Inilah penampilan terkini anak lelaki Michael Jackson, Blanket yang telah meningkat remaja

Pastinya anda tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan terkini anak mendiang Raja Pop Michael Jackson yang telah pergi buat selama-lamanya pada tahun 2009. Michael Jackson telah meninggalkan 3 orang anak iaitu Prince Michael Jackson II, Michael Joseph Jackson, Jr.,Paris-Michael Katherine Jackson.

Michael Jackson  ialah seorang penyanyi, penari, penghibur dan artis rekod Amerika Syarikat. Digelar sebagai ‘Raja Pop’, dia dikenali sebagai penghibur yang paling berjaya dan salah satu orang yang paling berpengaruh pada semua masa.

Tak ingin ketiga anaknya mengalami nasib serupa, Michael Jackson selalu menjaga mereka dengan saksama. Bahkan saat Sang Raja Pop masih hidup, jarang anak-anak ini tampil di depan umum dengan tidak mengenakan topeng demi menutupi identiti mereka.

Setelah MJ tiada, anak-anaknya yang kian dewasa memutuskan untuk mulai keluar dari cara hidup itu. Michael Joseph Jackson Jr yang kini berusia 20 tahun, mulai tampil secara langsung dalam wawancara media. Begitu pula dengan sang adik yang kini berusia 19 tahun, Paris Jackson, yang bahkan kini mulai terjun ke dunia lakonan.

Namun tidak demikian dengan si bungsu, Prince Michael Jackson II, alias Blanket Jackson.

Blanket, 16 tahun merupakan anak bongsu mendiang Michael Jackson dan baru-baru ini, pihak media telah melihat penampilan terkini remaja itu di Los Angeles selepas kematian mengejut bapanya pada tahun 2009.

Kini, Blanket Jackson sudah dewasa dan imej terbaru itu boleh dilihat melalui majalah tahunan sekolah disiarkan oleh agensi media Radar Online.

Blanket yang mendapat pendidikan di rumah sebelum ini mulai bersekolah di Sekolah Buckley Sherman Oaks, California sejak tahun lepas.

Inilah penampilan terkini anak lelaki Michael Jackson, Blanket yang telah meningkat remaja

Kredit: Happy Share

Remaja kepada bintang pop dunia itu dilihat membuat penampilan di kawasan umum sambil memegang beberapa buah buku dari Barnes & Nobles. Blanket juga dilaporkan baru selesai membeli-belah sempena Hari Natal di Calabasas.

Blanket atau nama sebenarnya, Prince Michael Jackson II merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Dia kini dikhabarkan tinggal bersama dua lagi adik-beradiknya dan nenek mereka, Katherine Jackson.

Inilah penampilan terkini anak lelaki Michael Jackson, Blanket yang telah meningkat remaja

Kredit: Happy Share

Lebih mengharukan lagi, penampilan Blanket ketika kecil yang gemar berambut panjang masih lagi dikekalkan meskipun telah meningkat usia remaja.

Tambahan pula, penampilan Blanket yang ringkas dan bersahaja walaupun mewarisi harta kekayaan mendiang bapanya membuatkan remaja ini hampir sahaja tidak dikenali dan kelihatan sama seperti masyarakat biasa.

Menurut sumber, Blanket seorang pelajar yang sangat baik, dia mungkin memiliki sifat itu daripada bapanya.

“Sifat Blanket amat bertentangan dengan Paris dan Prince kerana dia lebih pendiam,” kata sumber merujuk kepada kakak dan abang Blanket yang dijaga nenek mereka Katherine, 85, selepas kematian Michael Jackson pada 2009.

“Pasti Michael bangga dengan Blanket. Dia amat baik, kelakar dan suka menolong.

“Dia menawarkan diri untuk membantu kanak-kanak lebih muda dan dia amat baik pada mereka. Mungkin sifat ini diwarisi daripada bapanya,” kata sumber itu.

Inilah penampilan terkini anak lelaki Michael Jackson, Blanket yang telah meningkat remaja

Kredit: Instagram/ @Bigijacksondaily

Blanket hanya berusia enam tahun ketika bapanya meninggal dunia akibat masalah hentian degupan jantung sekitar Jun 2009.

Sepanjang Blanket membesar, dia seringkali dianggap mewarisi rupa bapanya dari pelbagai sudut.

Inilah penampilan terkini anak lelaki Michael Jackson, Blanket yang telah meningkat remaja

Kredit: Instagram/ @Bigijacksondaily

“Awak banyak mengingatkan saya kepada dia (Michael),” kata Joe iaitu datuk Blanket.

Terdahulu sewaktu Blanket dan adik-beradiknya yang lain masih kecil, mereka tidak sesekali dibenarkan untuk berada di khalayak ramai terutamanya dengan populariti bapa mereka yang dikenali seluruh dunia. Michael sering dilihat memakaikan topeng pada wajah anak-anaknya ketika mereka sekeluarga keluar ke kawasan awam.

Inilah penampilan terkini anak lelaki Michael Jackson, Blanket yang telah meningkat remaja

Kredit: Wikimedia Commons

Disebabkan itu jugalah, Blanket mengekalkan pendirian untuk tidak meraih populariti sehingga kini dan dia lebih cenderung memilih menjalani kehidupan peribadi tanpa mendapat perhatian dunia.

Raja Pop dunia ini turut pernah mengejutkan peminatnya dalam satu insiden pada November 2002 apabila dia dilihat memegang Blanket yang pada ketika itu baru berusia 9 bulan di luar balkoni di sebuah hotel yang terletak di Berlin.

Inilah penampilan terkini anak lelaki Michael Jackson, Blanket yang telah meningkat remaja

Kredit: YouTube

Bagaimanapun, Michael membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyifatkan insiden mengejutkan itu sebagai satu ‘kesilapan terburuk’.

“Saya terperangkap di dalam keterujaan pada waktu itu. Saya tidak pernah terniat untuk membahayakan nyawa anak-anak saya.”

Sumber: EraBaru