“Aneh Ya, Tiba-tiba Dia Minta Dipeluk & Dicium Pipinya” – Ifan Seventeen Dedah Sikap ‘Aneh’ Isteri, Kongsi Rakaman Terakhir Bersama!

PENYANYI kumpulan Seventeen, Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah menceritakan kembali pengalaman ng3ri ketika dib4dai dan ditarik ke tengah laut oleh ombak tsun4mi di Pantai Tanjung Lesung, Selat Sunda 22 Disember tahun lalu ketika sedang menyampaikan persembahan.

Anggota kumpulan Seventeen yang terselamat daripada badai tsuunami di Pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia, Ifan, berkongsi perangai ‘luar biasa’ arw4h isterinya sebelum benc5na itu.

Dedah Ifan, 20 minit sebelum kejadian tsunami pada 22 Disember 2018, isterinya, Dylan Sahara datang kepadanya dan minta dipeluk dan dicium.

Perkara itu kata Ifan jarang berlaku antara mereka berdua memandangkan dia akan diberikan ruang untuk fokus sebelum mengadakan persembahan.

“Allah sekali lagi menunjukkan kuasa-Nya. Di berbagai kesempatan aku selalu bercerita bagaimana istriku menghampiriku untuk yang terakhir kalinya ke belakang panggung sebelum seventeen manggung malam itu di Tanjung Lesung.

“Untuk meminta dipeluk dan meminta dicium pipinya sambil bertanya pertanyaan yang selalu dia lontarkan ke aku ‘kamu sayang ga sama aku? Kangen ga? Cinta ga?’.

“Sejujurnya ini hal yang sangat jarang dia lakukan (menghampiriku sebelum manggung) karna istriku tau, sebelum manggung aku lebih suka berkonsentrasi untuk melakukan pekerjaan bersama Seventeen

“Ya, musib4h terjadi sekitar pukul 22.10 tanggal 22 Desember 2018, dan foto ini diambil paling lama 20 menit sebelum kejadian,” tulisnya menerusi entri terbaharu Instagram.

Besarnya kuasa Allah apabila sekeping kad memori daripada kamera milik drummer Seventeen, Andi yang turut terk0rban dalam kejadian itu ditemui baru-baru ini.

Dalam kad memori itu, kata Ifan tersimpan pelbagai memori indah bersama antaranya gambar dan video pada malam kejadian.

“Melalui kuasa-Nya Allah mengantarkan sekotak kecil memory card yang ternyata itu berasal dari kamera mas Andi.

“Ternyata sebelum kepergiannyapun mas @andi_seventeen masih sempat mengabadikan kami berdua lewat kamera yang sangat disayanginya itu.

“Ya Allah ya Tuhanku, terima kasih mas @andi_seventeen sudah memberikan kenang-kenangan yang begitu berharga. Ternyata kita punya foto terakhir kita sayang @dylan_sahara.

Malah, kata Ifan kad memori itu turut menyimpan banyak kenangan indah bersama Seventeen.

Kesemua gambar dan video daripada kad memori itu akan diabadikan dalam sebuah filem dokumentari khas Seventeen.

“Dan ternyata masih banyak video serta foto yang luar biasa didalam memory card tersebut. Foto dan video kenangan kebersamaan terakhir keluarga Seventeen.

“InsyaAllah semua foto dan video tersebut akan kami hadirkan didalam FILM DOKUMENTER PERJALANAN SEVENTEEN.

“Bismillah semoga dilancarkan proses film ini demi kenangan kebersamaan kami bersama, termasuk aku dan istriku @dylan_sahara,” tambahnya.

T5unami di Banten, Indonesia telah meragut ny4wa dua anggota lain Seventeen iaitu Herman dan Bani.

Ifan kongsi saat berjuang selepas ditarik ke tengah laut

Perkara pertama dirasakan katanya, tiba-tiba pentas tempat dia menyanyi dirasakan bergerak ke hadapan sebelum dia terhumb4n ke dalam air laut.

