Terpisah sejak lahir, Adam Corrie kongsi kisah Hidayah adik lelakinya

Hidayah adik lelakinya

Beberapa hari lalu, pelakon yang terkenal dengan watak antagonis Adam Corrie dan isterinya, Fazi Fuad mengadakan majlis akikah bagi putera sulung mereka, Adam Fateh Lee.

Ramai tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan rapat hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Terpisah sejak lahir, Adam Corrie kongsi kisah Hidayah adik lelakinya

Terpisah sejak lahir, Adam Corrie kongsi kisah Hidayah adik lelakinya

Terpisah sejak lahir, Adam Corrie kongsi kisah Hidayah adik lelakinya

Terpisah sejak lahir, Adam Corrie kongsi kisah Hidayah adik lelakinya

Terpisah sejak lahir, Adam Corrie kongsi kisah Hidayah adik lelakinya

Namun paling menarik perhatian apabila pelakon filem Kapsul itu ada memuat naik sebuah posting mengenai adik lelakinya, Shahrizah Husain di laman Instagram miliknya.

Menurut Adam, adiknya berusia 46 tahun itu juga merupakan seorang yang memilih jalan untuk menjadi seorang Muslim sejati dalam keluarga mereka.

Terpisah sejak lahir, Adam Corrie kongsi kisah Hidayah adik lelakinya

“Ni adik lelaki saya, Shah @shahusain. Kami terpisah selama 36 tahun sejak beliau dilahirkan. Jumpa semula 10 tahun lalu.

“Alhamdulillah Shah dibesarkan keluarga Muslim sebagai Muslim. Alhamdulillah sekarang beliau sudah berusia 46 tahun. Masih bujang. Dah berpunya atau belum, saya tak tahu.

“Jadi dalam keluarga saya, saya dan adik saya Shah sahaja yang Muslim. Allah berikan Hidayah Islam kepada hambaNya dalam pelbagai cara.

“Ada yang bertuah, lahir dalam keluarga Islam. Ada yang perlu menjadi cahaya Islam bertahun-tahun baru dapat cahaya Islam. Ada yang dihujung nyawa Allah campakkan Hidayah Islam pada diri mereka.

“Walau bagaimanapun cara kita menerima Hidayah, yang penting kita istiqamah dalam hidup ini sebar kebaikan pada semua. Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” tulisnya.

Terpisah sejak lahir, Adam Corrie kongsi kisah Hidayah adik lelakinya

Memang penuh inspirasi kisah yang dikongsi oleh Adam ini! Semoga Allah memberi petunjuk dan Hidayah bagi mereka yang inginkan jalan kebenaran.

Sumber : Adam Corrie