Hantu Kak Limah 2 : Penerbit Akhirnya Buka Mulut, Dedahkan Mengapa Bayaran Bonus Ciput

BANGI: Pelakon utama filem Hantu Kak Limah, Datuk Awie terkilan bonus yang diterima daripada penerbit tidak setimpal dengan kutipan lebih RM30 juta yang diraih filem pecah panggung itu.

Tampil mewakili pelakon dan kru produksi, Awie, 50, menganggap jumlah bonus yang diagihkan penerbit tidak adil.

“Saya terkilan (jumlah) wang bonus yang diterima… Ini kerana kadar itu tidak sesuai dengan kerja keras kru produksi. Penerbit seharusnya lebih peka terhadap sumbangan kami demi kejayaan filem ini.

Sebagai anak seni, saya rasa bertanggungjawab ‘membuka mulut’ bagi mempertahankan hak kami. Ini kerana dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

“Bukanlah tidak bersyukur, namun jangan ambil kesempatan apabila filem Hantu Kak Limah sudah berjaya,” katanya ditemui pada sidang media Konsert GIG 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Ratu Rock, Ella.

Ditanya jumlah bonus yang diterima, Awie berkata:

Saya selaku teraju utama hanya menerima beberapa ribu ringgit sahaja… Inikan pula pelakon dan kru produksi lain,” katanya.

Awie menambah, dia tidak menolak melakonkan watak Husin dalam sekuel Hantu Kak Limah, namun ada syarat ditetapkan.

“Dengan syarat, filem itu bukan di bawah syarikat produksi yang sama.

“Saya tidak ada masalah untuk kembali berlakon di bawah arahan Mamat Khalid, cuma perlu tahu siapa penerbitnya.

“Saya enggan bekerjasama di bawah syarikat sama selepas pengalaman ini,” katanya.

Dalimawati ‘sedih’ juga

Hantu Kak Limah 2 : Penerbit Akhirnya Buka Mulut, Dedahkan Mengapa Bayaran Bonus Ciput

“Dah la berlakon dibayar ‘sedih’, jadi saya harap bayaran wang bonus akan tinggi. Tetapi ‘sedih’ juga,” kata pelakon Dalimawati yang melakonkan watak hantu Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah (HKL).

Dalimawati atau nama sebenarnya Dalimawati Ismail mengakui terkejut dengan wang bonus diterima kerana ia tidak setimpal dengan kutipan keseluruhan HKL iaitu RM38 juta.

Malah, Dalimawati tidak menyalahkan Andy Lau selaku pengasas bersama syarikat Infinitus Entertainment Group iaitu syarikat penerbitan HKL, sebaliknya ia tanggungjawab individu yang menguruskan syarikat itu di sini.

“Macam Datuk Awie kata, bayaran memang ‘ciput’. Tidak jangka dapat sebanyak itu, tetapi nak buat macam mana. Sepatutnya, mereka kena faham dan ambil kira usaha setiap pelakon dan kru terbabit. Kami kerja bagai nak ‘gila’. Dari pagi sampai keesokan harinya.

“Saya tak salahkan Andy Lau sebab dia tak tahu apa-apa. Yang salah adalah orang yang jaga syarikat itu di sini. Mereka yang tetapkan bayaran pelakon dan tentukan wang bonus.

“Bagi saya, yang nak jatuhkan kita adalah orang kita juga. Tak luak pun nak kongsi lebih kepada setiap orang terbabit jika nak dibandingkan dengan kutipan puluhan juta diraih HKL,” katanya kepada Harian Metro.

Dalimawati yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengakui tidak mahu lagi berlakon dalam filem HKL jika ia diterbitkan oleh penerbit sama.

“Saya macam Awie juga, tak nak berlakon kalau penerbit sama. Kalau nak cari watak hantu Kak Limah lain, carilah.

“Bagi saya cukuplah apa yang dibuat pada kami,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-Lin Pillai ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi bersama pihak Astro Shaw.

“Maaf lambat balas. Nanti Astro Shaw dengan Infinitus akan keluarkan komen. Apa-apa saya akan maklumkan,” katanya menerusi kiriman aplikasi Whatsapp.

Penerbit Hantu Kak Limah Dedah Mengapa Bayaran Bonus sedikit

Hantu Kak Limah 2 : Penerbit Akhirnya Buka Mulut, Dedahkan Mengapa Bayaran Bonus Ciput

Penerbit filem Hantu Kak Limah (HKL), Astro Shaw dan Infinitus Gold mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan isu bonus yang sedang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Menjelaskan apa yang telah terjadi, pihak penerbit menjernihkan segala persoalan yang berbangkit

“Industri perfileman tempatan telah lama mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak , antaranya studio produksi, pihak pawagam, barisan pelakon, kru, pelabur dan peminat.

“Sehingga awal November 2018, sebanyak 43 buah filem telah diterbitkan oleh pelbagai produksi di Malaysia, ada diantara filem yang mendapat pulangan (Gross Box-Office) GBO yang baik.

“Hantu Kak Limah (HKL) adalah salah satu filem yang telah melangkau jangkaan sekaligus berjaya mencipta fenomena tersendiri. Pihak kami amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan pada filem ini.

“Di dalam penerbitan filem, pihak penerbit perlu berdepan dengan pelbagai risiko sebelum sesebuah filem mendapat kutipan yang tinggi. Tambahan lagi, pembahagian keuntungan harus ditolak dengan 25% melalui cukai hiburan.

“Dari jumlah baki tersebut, ia harus dibahagikan dengan pihak pemamer sebanyak 40:60.

“Dengan jumlah 40% itu, penerbit akan menolak segala kos produksi, pemasaran dan pengedaran sebelum jumlah keuntungan dicapai.

“Kebiasaannya barisan pelakon dan kru telah ditetapkan jumlah bayaran dan tiada pemberian bonus seperti di dalam kontrak.

“Namun begitu, penerbit HKL berbesar hati memberi bonus buat barisan pelakon dan kru atas tanda penghargaan dan budi bicara,” kata penerbit dalam sebuah kenyataan media.

Sebelum ini, pelakon utama filem HKL, Datuk Awie dan Dalimawati melahirkan rasa kecewa dengan wang bonus yang diterima oleh pelakon dan kru yang dikatakan tidak setimpal dengan kutipan filem ini.

Sumber: gempak