“Tiba-tiba panggungnya (pentas) jalan (ke hadapan), tiba-tiba kita di dalam air,” kata Ifan menceritakan kembali detik kejadian itu.

Dia kemudian ditarik oleh ombak kedua sebelum ditimpa oleh bumbung pentas tempat dia menyampaikan persembahan.

Menurut Ifan, kejadian itu berlaku terlalu pantas sampaikan otaknya tidak mampu berfikir apakah sebenarnya yang sedang berlaku.

Pada mulanya, Ifan menyangka pada ketika itu dunia sudah kiamat, “Ini kiamat ni!” kemudian selepas beberapa ketika di dalam air dia berubah fikiran, “ini mimpi!”.

Kemudian Ifan merasakan pinggangnya terikat oleh sesuatu, sama ada tali atau besi.

“Fikiran terus bertanya ini apa, ini apa. Ombak ketika itu deras, kayu, besi, gak tau apa banyak yang kena kepala, apa segala, dan itu ada ngikat di pinggang entah tali apa (atau) besi,” katanya.

Menurut Ifan, ketika itu naluri dalam dirinya untuk terus bertahan (survival instinct) membuatkan dia cuba untuk naik ke permukaan air, namun tidak boleh kerana pinggangnya terikat.

Maka ketika itu dia cuba menenangkan diri, memesan kepada dirinya sendiri agar tidak panik.

“Terus gua berfikiran begini, jangan sampai panik, jangan sampai panik,” katanya.

Entah bagaimana, Ifan kemudian berjaya timbul ke permukaan air untuk mengambil nafas.

Ketika itu menurut Ifan, kedudukannya sudah jauh dari pantai. Namun pada ketika itulah baru dia sedar bahawa kejadian yang dialaminya itu adalah tsun@mi.

“Begitu timbul gua dengar orang teriak T5unami! Tsunam! Itu pertama kali gua sadar kalau itu adalah Tsuπami,” katanya.

Ketika itu Ifan merasa syukur berjaya mengambil nafas kembali, dan mengetahui bahawa dia sedang mengalami kejadian Tsun*mi.

Namun tiba-tiba ombak kembali menolaknya ke tengah laut.

“Tiba-tiba kedorong lagi ke laut, gua melihat orang-orang (ramai orang) itu, gua melewati (melepasi) mereka,”

“Gua cuba menggapai daun, terlepas. Terus itu kelihatan jelas daratan sudah semakin jauh,” katanya.

Tambahnya lagi, ada ketika dia ditarik, dipeluk, ditendang dan dicekik oleh orang ramai yang masing-masing cuba menyelamatkan diri di tengah laut.

“Gua sempat yang macam-macam, dijambak, ditarik, dipeluk, dic3kik ada kaki kena muka, kerana orang itu kan sangking panik, kepalanya di bawah, kakinya nendang-nendang,”

“Wallahualam, ada yang (berdepan) sakaratul m4ut (sedang dicabut nyawa) mungkin, kan kejang itukan sakaratul m4ut itu, reaksi badannya kejang, jadi nendang-nendang muka, kena muka gitu,” jelas Ifan.

Pada ketika itu Ifan sudah mula merasakan hilang harapan, dan bersedia untuk berdepan dengan aj4lnya.

“Pada ketika itu gua udah kayak (seperti) okay ya Allah, habislah tapi gua terus cuba fight (lawan),”

“Mungkin kerana badan gua agak lebih besar di banding yang lainnya, jadi gua agak sedikit lebih kekuatan buat berontak (menggapai),” ujar Ifan.

Dalam keadaan yang berkecamuk itu, Ifan bertemu dengan meja makan jenis boleh lipat yang terapung, dan tinggal separuh kerana sudah patah. Ketika itu, ada seorang lelaki menarik badannya.

