Amar – Amyra Masih Pegang Pada Adat, Lakukan Adat Jejak Tanah Buat Anak

Dua hari lalu, pasangan selebriti, Amar Baharin dan isteirnya, pelakon Amyra Rosli telah pun selesai melakukan adat Jejak Tanah buat anak sulung mereka, Aqeef Anaqi.

Amar memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis menerusi Instagram. 

“Semoga langkah kecil nya diberkati Allah dan setiap jejak kaki itu dipermudahkan . Alhamdulillah selesai sudah adat Jejak Tanah untuk @aqeefanaqi .

“Terima kasih Tok Long,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan tanda palang #JejakTanah, #PantangTanah, #AqeefAnaqi dan #22ndOctober.

Terdahulu, adat Jejak tanah atau adat memijak tanah merupakan sebahagian daripada budaya bangsa Melayu yang sudah jarang diamalkan ibu bapa.

Ia merujuk kepada anak kecil yang baru pandai bertatih, dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang permulaan kehidupan.

Terdahulu, anak kecil tidak dibenarkan memijak tanah sehingga genap setahun dan di panggil ia dipanggil Pantang Tanah. Kemudian selepas itulah, adat Jejak Tanah diadakan sebagai penamat kepada Pantang Tanah.

Lalu, ramai peminat yang memuji pasangan ini yang tidak lupa akan adat.

Amar – Amyra Masih Pegang Pada Adat, Lakukan Adat Jejak Tanah Buat Anak

Amar – Amyra Masih Pegang Pada Adat, Lakukan Adat Jejak Tanah Buat Anak

Jom tatap beberapa foto sekitarnya.

Sumber dari MediaHiburan