Dia Fadila Baling ‘Real Handphone’ Di GV5, Ini Keadaan Telefon Bimbitnya Selepas Kejadian

Penyanyi Nur Fardilla Nadia Abu Bakar, 34 atau lebih di kenali sebagai Dia Fadila memang tidak asing lagi dalam Gegar Vaganza musim ke-5. Sentiasa mendapat pungutan markah yang terbaik pada setiap minggu malah pada minggu ke-5 beliau menduduki tangga pertama dengan membawakan lagu Menghitung Hari.

Penyanyi Dia Fadila mendedahkan telefon yang dibaling ketika membawakan lagu Pematah Hati di Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Ahad lalu itu adalah telefon bimbit sebenar miliknya.

Pemilik nama sebenar Nurfadilla Nadia Abu Bakar, 34, ini berkata dia sengaja memilih untuk membaling telefon bimbit sebenar pada persembahan pertamanya itu bagi menjayakan gimik yang cuba dilakukan.

“Ramai yang tanya betulkah saya baling handphone? Nahh…its real hanphone guys!

“Saya baling masa awal persembahan lagu itu.

“Ia handphone lama saya dan ini keadaannya (menunjukkan keadaan handphone). Dah berkecai dan tak dapat digunakan lagi,” katanya.

Dia berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dia turut memuat naik video dengan menunjukkan keadaan paparan skrin telefonnya sudah retak.

Dia Fadila Baling ‘Real Handphone’ Di GV5, Ini Keadaan Telefon Bimbitnya Selepas Kejadian

Pelantun lagu Aku Masih Setia itu telah mengadakan dua persembahan di konsert semi final GV5 yang mana sebuah lagi lagu adalah I Don’t Want Miss A Thing dendangan asal Aerosmith.

Dengan dua persembahan itu telah melayakan Dia untuk mara ke Final GV5 bersama lima bintang lain seperti Noryn Aziz, Zamani, Maya Ruslee, Amelina dan Billy Zulkarnain.

Disebalik kemeriahan Konsert Gegar Vaganza musim ke-5 ini, ramai tidak tahu fakta atau perihal disebalik Dia Fadila, syazwanrahman.com bawakan 8 perkara menarik untuk anda peminat Dia Fadila!
1) Dia Fadila “kekwat”
Dia Fadila menggamalkan konsep tidak tegur dengan sesiapa pun, oleh itu orang sekeliling akan beranggapan Dia Fadila seorang artis yang “kekwat”. Tetapi hakikatnya itu bukan sikap sebenarnya. Ini hanyalah watak sementara sahaja sebelum melakukan persembahan. Ini bertujuan adalah untuk Dia Fadila memberikan fokus 200% kepada penghayatan lagu dan persembahan yang ingin dinyanyikan. Dia Fadila akan “lock” fikirannya supaya tidak hilang fokus.
2) Tidak akan melihat persembahan sendiri
Sebelum dan selepas persembahan Dia Fadila tidak akan sama sekali melihat aksi persembahan bintang Gegar Vaganza yang lain. Bukan sahaja itu malah Dia Fadila juga tidak akan melihat semula rakaman aksi persembahannya sendiri. Beliau beranggapan yang berlalu biarlah berlalu dan terus fokus untuk tugasan seterusnya. Pelik bukan? tetapi itulah rialiti daripada penyanyi lagu Andai.
3) Makan 4 jam sebelum konsert
Mengambil langkah makan 4 jam sebelum persembahan bermula. Ini adalah prinsip dan amalan Dia Fadila untuk mendapatkan mutu vokal yang baik dan persembahan yang sempurna. Tetapi selepas habis konsert beliau akan melilau mencari makanan kerana lapar. Comel!
Dia Fadila Baling ‘Real Handphone’ Di GV5, Ini Keadaan Telefon Bimbitnya Selepas Kejadian
5) Anak-anak tidak menonton aksi ibunya di TV
Sepanjang konsert Gegar Vaganza setiap hari Ahad, anak Dia Fadila iaitu Qaseh Dhiya, 8 dan Chinta Qadisa, 5 akan dijaga oleh ibu Dia dan mereka juga tidak akan melihat persembahan mommy nya.

6) Idea sendiri

Bercakap mengenai konsep persembahan dan penasihat vokal pada setiap minggu, Dia Fadila memilih untuk melakukan dengan sendiri sahaja. Kiranya idea yang kita semua lihat pada setiap minggu itu memang dari cetusannya sendiri. Melainkan dari segi stylist, Dia Fadila menyerahkan kepada Fatimah and team

7) Memiliki photographer dan videographer peribadi

Sepanjang Dia Fadila di Gegar Vaganza, semua memori indah akan di rakamkan oleh Goclickpictures. Mereka akan memaparkan detik-detik dibelakang belakang tabir, sebelum, semasa dan selepas konsert, sesi bertemu peminat Dialovas dan banyak lagi. Semua rakaman itu akan dimuat naik di laman sesawang You Tube milik Dia Fadila. Bolehlah tengok di sana ya.

8) Lagu Hurt menjadi pilihan

Jika diberi pilihan, Dia Fadila memilih lagu Hurt daripada Christina Aguilera untuk dinyanyikan pada Konsert Akhir Gegar Vaganza,. Moga permintaan Dia ditunaikan oleh pihak produksi.

Selangkah lagi menuju ke Konsert Akhir Gegar Vaganza, di harapkan Dia Fadila terus memberikan persembahan yang terbaik dan mendapat tempat di hati juri profesional. Sama-sama kita doakan.

Bantu Misha Omar

Penyanyi popular, Misha Omar mengakui dia mempunyai masalah vokal dua tahun lalu selepas melahirkan cahaya mata sulung, Muhammad Idris Ezzwa.

Menurut pelantun lagu Sampai Bila ini, dia berasa seperti kehilangan karakter pada vokalnya lalu mendapatkan bantuan dari penyanyi dan guru vokal, Dia Fadila.

“Selepas bersalin, saya mula merasai perubahan pada karakter vokal dan perlu mencarinya semula.

“Saya ibaratkan diri seperti kembali semula ke kelas, bukan kerana  cerewet sebaliknya untuk mencari kepuasan dalam berkarya.

“Saya sangat berterima kasih kepada Dia Fadila kerana banyak membantu saya dalam aspek itu,” katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Peringkat akhir GV5 18November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada Ahad jam 9 malam – Gempak