“Bila gua pegang itu (meja makan), tiba-tiba orang sebelah tarik badan gua. Terus gua ngomong gini, mas jangan tarik badan saya, tarik mejanya. Kerana kalau tarik badan saya kita m@ti, jangan tarik badan saya,”

“Alhamdulillah si mas ini (lelaki ini), kayaknya berfikiran masih sihat, dipegang mejanya, tapi ternyata meja itu hanya cukup menumpang hanya satu orang,”

“Begitu dua orang pegang mejanya tenggelam, di depan datang lagi (orang lain) pegang meja lagi, makin tenggelam,” jelas Ifan.

Kata Ifan apabila tenggelam semula ke dalam laut, membuatkannya kembali merasa hilang harapan untuk hidup.

“Jadi tenggelam lagi tu aja udah cukup sangat-sangat buat orang-orang yang di tengah laut dan termasuk gua hilang harapan lagi untuk hidup,” katanya.

Ketika itu, Ifan merasa sangat penat, dan saat itu dia sempat berdialog dengan Allah di dalam hati serta bersedia untuk berdepan @jal.

“Ya Allah inilah rupanya detik gua m@ti, kerana udah enggak ada kekuatan, gak ada,” katanya.

Pada ketika itu, fikiran Ifan mula mengelamun dan berfikir lebih jauh, mula mahu mengambil langkah terakhir, iaitu berserah diri dan pasrah.

“Gua fikir begini, kalau kita tenggelam begitu, badan manusia itu yang penting jangan telan air laut. Kerana kalau menelan air laut, saat itu juga badan manusia akan rosak dan mat!. Kerana gua sempat (pernah) baca itu,”

“Kalau kita tenggelam di dalam laut, yang perlu kita lakukan ialah menutup mulut. Kalau pun memang kita pengsan, kuping, hidung, telinga dan semua lubang yang ada di tubuh itu automatis akan menutup, kayak punya proteksi sendiri,”

“Oleh itu kita punya waktu 10 sampai 15 minit, kalau gak salah ya, sampai akhirnya badan kita gak kuat, air lautnya masuk (dan) kita matti,” kata Ifan.

Jadi ketika itu Ifan berdepan pilihan sama ada mahu maati ketika itu atau 15 minit lagi.

“Gua pilihnya (matti) 15 minit lagi dong, siapa tahu ada nelayan ada team SAR atau segala macam yang nyelamatin tiba-tiba,”

“Gua berharap keajaiban aja,” kata Ifan mengimbas kembali detik dia mula berhenti berharap sebaliknya memilih untuk berserah.

Ifan ketika itu mula mendiamkan diri, membiarkan dirinya tenggelam ke dalam laut dan bersedia untuk pengsan.

“Okay kita tunggu, sebentar lagi gua pengsan, gua gak sadar, mudah-mudahan 15 minit lagi ada yang nyelamatin (selamatkan),” katanya.

Ketika itu Ifan mula mengucapkan syahadah kerana katanya sudah terlalu penat dan tidak mempunyai sebarang tenaga.

Namun pada saat itulah tiba-tiba dia timbul hampir ke permukaan air sebelum terpegang hujung sebuah kotak.

Selepas terpegang sebuah kotak Ifan merasakan seperti kembali mendapat tenaga, dan harapan, lantas dia menarik kotak itu untuk timbul ke permukaan air dan mengambil nafas.

“Orang ternyata di permukaan air laut ini (ketika itu) masih berteriak, masih menangis.” kata Ifan mengimbau keadaan pada masa itu.

Ketika itu juga katanya dia melalui pengalaman yang sangat menakutkan, mendengar orang menjerit sekuat hati.

“Apabila orang berteriak sekencang-kencangnya, itu sebenarnya jadi teriakan yang sangat-sangat menakutkan,”

“Teriak sekencang mungkin itu sampai suaranya parau, sampai suaranya pecah, itulah yang didengari, semua orang berteriak,”

“Ada yang berteriak, ada yang (melaungkan) Allahuakbar, sekencang mungkin, ada yang (menjerit) tolong, ada yang (berdepan) sakaratul lagi,” katanya.

