“Dia sangat lembut hati dan baik orangnya” – Ustaz Ebit Lew kagum sifat Awie ketika ziarahnya di hospital

PENYANYI Datuk Awie yang kini dimasukkan ke pusat perubatan di Ampang sejak empat hari lalu baharu sahaja pulang daripada program jelajah bermotosikal melibatkan 30 buah masjid di Utara tanah air.

Menurut pendakwah popular Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew, vokalis kumpulan Wings yang juga baharu pulang menunaikan umrah turut memberi sumbangan di setiap masjid yang dikunjunginya.

“Sebak tengok Awie walaupun sedang sakit di wad beliau masih memberi senyuman dan rindukan nasihat yang baik.

“Beliau baru balik program motor jelajah 30 masjid di Utara dan juga baru balik umrah. Beliau beri sumbangan di setiap masjid yang beliau pergi,” tulisnya di Instagram pada Rabu.

Status ustaz Ebit Lew pada Rabu.

Sebak tengok @awieofficial .walau sedang sakit di wad beliau masih memberi senyuman dan begitu baik rindukan nasihat yang baik. Baru balik program motor jelajah 30 masjid di utara dan juga baru balik umrah.

Beliau beri sumbangan di setiap masjid yang beliau pergi. Benarkan semua ujian kerana Allah sayang..beliau berazam untuk beri lebih lagi untuk kerja-kerja dakwah. Allahuakbar.. Beliau sangat lembut hatinya dan baik orangnya.

Pohon doakan beliau cepat sembuh. Ya Allah yang Maha Azim Maha Agong Yang Memberi sakit dan memberi sembuh buat saudaraku yang baik ini, Sembuhkanlah Dato Awie dan berilah keberkatan dalam hidupnya serta pilihlah beliau jadi seperti Matahari hidayah.

Syukur dapat hadiahkan buku 11Amalan Kekayaan. Baca bab satu jer biasanya dah menangis dan bersyukur sedar kita dah benar-benar kaya..-ebitlew

Menerusi laporan sebuah portal berita, Awie mengadu sakit di bahagian atas perut, dada dan belakang badan sebelum dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini belum mendapat sebarang keputusan ujian daripada doktor terhadap penyakit yang dihidapi.

“Doktor masih mengesan apa puncanya. Saya tak boleh nak cakap sakit apa,” kata pengurusnya, Ejat.

Sementara itu, Ebit yang menziarahi penyanyi itu berkata, Awie berazam untuk melakukan lebih banyak kerja-kerja amal pada masa akan datang.

“Semua ujianNya kerana Allah sayang, beliau berazam untuk beri lebih lagi untuk kerja-kerja dakwah. Allahuakbar… Beliau sangat lembut hatinya dan baik orangnya.

“Pohon doakan beliau cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah Datuk Awie dan berilah keberkatan dalam hidupnya serta pilihlah beliau jadi seperti Matahari hidayah,” tulisnya.

Ustaz Ebit Lew merupakan pendakwah popular.

Sebelum ini dalam satu kenyataan media, Awie memaklumkan dia tidak dapat memenuhi undangan nyanyian bersama Dragon Malaya di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, yang sepatutnya berlangsung 9 malam Ahad.

“Dengan rasa berat hati dimaklumkan tahap kesihatan Datuk Awie tidak mengizinkan beliau untuk memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya sempena Pesta Pulau Pinang.

“Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Datuk Awie perlu mendapatkan rawatan dan rehat yang secukupnya,” kata kenyataan itu.