Bukan Propa! Ini Bukti Foto Perkahwinan Raja Ilya & Usahawan Australia

Akhirnya sekeping foto majlis perkahwinan pelakon Raja Ilya dan usahawan kelahiran Australia yang dikenali sebagai Trent didedahkan!

Memang kacak! Itulah yang boleh digambar buat suami kepada pelakon cantik, Raja Ilya yang akhirnya sekeping foto pasangan ini dikongsi pereka fesyen terkenal, Raffiey Nasir menerusi Instagram miliknya, awal malam tadi.

Menerusi Instagram milik pereka fesyen Raffiey Nasir, pasangan itu dilihat secocok mengenakan busana pengantin berkonsep moden rekaannya. Pelakon Syurgaku Tak Sempurna itu mengenakan baju indah sarat perincian rekaan pereka itu pada hari bergelar raja sehari.

“Close Wedding reception. A big congratulations to @rajailya & Trent!

Bukan Propa! Ini Bukti Foto Perkahwinan Raja Ilya & Usahawan Australia

“New life chapter begins! All the best! Cant wait to see ur junior! I’m soooo looking forward to ur main wedding recep! Dress by @raffieynasir @raffieynasirofficial,” tulisnya.

Sebelum ini Raffiey hanya memuat naik sekeping foto pelakon itu dari sudut pandangan belakang berserta ucapan tahniah atas majlis pernikahan yang berlangsung pada 23 Disember lalu.

Bukan Propa! Ini Bukti Foto Perkahwinan Raja Ilya & Usahawan Australia

Sebelum itu pun Raffiey turut memuat naik teaser busana pengantin yang difahamkan milik Raja Ilya.

Pelakon filem Appalam itu telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama Trent dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat di Perth, Australia.

Raja Ilya dan Trent telah berkenalan sejak 2012 dan mengesahkan sudah bertunang pada awal November lalu.

Terdahulu, Ilya menerusi temu bual bersama MH tidak lama dulu mengakui, dia sudah pun mengikat tali pertunangan bersama usahawan dan bekas model itu.

Malah lamaran tersebut turut dibuat secara mengejut oleh lelaki tersebut di Langkawi.

Pada masa sama, Ilya turut mengakui dia mengenali lelaki berusia pertengahan 30-an itu sejak beberapa tahun lalu.

Bukan Propa! Ini Bukti Foto Perkahwinan Raja Ilya & Usahawan Australia

Kedua-duanya saling kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika Ilya masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.

“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap.

“Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.

Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja,” katanya kepada MH.

“Ketika mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.

Bukan Propa! Ini Bukti Foto Perkahwinan Raja Ilya & Usahawan Australia

“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.

Serentak dengan pengumuman berkenaan, rakan artis juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama memberikan dedikasi dan ucapan tahniah buat pelakon tinggi lampai itu.

Moga hubungan kekal abadi, selama-lamanya amin. Tahniah buat Raja Ilya dan pasangan dari MH!

Kini, pasangan itu difahamkan sedang berbulan madu di Rottnest Island, Australia.

Sumber dari Media Hiburan