“Itu video sulit untuk kami laki bini je..” – Ayu Raudhah jawab video Zaquan Adha beraksi di katil

Baru-baru ini telah tular satu video seorang lelaki mirip rupa Zaquan Adha tidak berpakaian baju dan hanya memakai seluar da1am berwarna put¡h, sedang bercakap sambil baring di atas katil.

Selepas tersebarnya video itu, ramai pihak menyedari akan persamaan wajah lelaki itu dengan pemain bola sepak negara, Zaquan Adha yang juga suami kepada pelakon terkenal Ayu Raudhah.

Tidak mudah melatah dengan kontroversi yang melanda, Ayu Raudhah telah memberitahu kepada umum bahawa video tersebut adalah milik peribadinya bersama suami.

“Itu video sulit untuk kami laki bini je..” - Ayu Raudhah jawab video Zaquan Adha beraksi di katil

Saya hantar telefon ke kedai untuk dibaiki

Ayu Raudhah menjelaskan bahawa telefon bimbit miliknya telah rosak, dan dia ada menghantar ke kedai telefon untuk dibaiki, namun pemilik kedai menjelaskan segala data dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak. Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki.

Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan. Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.”

Selepas tularnya video tersebut, dia tidak menyangka bahawa video milik peribadinya dan suami tersebar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Ayu juga kesal terhadap perkara yang berlaku dan suaminya telah membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Bagus Ayu, setiap kali suaminya terpalit dengan kontroversi beliau tidak pernah cepat melatah dan cuba untuk menjelaskan setiap perkara dengan cara berhemah. Itu lah kata orang, dalam perhubungan kena saling mempercayai dan jangan terus dengar percakapan orang sahaja.

Ayu ditemui pada majlis pelancaran sistem keselamatan dan pendidikan kanak-kanak di Wisma Smart Reader, di sini, pada Selasa.

Ayu berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 30, pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun.

Sementara itu, bercakap tentang prasekolah Smart Reader, Ayu berkata, dia menghantar dua orang anaknya sejak setahun lalu.

Katanya, pencapaian dua anak lelakinya sangat membanggakan dan kini sudah boleh membaca.

“Smart Reader berbeza dengan tadika biasa kerana dia memberi fokus kepada setiap pelajar dan tidak biarkan mereka ketinggalan.

“Sekarang baru empat tahun sudah boleh membaca, malah dia sudah belajar tulis surah Al Fatihah siap baris sekali,” ujarnya.

Sumber : Mstar Online