“Dia cari rumah sewa lebih selesa untuk keluarga dan hantar tunai umrah”- Khai Bahar di mata Datuk Mokhzani Ismail

PENGARAH Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail meluahkan rasa kagum terhadap pencapaian penyanyi Khai Bahar apabila bakat nyanyiannya mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia malah negara seberang Indonesia.

Menerusi Facebook miliknya berkata, penyanyi berasal daripada Perlis itu tidak pernah menunjukkan bakat tersebut ketika di bangku sekolah.

kagum dengan pencapaian yang naik mendadak

“Saya kagum dengan Khai Bahar ni sebab dia naik secara mendadak la. Dari kecik di Perlis ni kita tak pernah pun tengok bakat dia yang betul-betul. Selama saya balik Perlis pun tak pernah tahu bakat dia.

“Segelintir budak-budak lain ada yang kita tengok masuk program Radio RTM Perlis Fm, Bintang Kecil, Bintang P Ramlee dan lain-lain tapi dia tak masuk tunjuk bakat pun.

“Dia nyanyi suka-suka ja kat karaoke di rumah. Kadang-kadang dia bawa gitar dekat kawan baik saya cikgu Dean Manap minta tune gitar kerana kebetulan Khai kawan baik dgn Fizura anak Dean Manap,” tulisnya.

“Dia cari rumah sewa lebih selesa untuk keluarga dan hantar tunai umrah”- Khai Bahar di mata Datuk Mokhzani Ismail

Status perkongsian Mokhzani.

Bagaimanapun pemilik nama sebenar, Mohammad Khairul Baharuddin itu pernah mencuba nasib pada uji bakat Akademi Fantasia 3 tapi gagal.

Sementara itu, Mokhzani turut menceritakan pengalaman mengadakan persembahan di Jakarta, Indonesia Ogos tahun lalu.

Katanya, dia terkejut apabila kehadiran Khai di negara jiran itu disambut oleh peminat-peminatnya.

“Saya tak pernah kenal Khai Bahar ni sampailah apabila satu persembahan di Jakarta pada bulan Ogos 2017 iaitu untuk hubungan diplomatik Malaysia Indonesia 50 tahun.

“Dalam hati saya berkata Amy saya kenal begitu juga Ernie dan Syamel cuma Khai tak pernah sangat tahu pulak bakat dia tapi dengar kata dia orang Perlis.

“Bila tiba di lapangan terbang Jakarta terpegun saya ramai peminat-peminat tunggu di lapangan terbang dengan kamera dan telefon. Dalam kepala saya artis yang mana satu ni kerana Amy Search tiada dalam penerbangan itu.

“Menjerit-jerit peminat apabila muncul di depan mereka artis yang mereka sanjung. Rupa-rupanya artis kelahiran Perlis Khai Bahar. Saya kata dasat hang Khai,” tulisnya.

“Dia cari rumah sewa lebih selesa untuk keluarga dan hantar tunai umrah”- Khai Bahar di mata Datuk Mokhzani Ismail

Berbudi bahasa

Sementara itu, Mokhzani turut memuji sifat penyanyi lagu Luluh itu yang dikatakan berbudi bahasa dan semangat kampung yang menebal.

Biarpun kurang bernasib baik menyambung pelajaran, namun diberikan rezeki yang lain.

Katanya, Khai tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap keluarganya di kampung selepas diberikan rezeki dalam bidang nyanyian.

“Malah menurut cikgu Dean bila dia dah mewah, dia cari rumah sewa yang lebih selesa untuk keluarganya melalui cikgu Dean dan sekarang mungkin sudah mampu beli.

“Malah dia hantar ibu bapa menunaikan umrah. Ayahnya bekas pemandu teksi dan ibunya mungkin rasa bangga sebagaimana saya melihat kepada kejayan demi kejayaan yang diperolehinya,” ujarnya.

Sumber dari GengJoyah