Anak dara dah pandai melaram, Aaron Aziz kongsi derita tunggu isteri dan anak bersiap tiap kali nak keluar

aaron aziz derita tunggu

Isu kalau bersiap lambat pasti ramai lelaki menunding jari kepada para wanita sehingga membuatkan lelaki naik bosan menunggu berjam-jam lamanya. Ada tu dua jam sebelum keluar rumah, si suami sudah menyuruh anak atau isterinya bersiap.

Lebih-lebih lagi jika sesebuah keluarga mempunyai ramai anak perempuan yang suka melaram sebelum keluar dari rumah. Dapat pula isteri atau anak perempuan yang berhijab, nak tunggu melilit tudung saja sudah makan masa satu jam untuk dapatkan bentuk tudung yang ‘on point’.

Begitulah nasib yang dilalui oleh pelakon Aaron Aziz yang kini sudah mempunyai dua orang puterinya iaitu Dahlia Arissa dan Dwi Ariana yang semakin meningkat remaja dan sudah pastinya sudah semakin pandai melaram.

Pelakon utama KL Gangster itu telah memuat naik sekeping gambar anak perempuan pertamanya dan isterinya, Diyana Halik dengan kapsyen mengadu sikap dua orang puteri hatinya yang sering bersiap lambat apabila hendak keluar.

Perkara biasa tu bang…

Berikutan itu, ramai pengikutnya telah memenuhi ruangan komen dengan mengatakan perkara yang di alami pelakon berusia 42 tahun itu adalah perkara biasa apabila hidup dengan pasangan yang bergelar wanita.Anak dara dah pandai melaram, Aaron Aziz kongsi derita tunggu isteri dan anak bersiap tiap kali nak keluarAnak dara dah pandai melaram, Aaron Aziz kongsi derita tunggu isteri dan anak bersiap tiap kali nak keluar

Sama la kita…

Anak dara dah pandai melaram, Aaron Aziz kongsi derita tunggu isteri dan anak bersiap tiap kali nak keluar Anak dara dah pandai melaram, Aaron Aziz kongsi derita tunggu isteri dan anak bersiap tiap kali nak keluar Anak dara dah pandai melaram, Aaron Aziz kongsi derita tunggu isteri dan anak bersiap tiap kali nak keluar

Lumrah wanita memang macam tu…

Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman keluarga mereka ketika bersiap sebelum keluar berjalan dan mengatakan itu adalah lumrah menjadi seorang wanita bersiap lambat walaupun siap lebih awal dari suami.

Anak dara dah pandai melaram, Aaron Aziz kongsi derita tunggu isteri dan anak bersiap tiap kali nak keluar

#maliksabar tu penting haha!

Tidak cukup dengan itu, ada juga peminatnya bergurau senda dengan meletakkan #klgangster dan Aaron membalas dengan #maliksabar.

Anak dara dah pandai melaram, Aaron Aziz kongsi derita tunggu isteri dan anak bersiap tiap kali nak keluar

Alahai korang lelaki tak faham tau kepayahan nak bersiap pakai tudung cantik-cantik ni. Nanti tak cantik komplen pulak dah tak reti make-up la apa lah. Bila bersiap elok-elok komplen lambat! Kaum lelaki nak apa?

Sumber : Aaron Aziz