“Insya-Allah, Yusuf Iskandar Bakal Dapat Adik” – Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Hamil Anak Kedua

Pelakon popular, Hairul Azreen mengumumkan isterinya, Hanis Zalikha sedang hamil anak kedua.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, insyaAllah Yusuf Iskandar bakal dapat adik, thank you Allah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan keselamatan bayi dalam kandungan tersebut.

Filem lakonan Hairul, PASKAL The Movie masih hangat ditayangkan di pawagam.

Filem arahan Adrian Teh ini telah menerima kutipan lebih RM27.3 juta dalam tempoh 32 hari tayangan.

Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini telah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.