Astro Dedah Punca Zamani Gagal Bawa Lagu ‘Dekat Padamu’. Lagu Kedua Masalah Selesai

Dalam persembahan pusingan pertamanya di peringkat separuh akhir sebentar tadi, Zamani dilihat mengalami masalah untuk menyampaikan lagu Dekat Padamu, nyanyian asal Yusry.

Lebih mengecewakan ia berlaku sewaktu minggu Separuh Akhir GV5 di mana peminat begitu berharap untuk melihat persembahan sebenar Zamani.

Bagaimanapun untuk persembahan kedua, Zamani yang diberi tugasan untuk menyanyikan lagu dari Sufian Suhaimi, Di Matamu (tonton video di bawah)

Untuk persembahan kedua ini, sedikit sebanyak peminat berasa lega dan gembira apabila Zamani telah memberi persembahan yang meyakinkan. Sekurang-kurangnya dia tidak lupa lirik, haha.

Jika bukan kesilapan beliau sendiri, masalah teknikal lain seperti alat bantu dengar (monitor) adalah punca Zamani gagal membawa lagu yang boleh dianggap mudah itu bagi lagenda ini.

Ramai yang tertanya mengapa Zamani lupa lirik sewaktu menyanyikan lagu ini, adakah kerana kehadiran penyanyi asal membuatkan Zamani gementar sehingga lupa lirik?

Dalam suatu temubual selepas pertandingan, Zamani mengakui mengalami masalah alat bantuan pendengaran. Ini menyebabkan dia gagal mendengar musik dan menyanyi pada melodi yang betul. Sebab tu dia cuma mumbling kerana dah lari tempo.

Apa yang pasti penonton terus memberi sokongan dengan menyanyikan bersama lagu tersebut bersama-sama dengan harapan agar Zamani tidak berhenti menyanyi. Namun kerisauan penonton berakhir bila Zamani kembali dapat membawa lagu tersebut sehingga tamat.

Namun tanda tanya masih bermain apabila Tok Ram tidak memberi sebarang komen terhadap nyanyikan Zamani dengan berkata “saya tak nak komen apa-apa ” .

Rata-rata peminat sangat terkejut dan tertanya apa yang terjadi kepada Zamani pada lagu pertama tadi.

Pada persembahan lagu kedua ‘Di Matamu’ sebentar tadi, Zamani telah membuat comeback apabila menerima pujian dan kata semangat daripada juri.

“Sepatutnya kamu menyanyi macam ni dari mula lagi”, kata Tok Ram, manakala Dato Yusof Haslam turut bersetuju apabila mengatakan Zamani tebus kesilapan pada persembahan pertama.

Menurut Datuk Ramli MS, lagu Di Matamu nyanyian Zamani pada persembahan kedua telah menyelamatkan dan melayakkan penyanyi itu ke peringkat akhir.

“Penjurian malam ini berdasarkan 2 lagu. Dia hilang 65% markah dari saya pada persembahan lagu pertama, saya bagi 35% dan itu antara markah paling rendah yang saya bagi jika dibandingkan dengan peserta lain.

Tapi bila dicampur dengan markah persembahan kedua, ia jadi sangat tinggi. Hampir semua juri bagi markah yang tinggi untuk persembahan kedua dan akhirnya Zamani dapat tempat ke lima,” katanya.

Masihkah ada peluang untuk Zamani dalam Gegar Vaganza 5? Good luck Zamani.

Lima finalis lain yang turut mara adalah Noryn Aziz, Amelina, Billy Zulkarnain, Maya dan Dia Fadila.

Nasib kurang baik apabila dua lagi peserta, Hetty Sarlene dan Forteen, tersingkir. Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Membawa tema duet dan ‘battle’, para finalis akhir ini telah diberi cabaran untuk menyampaikan dua buah lagu.

Buat julung kalinya dalam sejarah, peserta dikehendaki membawakan lagu duet bersama artis jemputan di konsert kemuncak.

Manakala untuk persembahan kedua, mereka dicabar untuk menyanyikan lagu di luar lingkungan zon selesa masing-masing.

Berikut lagu tugasan konsert akhir GV5:

Lagu Duet

1. Noryn Aziz & Awi Rafael – Laskar Cinta (Dewa 19)

2. Amelina & Bob – The Power Of Love (Celine Dion)

3. Dia Fadila & Ajai – Makin Aku Cinta (Anang & Kris Dayanti)

4. Maya & Ernie Zakri – Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor)

5. Zamani & Ameng – Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M.Nasir)

6. Billy Zulkarnain & Idayu – Curiga (Ning Baizura)

Lagu ‘Battle’

1. Where Is the Love (The Black Eyed Peas) – Noryn Aziz vs Dia Fadila

2. Teman Pengganti (Black & Malique) – Amelina vs Maya

3. Bunga (Altimet) – Billy Zulkarnain vs Zamani

Kesemua peserta bakal diadili oleh dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim bersama seorang juri undangan setiap minggu.

Diacarakan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, konsert GV5 bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria selama lapan minggu, ke udara setiap Ahad, jam 9 malam dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juara musim kelima bakal membawa pulang ganjaran wang tunai RM100,000 berserta trofi, RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk tangga ketiga.

Sementara itu, pemenang keempat, kelima dan keenam masing-masing bakal menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi. – Gempak