“Kalau Apak Masih Ada Tentu Tak Akan Ada Orang Nak Main-Mainkan Aku” – Datin Alyah

Penyanyi dan isteri kepada Datuk Ramli MS, Datin Alyah memuat naik status yang mengundang tanda tanya pada para pengikutnya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Alyah seolah-oleh memberi bayangan bahawa dirinya telah dipermainkan oleh seseorang dan dia juga penat berpura-pura menunjukkan kebahagiaan kepada umum.

“Kalau Apak masih ada tentu tak akan ada orang nak main-mainkan aku,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi muat naik di Insta Stories, Alyah juga mengakui bahawa dirinya juga telah penat dan berharap agar orang ramai tidak menasihatinya kerana mereka tidak rasa apa yang dilalui olehnya.

Alyah terus menimbulkan tanda tanya berhubung situasi rumah tangganya dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS yang seolah-olah sedang bergolak apabila dia dilihat meninggalkan komen di laman sosial suaminya.

Alyah menerusi ruang komen menyindir Ramli yang memuat naik video memperlihatkan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad membuat ucapan hari jadi kepadanya.

Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu memberitahu sambutan hari jadi seperti itu digemari suaminya berbanding bacaan al-Quran yang dibuat untuknya di rumah.

Antara komen Alyah di Instagram Ramli.

“Macam ni la yang dia suka… Sambutan birthday macam ni la yang dia nak. Kalau kita buat bacaan al-Quran kat rumah dia panas duduk kejap je, terus nak keluar main snuker,” tulisnya.

Bagaimanapun komen tersebut mendapat perhatian pengikut Ramli yang menyifatkan ia sebagai tidak patut dilakukan seorang isteri kepada suaminya.

Malah ada menyifatkan tindakan Alyah menyindir Ramli sebagai tiada adab, tidak menghormati dan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak.

Pun begitu, Alyah yang membalas komen tersebut meminta pihak luar tidak masuk campur dalam urusannya.

Ramli MS. Foto Instagram @tokram_ramlims

“Tak payah busybody la sebab I tak text nama you kat sini… So shut up!

“Aku doakan semoga kau duduk kat tempat aku hanya sehari dan kau boleh tahu kenapa aku macam ni… Tak payah tunjuk hero untuk masalah orang lain,” tulisnya.

Perbalahan itu tidak berakhir di situ apabila ada netizen yang ingin mencarikan wanita lain untuk Ramli bagi menggantikan Alyah.

“Kau pergi la kahwin dengan dia… Baru kau tahu dan kau telan balik ayat-ayat puji kau tu mangkuk!

Status Alyah yang menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

“Dan untuk pengetahuan kau, semua ayat aku text ni aku belajar dari @tokram_ramlims,” balasnya.

Terdahulu Alyah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik beberapa luahan berbaur kecewa di Instagram miliknya.

Alyah dalam salah satu status yang dikongsinya mengakui dirinya sedang beremosi dan memohon pihak luar tidak menasihatinya kerana mereka tidak merasai apa yang sedang dilaluinya.

Dalam satu status berbeza Alyah turut memberitahu dia berasa penat apabila perlu berpura-pura bahagia dan kenyataan itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung rumah tanggannya dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS.

“Pura-pura bahagia itu penat. Ya, aku sedang beremosi sekarang ini, tak payahlah nak nasihatkan aku dengan jalan hidup yang kau tak pernah lalui,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata beranggapan bahawa Alyah mempunyai masalah dengan rumah tangganya dan mereka berharap agar dia tabah menempuhi ujian dalam kehidupan berumah tangga.

Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Hassan telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Batam, Indonesia.

sumber dari mstar dan gempak