sediakan satu show khas dedicated to him.

Semasa beliau tiba di satu anugerah flem di Singapura, tempat duduk pun tidak di rezabkan, dan akhirnya beliau duduk dibelakang Aziz Sattar.

7 Gambar Hari Terakhir Seniman Agung P.Ramlee Yang Ramai Tidak Berkesempatan Untuk Melihatnya Lagi, Sungguh Sedih...
Tapi Allah itu Maha Adil, mungkin beliau tidak di hargai semasa hayatnya. Selepas kematiannya, banyak anugerah diperolehinya(post humous).
Berikut sedikit sebanyak anugerah yang beliau perolehi, baik sebagai anak seni, dan juga anugerah selepas kematiannya.
Filem-filem beliau yang menang anugerah:Anakku Sazali (My Son Sazali): Best Male Actor,4th Asian Film Festival (Tokyo,1957)
Hang Tuah (Legend of Hang Tuah): Best Musical Score,3rd Asian Film Festival (Hong Kong 1956) and Official screening at the 7th Berlin International Film Festival in 1957. The first and only P.Ramlee movie to be filmed in color.
Ibu Mertuaku (My Mother in-law): Most Versatile Talent,10th Asian Film Festival (Tokyo,1963)
Madu Tiga (Three Wives): Best Comedy,11th Asian Film Festival (Taipei,1964)
Nujum Pak Belalang (Pak Belalang The Fortune Teller): Best Comedy,7th Asian Film Festival (Tokyo,1960)
Pendekar Bujang Lapok (The Three Warrior Bachelors): Best Comedy,6th Asian Film Festival (Kuala Lumpur,1959)

Sumpah Orang Minyak (Curse of The Oily Man): Best Black and White Photography, 5th Asian Film Festival (Manila,1958)

7 Gambar Hari Terakhir Seniman Agung P.Ramlee Yang Ramai Tidak Berkesempatan Untuk Melihatnya Lagi, Sungguh Sedih...
Senarai anugerah darjah kebesaran:Ahli Mangku Negara (AMN), conferred by His Majesty Tuanku Syed Putra Jamalullail in 1962.
Panglima Setia Mahkota (PSM), carrying the title ‘Tan Sri’ by HRH Sultan Azlan Shah in 1990.
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak “Datuk Amar Bintang Kenyalang (Posthumous)” (DA(P)), carrying the title ‘Datuk Amar’ by the Sarawak State Government in 2009.
Hononary Doctorate in Performance Arts, 2005

P.Ramlee memang versatile. Beliau berbakat. Lagu lagunya di ‘cetak rompak secara terhormat’ oleh artis zaman sekarang, atas nama diberi ‘nafas baru’.

Ahmad Nawab berkata dalam dokumentari ini “mana mungkin dan tidak sama hasil hasil lagu P.Ramlee dengan usaha ‘nafas baru’ yang galak dibuat zaman ini “. Lanjutnya beliau berkata ” Kita harus respect dengan hasil seni orang lain, dan tidak diubah ubah”.. Aku setuju dengan Dato’ Ahmad Nawab.

Hidupnya penuh kontroversi, sesuai sebagai seorang anak seni. Ayat ayat klise seperti ‘cuma ada satu P.Ramlee’ dan ‘Belum Ada Pengganti P.Ramlee’ memang kerap didengari.

Beliau menjadi satu ikon dan hasil hasil kreatif beliau, baik lagu, mahupun filem, dijadikan satu standard. Orang akan berkata ” filem kau tak sehebat filem P.Ramlee”…atau ” lagu lagu zaman sekarang tak akan evergreen macam lagu P.Ramlee”.

Hilangnya P. Ramlee tiada penggantinya.