Bekas suami dan suami pakai baju sedondon, keluarga bahagia ini jadi buah mulut

Pasangan bekas suami isteri, Norman Hakim dan Abby Abadi sentiasa mencuri tumpuan para netizen dengan kisah keluarga harmoni mereka. Walaupun umum diketahui ramai, mereka masing masing sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan baru namun tidak wujud sebarang persengketaan di antara mereka.

Bekas suami dan suami pakai baju sedondon, keluarga bahagia ini jadi buah mulut

Hubungan yang terjalin tidak terputus seperti kebanyakan bekas pasangan suami isteri yang lain. Mereka sering dilihat bersama dengan pasangan baru dan anak anak tidak kira di waktu perayaan mahupun di waktu lapang.

Terbaru, Abby telah memuat naik sebuah foto di Instagram miliknya. Foto yang merakamkan bekas suaminya, Norman dan suaminya kini dilihat memakai warna baju yang sedondon.

Bekas suami dan suami pakai baju sedondon, keluarga bahagia ini jadi buah mulut

Ujar Abby di kapsyennya, dia dan suaminya datang menziarahi keluarga Norman dengan membawa sedikit buah tangan tetapi dek kerana terharu dengan tindakan Abby dan pasangannya itu, Norman sebak sehingga mengalirkan air mata.

Tambah Abby lagi, selalunya hanya dia dan Memey yang mengenakan warna pakaian yang sama namun kali ini sebaliknya pula.

Rata-rata netizen tumpang gembira dengan kebahagian yang ditunjukkan oleh keluarga ini. Ramai turut mendoakan agar mereka kekal harmoni dalam satu keluarga yang besar.

So sweet!

Bekas suami dan suami pakai baju sedondon, keluarga bahagia ini jadi buah mulut

Suka tengok family akak

Bekas suami dan suami pakai baju sedondon, keluarga bahagia ini jadi buah mulut

Bestnya tengok family dia

Bekas suami dan suami pakai baju sedondon, keluarga bahagia ini jadi buah mulut

Semoga kekal ke jannah

Bekas suami dan suami pakai baju sedondon, keluarga bahagia ini jadi buah mulut

Kalau nak jadi macam depan kena betul2 ikhlas dan redha

Bekas suami dan suami pakai baju sedondon, keluarga bahagia ini jadi buah mulut

Sumber : chamais