‘Kalau Semualah Orang-Orang Agama Menggunakan Pendekatan Selembut Ini’ – Pengarah Drama Nur

‘Kalau Semualah Orang-Orang Agama Menggunakan Pendekatan Selembut Ini’ – Pengarah Drama Nur

Setiap pendakwah atau ustaz, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat. Namun, Ustaz Ebit Lew mempunyai inisiatif tersendiri untuk mendekati golongan ‘maknyah’ dan mendengar sendiri luahan suara mereka.

Pengarah drama Nur, Shahrul Ezad memuji kaedah dakwah yang digunakan Ustaz Ebit Lew, tempoh hari. Malah, dia mengakui pembikinan drama Nur diinspirasikan daripada cara dakwah Ustaz Ebit Lew ini.

Penuh kelembutan

Ebit Liew. Abam sayang dia dari dulu lagi. Suka tengok cara dia berdakwah. Penuh kelembutan. Full with love. Watak Ayah Haji dalam Nur banyak abam mengambil inspirasi dari cara dia. Dia berjaya menggambarkan betapa Islam itu Indah, lembut dan sangat relevan dan moden. Dia berjaya buat kita rasa betapa Allah itu sesungguhnya maha Penyayang. Jarang sekali nampak dia mencampakkan segala hukum hakam Allah ke muka kita yg berdosa ini dengan penuh kebencian dan amarah. Dia menyampaikan ketegasan Allah dalam memerintah hambaNya dengan cara yg paling lembut tanpa menyeru kita memboikot atau mengeji serta menghina kita semua sesama pendosa. Dia tak buat Allah nampak buruk dan zalim di mata kita.

Pasti kita semua tak rasa down macam ni

‘Kalau Semualah Orang-Orang Agama Menggunakan Pendekatan Selembut Ini’ – Pengarah Drama Nur

Kalau semualah orang-orang agama menggunakan pendekatan selembut ini sudah pasti kita semua tak rasa down macam sekarang. Sudah tentu kita semua perlahan lahan akan mendekati agama kita semula.
Untuk Ustaz Ebit Liew dan ustaz ustaz yang menggunakan kaedah yg sama yg lain abam doakan kalian Allah letakkan ke darjat yang paling tinggi sekali di syurga nanti. You just give me hope and I feel loved.

Sumber: BudakIjat

Leave a Comment