“Dialah ketua keluarga, banyak berkorban untuk adik beradik. Kami tetap tunggu Benjy pulang,” – Elza

Peminat semua sedia maklum akan penangkapan pelakon Benjy yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera Utara, Indonesia tahun lalu kerana menyeludvp d@dah.

Atas kesalahan tersebut, anak kepada Allahyarham seniwati Azean Irdawaty ini d1hukum penj@ra selama 11 tahun.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) baru-baru ini melawat Benjy di penjara selepas mendapat laporan tentang kesihatan pelakon itu yang kurang baik.

Benjy Dihukvm Penj@ra 11 tahun, Denda RM312,53

“Dialah ketua keluarga, banyak berkorban untuk adik beradik. Kami tetap tunggu Benjy pulang,” - Elza

Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali Benjy, d1hukum penj@ra 11 tahun hari ini selepas didapati bersalah menyeludvp d4dah jenis kristal methamph3tamine dalam dub urny4 ketika berkunjung ke pulau Sumatera April lalu.

Benjy ditahan bersama 4.5 gram d4dah jenis itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu.

Selain hukum4n itu, aktor berusia 38 tahun itu diarah membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.

Hukum4n penj@ra itu lebih rendah berbanding 14 tahun dicadangkan pendakwa raya selain terlepas dari hukum4n mat1.

“Kami mengisytiharkan defendan, Benjy terbukti bersalah dari segi undang-undang kerana memiliki dan mengawal nark0tik,” kata ketua hakim, Prasetyo Wibowo.

Benjy, anak sulung pelakon lagenda Malaysia, Allahy4rhamah Azean Irdawaty yang men1nggal dunia akibat kans€r pada 17 Disember 2013.

“Dialah ketua keluarga, banyak berkorban untuk adik beradik. Kami tetap tunggu Benjy pulang,” - Elza

Luahan Adik Benjy Menyentuh Hati

LUAHAN anak perempuan Allahy4rham Azean Irdawaty iaitu Elza Irdalynna berhubung hukum4n penj4ra selama 11 tahun dikenakan terhadap pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atas kesalah4n memilik1 dad4h menyentuh perasaan apabila dia memberitahu tetap menyayangi abangnya itu.

Elza menerusi kenyataan terbuka di Twitter berkata, Benjy tetap d4rah dagingnya walaupun abangnya itu telah melakukan kesal4han dan sebagai adik dia tidak menghukumn¥a kerana perbuatan itu.

“Saya tidak menghukvm Ben (panggilan untuk Benjy) kerana kesalah@nnya. Saya sayangkannya sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai keluarga saya.

“Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk menebu$ ke$alahannya dan sebagai adik saya akan tetap berada di sini sehingga ke akhirnya,” tulis Elza.

Elza tetap menyayangi abangnya walauapapun yang terjadi.

“AKU lama lagi kat sini,” itu antara kata-kata pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy pada sekeping nota tulisan tangan dari penjara Penjara Tanjung Gusta Medan, Indonesia yang meminta doa orang ramai.

Benjy yang juga anak Allahyarham seniwati Azean Irdawaty dalam nota itu menyatakan dia memohon kepada semua pihak supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik bagi membolehkan dia meneruskan kehidupannya di sebalik tirai besi di negara itu yang berbaki 10 tahun lagi.

“Aku lama lagi kat sini, jadi tolong doakan yang kesihatan aku semakin baik. Sebab aku perlu untuk jadi sihat agar dapat meneruskan kehidupan di sini.

“Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudahkan,” tulisnya.

Surat yang bertarikh 15 Disember 2018 itu diserahkan kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawatnya di penjara itu nbaru-baru ini.

Surat tulisan tangan oleh Benjy yang ditulis buat rakyat Malaysia.

Dia dijangka dibebaskan pada 2028.

Bercakap mengenai lawatan Seniman, Zed memberitahu Benjy mengalami penyakit asma kronik selain berpotensi untuk terkena batuk kering atau tuberculosis (TB).

Kata Zed, rawatan terhad selain ubat-ubatan yang menelan kos tinggi menyebabkan Benjy terpaksa menanggung derita dan atas dasar kemanusiaan Seniman terpanggil untuk membantu.

Seniman Run 2.0 2019 bakal diadakan pada 16 Februari depan dalam usaha mengumpul dana bagi membantu ahli persatuan itu yang memerlukan.

“Apabila kami berjumpa sahaja dia terus memeluk saya dengan lama kerana menurutnya kami orang pertama dari Malaysia yang melawatnya sejak dipenjarakan tahun lalu.

“Cakap sekejap kemudian dia menangis sambil terbatuk-batuk… Memandangkan dia bukan warganegara Indonesia jadi untuk membeli ubat-ubatan yang sesuai menelan kos tinggi malah pemeriksaan pun dia perlu bayar.

“Alhamdulillah kami sempat membawanya menjalani pemeriksaan dan membeli ubat-ubatan untuknya ketika melawatnya di penjara,” katanya.

Benjy memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan bagi menampung perbelanjaan perubatannya dan Seniman akan cuba sebaik mungkin dalam mengurangkan bebannya itu.

Atas dasar itu juga kata Zed, Seniman akan menganjurkan Seniman Run 2.0 2019 iaitu satu acara berbentuk larian amal bagi mengumpul dana kebajikan yang akan disalurkan kepada ahli-ahli persatuan itu yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Seniman turut melancarkan tabung bantuan buat Benjy. 

Malah bersempena dengan larian itu juga, Seniman turut melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas Untuk Benjy bagi mengumpul dana membantu pelakon itu.

“Setiap peserta yang menyertai larian itu akan dikenakan yuran penyertaan dan sebahagian daripadanya kami akan salurkan kepada tabung prihatin Seniman.

“Alhamdulillah setakat ini kami sudah menerima 1,300 penyertaan daripada orang ramai dan menjangkakan angka itu bertambah kepada 3,000 peserta.

“Insya-Allah sebahagian daripada kutipan itu juga kita akan gunakan untuk membantu Benjy membeli ubat-ubatan dan meringkan bebannya di penjara namun bagi faktor keselamatan kami akan menyerahkan wang itu secara bulanan,” jelasnya.

Seniman Run 2.0 2019 akan diadakan pada 16 Februari 2019 di Jalan Raya, Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada pukul 7 pagi bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Permohonan penyertaan boleh dibuat menerusi www.racexasia.com/event/seniman-run 2.0 sebelum 31 Disember ini.