“Ibu tetap juara di hati Daddy!” -Walaupun tangan kosong, Shuib tetap berbangga dengan Sarah

Sebelum bermulanya pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-33, lagu Semakin dendangan Siti Sarah sering disebut sebagai juara AJL pada kali ini.

Namun, rezeki tidak memihak kepada penyanyi berusia 34 tahun itu apabila tidak berjaya membawa pulang sebarang gelaran dan trofi.

Walau bagaimanapun, pujukan daripada suami tersayang Shuib Sepahtu telah mengembalikan senyuman di wajah Siti Sarah apabila pelawak itu telah memuat naik foto di Instagram selepas persembahan isterinya.

Namun kapsyen daripada Shuib telah menarik perhatian peminat.

Daddy tetap sayang Ibu!

Apa beza lagu Semakin dengan you?

Terima kasih atas segala sokongan dan doa untuk kami sepanjang di AJL33. Berada di pentas final sudah satu kemenangan buat kami.

Ok ibu nak tahu tak apa perbezaan lagu Semakin dengan you? Lagu Semakin dicipta oleh Daddy, tapi Ibu dicipta untuk Daddy…. cia!cia!cia!

Insya-Allah kita jumpa tahun depan, amin…

Tahniah kepada semua barisan pemenang AJL33.

Hadiah sebelah tu, paling bermakna!

Rata-rata ramai yang memberikan semangat kepada Shuib, supaya tidak berputus asa dan meneruskan bakatnya dalam menulis lirik lagu.

Komposer lagu Bunga, Akim Ahmad turut meninggalkan komen memberi semangat kepada Shuib.

“Ibu tetap juara di hati Daddy!” -Walaupun tangan kosong, Shuib tetap berbangga dengan Sarah“Ibu tetap juara di hati Daddy!” -Walaupun tangan kosong, Shuib tetap berbangga dengan Sarah

Kenapa Sarah tak nyanyi seperti biasa?

Namun, ada juga yang mempertikaikan gaya nyanyian Siti Sarah menyampaikan lagu Semakin yang dilihat seperti terlalu banyak improvisasi dan tidak seperti biasa.

“Ibu tetap juara di hati Daddy!” -Walaupun tangan kosong, Shuib tetap berbangga dengan Sarah

Mungkin, tak ada rezeki lagi..

“Ibu tetap juara di hati Daddy!” -Walaupun tangan kosong, Shuib tetap berbangga dengan Sarah

Persembahan Siti Sarah

Sumber dari Oh My Media