Alamak! Kenapa Hetty Sarlene Over Confident Ni? Ini Jawapan Tuan Punya Badan…

Gelagat peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Hetty Sarlene di segmen Ada Lagu Ada Lagi konsert malam tadi mencuri perhatian ramai.

Tindakan Hetty yang pada awalnya yakin melangkah keluar biarpun namanya belum disebutkan mengundang cakap-cakap netizen.

Ada yang mengkritik dan mengecam Hetty, ada juga yang terhibur dan menyifatkan ‘keyakinan’ Hetty sebagai sesuatu yang mencuit hati.

Usai konsert mingguan GV5 malam tadi, Gempak bertemu dengan Hetty untuk mendapatkan jawapan.

“Saya sebenarnya tidak sihat. Dua hari sebelum konsert, saya diserang demam… Saya sempat mendapatkan rawatan serta suntikan untuk kebahkan demam. Saya juga makan ubat.

“Sebenarnya, ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi itu, saya bukan ‘confident’. Dalam fikiran saya, lagu tersebut ada dalam ‘wishlist’ saya…

“Saya keliru kerana Zamani tak muncul di hadapan bersama peserta lain. Apabila muncul sahaja lagu terakhir, saya ingatkan itu lagu saya, kerana saya seorang sahaja di situ.

“Ketika itu, saya sudah tak boleh fikir, mungkin kesan ubat akibat demam dan sebagainya, saya terus meluru ke hadapan biar pun nama saya belum diumumkan.

“Selepas itu, saya lihat ramai penonton di bawah seperti menahan saya. Saya keliru, dalam hati berkata, apa sebenarnya yang berlaku? Seterusnya, nama saya pun diumumkan,” kata Hetty.

Konsert GV5 menyaksikan Zamani berada di tangga tercorot dengan markah kosong daripada semua juri apabila gagal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dendangan asal The Flybaits.

Bagaimanapun, Datuk Seri Aliff Syukri selaku penaja bertindak pantas menyelamatkan Zamani daripada penyingkiran dengan menggunakan kuasa imunitinya.

“Bukan Nak Jadi Hero.” – AC Mizal Perjelaskan Sebab Pertahankan Zamani

Pengacara Datuk AC Mizal mengakui dia mempunyai alasan tersendiri untuk mempertahankan bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Zamani.

Menerusi entri di Instagram (IG), AC mengakui kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Zamani walaupun dia mempunyai masalah kesihatan.

“We can still hear your voice although you are not singing. It is ok my brotha @zamanislam_official I have your back.

“Sebagai anak seni kita support each other atas dasar bukan nak jadi hero tetapi menjaga sesama kita dengan pelbagai cara. Kita dah kenal lama bro dari zaman BMG lagi and kita sentiasa bergurau gelak gelak dari dulu hingga sekarang.

“Biar diaorang tak tahu kita macamana asalkan kita tahu we respect and care about each other. Sedih, terharu dan bangga wa tenguk lu bro. Wa tau lu cuba tapi ujian Allah lagi hebat. Tak apa bro, selama ini lu nyanyi untuk kami so malam ni biar wa nyanyikan lagu untuk lu bro!

“Aku, peminat kau dan semua yang hadir semalam mendoakan kau tabah dan segera sembuh untuk DIRI lu bro bukan semata mata untuk Show! Niat wa ikhlas menegur dan membantu sebab wa kenal lu siapa dan kita dah bersaudara dalam dunia seni dah lama.

“Be strong brotha. REMEMBER! WHEN U LOOSE UR VOICE LET ME HELP U WITH MINE. Get Well Soon Brotha!,” tulisnya.

Rata-rata memuji sikap AC yang terbuka untuk membantu Zamani ketika persembahan di GV 5 dan mereka mendoakan agar Zamani segara sembuh daripada masalah kesihatan yang dialami.

Lagu yang bakal dinyanyikan Zamani pula akan diumumkan oleh tenaga produksi dalam tempoh terdekat.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam – Gempak