Komen Rakan Artis Apabila Lihat Zamani Menangis.

Ekoran kehilangan suara dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5) malam tadi, rakan-rakan artis turut memberi sokongan kepada Zamani dan turut berkongsi pengalaman mereka ketika beraksi di pentas tersebut.

Zamani, 47, yang diberikan tugasan menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dalam GV5) gagal membuat persembahan dari awal lagi ekoran kehilangan suara.

Faradhiya berkongsi pengalaman

Komen Rakan Artis Apabila Lihat Zamani Menangis.

Penyanyi, Farahdhiya turut berkongsi pengalaman kehilangan suara ketika menyertai program tersebut dua tahun lalu.

Menurut Faradhiya, ketika itu dia cuba menarik diri namun dibantah oleh Ramli MS dan sekali gus meletakkan dirinya dalam senarai dua tercorot pada ketika itu.

“Saya faham apa yang di alami oleh Zamani, saya juga pernah kehilangan suara ketika dalam GV dahulu. Walaupun telah beritahu Tok Ram untuk tarik diri, dia tidak benarkan. Alhamdulillah saya berjaya mengatasinya walaupun berada di kedudukan dua terendah ketika itu,”tulisnya di Twitter.

Finaz Yunus persoal sikap produksi

Komen Rakan Artis Apabila Lihat Zamani Menangis.

Jika selama ni saya asyik cakap tentang isu Dunia, Politik & masalah negara.

Malam ni saya nak komen tentang isu hiburan pula.

Saya tidak faham mengapa produksi Gegar Vaganza meletakkan Zamani di atas pentas di saat mereka tahu beliau Sakit & Tidak ada suara untuk menyanyi.

Adakah permintaan @zamanislam_official sendiri untuk berkeras menyanyi?

Atau Adakah ini cubaan elemen drama bagi meningkatkan rating program tersebut?

Jika Ya, saya rasa tidak wajar & tidak perlu.

Program tersebut sudah mengutip rating yang tinggi.

Drama memalukan seorang living legend begini tidak diperlukan.

Kesal sungguh.

Nasihat saya pada Zamani, tarik diri sahaja daripada program tersebut.

1 Malaysia sudah tahu kemampuan & betapa ‘legend’ nya anda.

Anda tidak perlukan program sebegini, Zamani.

THEY DON’T DESERVE YOU.

Get well soon bro…

Pengacara televisyen Al-Hijrah, Finaz Yunus mempersoalkan sikap produksi yang membenarkan Zamani berada di atas pentas semalam biarpun telah mengetahui penyanyi Gerimis Mengundang itu mengalami masalah kesihatan.

“Saya tidak faham mengapa produksi meletakkan Zamani di atas pentas di saat mereka tahu beliau sakit dan tidak ada suara untuk menyanyi. Adakah permintaan Zamani sendiri untuk berkeras menyanyi?

“Atau adakah ini cubaan elemen drama bagi meningkatkan rating program tersebut?

Menurut Finaz, drama memalukan seorang lagenda sebegini tidak diperlukan dan turut menasihati Zamani supaya mengundur diri daripada program ini.

“Nasihat saya pada Zamani, tarik diri sahaja daripada program ini, satu Malaysia tahu kemampuan dan betapa ‘legend’ nya anda.

“Anda tidak perlukan program sebegini, Zamani,” tulisnya di Instagram.

Nine mohon peminat doakan perjuangan Zamani

Komen Rakan Artis Apabila Lihat Zamani Menangis.

Penyanyi Nine daripada duo Billy Zulkarnain yang turut bertanding dalam GV5 memberikan kata-kata sokongan kepada Zamani untuk terus berjuang bersama mereka di pentas itu nanti.

“Alhamdulillah.. rezeki Zamani untuk terus bersama-sama kami di pentas GV5, mari kira sama-sama panjatkan doa semoga Allah S.W.T mengurniakan Zamani, dipulihkan suara seperti sedia kala, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan,”tulisnya di Instagram.

Jihan Muse sebak

Komen Rakan Artis Apabila Lihat Zamani Menangis.

Pengacara GV5, Jihan Muse meluahkan perasaan sebak dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kejadian pertama seumpanya berlaku sepanjang lima tahun mengacarakan program tersebut.

“Lain macam. Sepanjang lima tahun kami mengendalikan Gegar Vaganza semalam adalah pengalaman yang begitu berharga, berdiri di sebelah seorang lagenda yang kelu kerana tidak mampu menyanyi.

“Tiba-tiba satu dewan menyanyi bersama. Mata kami dari atas pentas menyaksikan betapa hebatnya aura seorang yang bernama Zamani,”tulisnya di Instagram.

Tia harap Zamani diberi kesihatan yang baik minggu depan

Komen Rakan Artis Apabila Lihat Zamani Menangis.

Penyanyi Tia Jinbara turut mendoakan rakan baiknya, Zamani diberi kesihatan yang baik untuk membuat persembahan di minggu suku akhir minggu hadapan.

“Buat rakan saya, Zamani moga diberikan kesihatan yang baik untuk perform di minggu suku akhir GV5 ini, buat Datuk Alif Syukri terima kasih diucapkan,”tulisnya di Instagram. –MHETV

Zamani Mohon Maaf, Kongsi Video Nyanyian Beliau Sewaktu Sound Check. Memang Merdu Habis!

Terkini penyanyi Zamani membuat permohonan maaf terbuka menerusi akaun Instagramnya susulan insiden hilang suara pada konsert Gegar Vaganza (GV5) minggu lalu.

Tulis Zamani, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberikannya peluang menerusi kuasa imuniti serta doa yang dititipkan kepadanya saban waktu.

Komen Rakan Artis Apabila Lihat Zamani Menangis.

”Maaf kepada semua kerana tak dapat menyampaikan lagu ini pada malam konsert ke5. Terima kasih pada semua atas sokongan padu yg diberikan pada malam itu @abgadeksuperfans_official.

”Terima kasih tak terhingga pada @aliffsyukriterlajaklaris diatas pemberian imuniti dan juga pada juri2 @tokram_ramlims , ibu kathy & @emyliadac juga pada @jihanmuse @nabilzira.

”Terima kasih team produksi #gegarvaganza5 @gegarvaganzaofficial yg menjaga saya selama ini dan pada semua peserta #gv5 yg seperti keluarga dan takpernah putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini.

Terima kasih atas doa2 anda semua..”

Komen Rakan Artis Apabila Lihat Zamani Menangis.

Beliau turut mengubat kekecewaan peminat menerusi rakaman video ketika sesi rehearsal sehari sebelum konsert berlangsung.

Terdahulu penyanyi popular itu berdepan detik memilukan apabila gagal melontarkan suaranya ketika menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert kelima GV5 Ahad lalu.

Komen Rakan Artis Apabila Lihat Zamani Menangis.

Namun, vokalis kumpulan Slam itu diselamatkan menerusi kuasa imuniti penaja utama GV5, Datuk Seri Aliff Syukri yang sekali gus melayakkannya bertanding pada minggu ini. Bagaimanapun difahamkan Zamani telah menarik diri dari GV5 dan keputusan muktamad masih ditunggu.

Sekiranya Zamani tidak menarik diri, beliau akan bersaing bersama lapan bintang GV5 menerusi lagu Hapus Aku (Nidji) pada minggu keenam Ahad ini.

Sumber dari IslamikInfo