Ini Respon Padu Haze Apabila Ditanya Tentang Jemputan Suhaimi Saad Ke Motif Viral

“Macam mana nak contact dia? Takut dia pun tak boleh dihubungi. Maklumlah selain peti ais dan v4ksin, Zaman Nabi juga takde handphone..”.

Ketika ini, nama bintang nasyid, Suhaimi Saad sering menjadi tumpuan net1zen di med1a sos1al gara-gara beberapa kenyataan yang dikongsi.

Dari isu anti v4ksin sehinggalah mengenai bentuk bumi yang kononnya leper sehingga melibatkan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar untuk tampil memberi pencerahan.

Oleh kerana hal tersebut, net1zen ada mencadangkan agar program popular, Motif V1ral untuk menjemput Suhaimi untuk menjadi tetamu undangan.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian Hazeman Huzir yang juga merupakan hos program tersebut.

Tak Tahu macam mana nak hubungi.

Ini Respon Padu Haze Apabila Ditanya Tentang Jemputan Suhaimi Saad Ke Motif Viral

Macam mana nak contact dia? Takut dia pun tak boleh dihubungi. Maklumlah selain peti ais dan v4ksin, Zaman Nabi juga takde handphone. Fcebook je ada.

Motif v1ral taknak jemput Suhaimi Saad keeee..

“Macam mana nak contact dia? Takut dia pun tak boleh dihubungi. Maklumlah selain peti ais dan vaksin, Zaman Nabi juga takde handphone,” tulisnya.

Reaksi sinis tersebut telah meraih hampir 7,000 ‘retweet’ dan lebih 4,000 tanda suka.

Ini Respon Padu Haze Apabila Ditanya Tentang Jemputan Suhaimi Saad Ke Motif Viral

Melihat di ruangan komen, rata-rata net1zen terhibur dengan respon yang diberikan pengacaranya.

Agaknya apa akan jadi kalaulah Suhaimi memang sedia nak buat kemunculan di dalam rancangan tersebut? Sure gempak kan?

Apa Komen Pengguna Media Sosial

– Kesian kat family mertua kena tempias bila menantu yg otak kolot mcm ni ..klau nak glamor bkn cara ni …ni dah meyeksa hati n naluri keluarga terdekat …

– Tak payah jemput la. Nanti lg dia naik tocang.budak budak nanti keliru dgn pendapat dia

– Tahniah suhaimi,banyak kutip pahala,makin byk orang aibkan awak, makin untuk le. kalau kita tak setuju dgn dia, tak perlu lah kita malukan dia. Itu dilarang dalam agama. ini untuk semua yg berasa diri pandai.

– Saya tak bela SS dan tak setuju dgn dia.. tp bab rasullulah rasa2 tak perlu di sebut dan dibandingkan…. “Bicara baik atau diam- siapa yang beriman kepala Allah dan akhir, hendaklah ia berkatabaik atau diam” Hadith bukhari

Desas desus mengatakan Disebabkan kontr0versi kontrooversi yang melanda ss kebelakangan ini, Pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena telah pun menggugurkan ss daripada senarai nama artis yang akan membuat persembahan dalam konsert tersebut pada malam 20 April depan.

Tapi ini jawapan pihak penganjur.

Ini Respon Padu Haze Apabila Ditanya Tentang Jemputan Suhaimi Saad Ke Motif Viral

Tak pasti mana yg betul.Walaupun min tak berapa berkenan dengan pendapat SS ni tapi soal periuk nasi org jgn dibuat main.

Konsert itu dibarisi kumpulan Unic, Inteam, Hijaz, Mastica, Hafiz Hamidun, Fitri Haris dan Fadzil Aziz.

Sementara itu, Suhaimi percaya perkara tersebut mempunyai hikmah dan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Dia juga berharap konsert itu bakal berlangsung dengan baik biarpun tanpa kehadirannya.

“Semoga konsert tersebut akan berlangsung dengan meriah dan jayanya walau tanpa kehadiran saya.

“Rezeki setiap kita telah pun Allah tentukan sabar dan reda adalah kemenangan sebenar. HasbiyAllah,” tulisnya.

Sebelum ini, Suhaimi mencetuskan beberapa kontroversi iaitu tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mengambil vaksin, dan percaya bumi berbentuk rata.

Pendapat suami kepada Ina Naim itu mendapat perhatian dan reaksi beberapa pakar perubatan dan angkasawan negara.

*Update

PENGANJUR konsert amal 4nomena iaitu KGM Event menjelaskan keputusan merehatkan penyanyi nasyid Suhaimi Saad pada konsert yang bakal berlangsung 4 April depan diambil selepas berbincang dan mendapat persetujuan penyanyi tersebut.

Ini Respon Padu Haze Apabila Ditanya Tentang Jemputan Suhaimi Saad Ke Motif Viral

Pengarahnya, Mahmud Fahrurrazey berkata, pihaknya memberi ruang kepada penyanyi itu untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dengan penuh berhemah dan integriti.

“Pihak kami ada berhubung dengan beliau baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang melanda selain untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai pembabitan beliau dalam konsert ini.

“Setelah mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal ini di masa akan datang, kami bersepakat untuk merehatkan Suhaimi Saad daripada konsert kali ini.

“Keputusan ini juga diambil untuk memberi sedikit ruang kepada beliau atas persetujuan bersama dengan kedua belah pihak setelah berbincang dengan teliti,” ujarnya.

Sumber: Twitter Hazeman Huzir Via coretanmedia.com