Menurut Ifan, dia memegang kotak itu bersama 4 orang lagi individu. Ketika itu Ifan memberikan arahan agar mereka sama-sama menolak kotak itu menjauhi kumpulan orang ramai.

“Jadi gua teriak, dorong, dorong, dorong, maksudnya biar menjauhi kerumunan (kumpulan orang ramai) ini.”

“Kita dorong Alhamdulillah bisa, selang seminit, tiga minit, melewati laluan itu sempit, dipenuhi ma¥at-m4yat di kesamping. Kami berlima berenang penuh m4yat, tendang, mayaat sahaja di mana-mana,” kata Ifan.

Di pertengahan jalan, salah seorang berpisah kerana bertemu dengan sebatang kayu. Tinggal mereka berempat terus berenang ke arah daratan.

Namun kata Ifan, ketika itu mereka hanya boleh memegang kotak berkenaan dengan hujung jari kerana kotak itu tidak stabil, dan separuh tenggelam.

Jika terlalu kuat berpaut, kotak itu akan berputar dan tenggelam serta tidak boleh dipegang lagi. Maka Ifan ketika itu memberikan arahan kepada tiga lagi individu yang sama-sama bergantung kepada kotak itu bagi menstabilkannya.

“Berhenti, berhenti, seimbangin, seimbangin (seimbangkan). Ayuh kita sudah dikasi keselamatan dari Allah kalau ada satu orang yang gandulin (berpaut) berarti empat-empatya mati,”

“Jadi, gua cuba mengajak teman-teman yang tiga ini, dua orang cewek (perempuan) satu orang cowok (lelaki), yang satu agak keletihan, yang dua ini masih agak waras itu cewek, mencuba untuk berfikir lebih tenang,” katanya.

Ketika itu menurut Ifan, ramai lagi mangsa yang cuba bertahan dan berenang di celah m4yat-may4t yang timbul di permukaan air. Ada yang memegang kayu, meja, dan sebagainya.

Ketika itu Ifan dan teman-temannya yang berpaut pada kotak yang sama itu juga turut berusaha menjerit meminta pertolongan orang-orang yang berada di atas darat dari kejauhan.

“Woi tolong dong! Ini Ifan Seventeen, kami ini sudah mau m4ti! Tolong! Tapi saat itu gak ada yang nolongin (menolong),” kata Ifan.

Akhirnya dia mengarahkan mereka untuk berhenti meminta tolong. Kerana ketika itu menurut Ifan, manusia sudah tidak mampu menolong, hanya Allah sahaja yang boleh menolong mereka.

“Udah sekarang stop berteriak, stop minta tolong, kalau mereka bisa menolong, mereka udah nolong. Mereka gak menolong, kerana mereka gak bisa menolong,” katanya.

Ketika itu, rombongan orang ramai yang sama-sama berenang ke arah daratan, secara perlahan satu persatu menjadi mayyat, kerana kepenatan.

“Nah yang serombongan banyak ini, ada lapan, tujuh rombongan. Ini pelan-pelan juga jadi mayaat, kerana capek (penat),” katanya.

Menurutnya, mereka terpaksa berjuang untuk terus hidup, lebih dua jam di tengah laut yang terbentang luas, dipukul ombak yang ganas dalam keadaan sukar untuk bernafas.

“Akhirnya gua melihat cuma gua rombongan sendiri sama di depan itu tiga orang, gua tidak kenal, kita selawatan (membaca selawat),” katanya.

“Ketika itu di tengah laut, kecil, kita itu sangat kecil, laut itu gede (besar), luas, langitnya luas, dan bulan purnama, kita udah cuba minta tolong ke manusia, teriak, teriak, udah mereka gak bisa menolong kita lagi, selain Allah,” kata Ifan.

Akhirnya, mereka ditolak oleh ombak sampai ke pantai.