“Dayyan dah jadi abang. Alhamdulillah.. ” – Pasangan selamat melahirkan bayi perempuan. Black kongsi video di Instagram

Penyanyi, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah berkongsi berita gembira isterinya Naquia Yasirah atau lebih dikenali dengan panggilan Cira Khairy telah selamat melahirkan anak kedua mereka menerusi akaun Instagramnya.

Menurut Black, bayi yang dilahirkan pada jam 1.56 pagi tadi adalah bayi perempuan. Anak kedua Black ini dilahirkan dengan berat 2.88kg. Nampaknya sudah sepasang anak Black dan isteri.

Menerusi video yang dimuatnaik ini, anak pertama Black iaitu Khaleef Dayyan yang terkenal dengan tagline “Ini memang valel (viral)” juga turut gembira mendapat adik baru. Akhirnya pada usia 3 tahun Dayyan menjadi seorang abang.

Sebelum ini Black agak terkilan apabila tak sempat bergambar kerana putera sulung dilahirkan lebih awal, Black Hanifah bersyukur usaha merakamkan detik indah bersama isteri yang sarat anak kedua dalam sesi fotografi eksklusif, akhirnya tercapai.

Black berkata, momen itu bertambah manis apabila anak sulung mereka, Khaleef Dayyan turut bergambar menjadikan sesi fotografi gamat dengan keletahnya.

“Sesi fotografi ini diatur atas permintaan isteri yang mahukan proses kehamilan kedua dirakamkan. Saya bersyukur akhirnya ia dapat direalisasikan.

“Bukan apa, sejak kehamilan pertama lagi, kami sudah merancang mengabdikan kenangan indah ini. Namun, ia tidak kesampaian selepas Dayyan dilahirkan lebih awal daripada tarikh dijangka,” katanya kepada BH Online.

Sarat anak kedua, Isteri Black, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau mesra disapa Cira, dijangka bersalin, dua minggu lagi tapi rezeki datang lebih awal.

Black yang popular dengan lagu Sakit Ku Rasa mendirikan rumah tangga dengan Cira pada September 2013. Anak sulung pasangan ini, Dayyan kini berusia tiga tahun.

Black berkata, koleksi foto yang dirakamkan itu akan dikongsi dengan peminat manakala sebahagian lagi adalah untuk simpanan peribadi.

“Kebanyakan foto adalah untuk tatapan kami sekeluarga. Teruja rasanya apabila Dayyan dapat merakamkan momen indah itu bersama kami,” katanya.

Black turut bersyukur proses kelahiran anak kedua lancar dan dipermudahkan.

“Apa yang penting, ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Terima kasih kerana semua pihak yang mendoakan kami sekeluarga,” katanya.

 

 

 

Jom baca perkongsian dan tonton video penuh Black di bawah :

“Dayyan dah dapat adik !!! Alhamdulillah.. terima kasih kepada semua yg sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yg baru lahir ini..”

“Bayi dan mommy sihat walafiat… aamiin.. 25/10/2018 1:56 AM .. its a…..”

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi kedua Black dan isterinya ini. Antara komen-komen peminat :

” Tahniah @black.hanifah semoga isteri dan baby sihat2 hendaknya.. ‘

” Tahniah @black.hanifah sekeluarga. Dayyan dah jadi Abg Long… “

” Alhamdulillah….tahniah @black.hanifah n isteri…. dayyan officially dh jadi abg…. be a gud boy ye abg dayyan…. “

” Alhamdulilah tahniah black..slmt berpantng tuk wife black.. “

” Alhamdulillah dan tahniah buat @black.hanifah dan isteri..Semoga bertambah ceria keluarga ini dgn hadirnya bidadari kecil sebagai penyeri kedua.. “

” Alhamdulillah Bro @black.hanifah moga bertambah2 lagi rezeki dan kasih sayang buatmua sekeluarga.. aminn.. “

Mengenai perkembangan kerjaya, Black bakal melancarkan single terbaru berjudul Pok Pet, Isnin depan. Klip video dendangan itu akan turut menampilkan Cira dan Dayyan.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Black dan isteri. Semoga anak yang baru dilahirkan ini menjadi anak yang soleh / solehah yang membahagiakan ibu dan bapa di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..