Nak kahwin dengan Anuar Zain, Fafau minta ‘restu’ Aafiyah

Fafau minta restu Aafiyah

Beberapa tahun lalu, dia pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan. Namun hasrat pengacara Fara Fauzana tidak kesampaian atas beberapa sebab peribadi.

Terbaru, wanita berusia 38 tahun itu telah meminta ‘restu’ daripada anak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah sekiranya dia akan disatukan dengan penyanyi Anuar Zain.

Menerusi laman Instagram miliknya, Fara atau lebih mesra disapa Fafau ada memuat naik sebuah video ketika mengajukan soalan kepada bayi berusia lima bulan itu.

“Aafiyah rasa, aunty Fara dengan uncle Anuar Zain sesuai, sedondon dan secocok tak?

“Kalau aunty Fara dengan Anuar Zain sesuai, goyang kepala,” tanya Fara kepada Aafiyah.

Selepas cubaan pertama untuk mendapatkan jawapan menerusi video 53 saat itu gagal, akhirnya Aafiyah bersetuju mereka ‘disatukan’ dengan menggoyangkan sedikit kepala.

“Alhamdulillah… Aafiyah merestui, budak-budak jujur,” tambah Fara.

Nak kahwin dengan Anuar Zain, Fafau minta ‘restu’ Aafiyah

Posting berkenaan telah menarik perhatian rakan selebriti dan peminatnya yang rata-rata turut bersetuju dan mengakui sesuai sekiranya dia bertemu jodoh dengan adik kepada penyanyi Ziana Zain itu.

Sesuai sangat, anak mesti comel nanti!

Nak kahwin dengan Anuar Zain, Fafau minta ‘restu’ Aafiyah

Aminnn. Suka sangat…

Nak kahwin dengan Anuar Zain, Fafau minta ‘restu’ Aafiyah

Kami merestui dari dulu lagi…

Nak kahwin dengan Anuar Zain, Fafau minta ‘restu’ Aafiyah

Amboii ramai dah yang merestui tu. Dua-dua pun single lagi. Mana tau boleh disatukan sebagai suami isteri nanti?

Sumber : Fara Fauzana