“Isteri Gagal Beri Susu Badan” – Achey Runsing Status Anak Angkat

“Isteri Gagal Beri Susu Badan” – Achey Runsing Status Anak Angkat

Pelawak dan penyanyi popular Achey akhirnya menghela nafas lega apabila anak angkatnya, Tiara Zinnirah kini sah menjadi mahramnya.

Dedah Achey, dia punyai alternatif sendiri apabila isterinya, Nor Hasanah Yahaya gagal menghasilkan susu badan sendiri.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 32, berkata, mereka bersepakat melakukan proses itu dalam menjadikan Nur Tiara sebagai mahram selain untuk mengelakkan isu lain pada masa akan datang.

“Alhamdulillah selepas mendapat pandangan daripada keluarga dan ahli agama kami sepakat untuk jadikan dia anak susuan agar tak timbul soal mahram apabila dia dewasa kelak.

“Isteri saya berusaha untuk memberikan susu badan untuk anak angkat saya namun kurang berjaya.”Jadi, doktor sarankan agar berhenti kerana risau akan menjadi punca kanser payudara.

“Pilihan lain yang saya ada hanyalah kakak saya yang kebetulan sedang menyusu badan, jadi dialah ibu susuan Tiara.

“Selain itu, biras saya pun menjadi ibu susuan Tiara. Jadi tiada masalah untuk halalkan hubungan Tiara dan keluarga kami. Kedua-dua keluarga muhrimnya,” kata Achey.

“Isteri Gagal Beri Susu Badan” – Achey Runsing Status Anak Angkat

Achey yang ditemui pada sidang media DYXY Showcase 2018 Tour di KLCC semalam urusan untuk menghalalkan Tiara dan keluarganya sedikit sebanyak merisaukannya.

“Saya mendapatkan pandangan ustaz dan mufti berhubung perkara ini sebab ia sangat merisaukan saya.

“Menurut ulamak, Tiara perlu sekurang-kurangnya lima kali puas susuan dan syukur dapat lapan kali.

“Urusan ini selesai pada Aidiladha lalu dan semuanya berjalan lancar. Tiara sudah jadi darah daging saya,” tambahnya.

“Isteri Gagal Beri Susu Badan” – Achey Runsing Status Anak Angkat“Isteri Gagal Beri Susu Badan” – Achey Runsing Status Anak Angkat

Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak tujuh tahun lalu.

Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya mengambil Nur Tiara sebagai anak angkat pada 6 Ramadan lalu.

Nur Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, Achey berkata, Nur Tiara juga sudah sah menjadi anak angkat mereka dari segi undang-undang selepas membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM).

“Isteri Gagal Beri Susu Badan” – Achey Runsing Status Anak Angkat

Kata Achey lagi, walaupun prosesnya sedikit rumit namun dia lega dapat menyelesaikan perkara itu demi masa depan anak mereka.

“Memandangkan kami tidak pernah berdaftar dengan JKM untuk proses ambil anak angkat… Ambil dulu baru daftar, jadi prosesnya banyak sikit.

“Tetapi tidak mengapa, baik saya selesaikan sekarang pendaftaran sijil kelahirannya dan perakuan Nur Tiara sebagai anak angkat agar tiada masalah berbangkit di kemudian hari,” jelasnya.

Sementara itu, Nur Hasanah pula berkata, walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman sebagai ibu-bapa namun kehadiran Nur Tiara banyak mengajar mereka.

Malah Nur Hasanah turut memuji Achey yang disifatkan sebagai ringan tulang bagi menguruskan anak mereka.

“Kalau Tiara terjaga malam, Achey yang bangun tukar lampin, buat susu… Alhamdulillah dia sangat membantu.

“Dari situ juga kami sama-sama dapat belajar kerana tidak pernah ada pengalaman tetapi semuanya dipermudahkan dan ramai membantu dalam memberi tip keibu-bapaan,” ujarnya.

Selain itu, Achey juga sedang dalam proses rakaman single terbaharu yang diciptanya sendiri untuk Nur Tiara berjudul Anak.

Sumber: Gempak