“Emak Saya Nak Cium Tangan Tengku Permaisuri” – Chef Wan Luah Rasa Terharu Dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin

Cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan terharu dengan kesopanan dan sifat rendah diri Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor (TPS) Tengku Norashikin.

Perkara itu dikongsi Chef Wan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Chef Wan, TPS memberi layanan yang sangat baik terhadap ibunya ketika bertemu di sebuah majlis sambutan Deepavali malam tadi.

“Mother with HRH Tengku Permaisuri Norashikin of Selangor.

“Selepas sembah salam, saya dan emak menghadap Tengku Permaisuri.

“Emak saya cuba untuk mencium tangan Tengku Permaisuri tapi tuanku tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya Tengku Permaisuri mengambil tangan emak lalu menciumnya dan memberi pelukan yang sangat mesra.

“Saya rasa sangat terharu dengan kesopanan dan sifat rendah diri yang dimiliki Tengku Permaisuri, semoga Allah sentiasa memberkati Tuanku,” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Emak Saya Nak Cium Tangan Tengku Permaisuri” – Chef Wan Luah Rasa Terharu Dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Chef Wan memuji sikap TPS, ada juga yang menceritakan pengalaman pernah bertemu dan turut menerima layanan mesra dari permaisuri jelita itu.

Beautiful inside and outside!…

“Emak Saya Nak Cium Tangan Tengku Permaisuri” – Chef Wan Luah Rasa Terharu Dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin

Sikap yang patut dipuji dan dijadikan contoh…
“Emak Saya Nak Cium Tangan Tengku Permaisuri” – Chef Wan Luah Rasa Terharu Dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin

Kita pulak terharu baca…
“Emak Saya Nak Cium Tangan Tengku Permaisuri” – Chef Wan Luah Rasa Terharu Dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber dari berita Steady