Laaa… ‘Duyung’ Pinggang 23 Inci Ini Rupanya Kakak Kepada Emma Maembong

Semenjak semalam, kecoh di laman sosial dan di dada akhbar mengenai seorang wanita yang berpenampilan seperti duyung dengan pinggang secekak dan rambut merah.

Rupanya, selepas disiasat, wanita itu merupakan Beby Maembong, kakak kepada aktres Emma dan Chacha Maembong.

Menjengah di laman Instagram milik Beby, wanita berusia 29 tahun ini mempunyai alasan tersendiri mengapa dirinya tampil dengan pakaian seperti duyung.

Kelibat puteri duyung persis watak Ariel di dalam filem Walt Disney The Little Mermaidmenarik perhatian ramai.

Kelihatan bersantai di atas tambakan batu di Pantai Remis, Kuala Selangor, sambil memegang cermin tangan, aksi duyung yang cantik berambut merah berombak dan lebat melebihi paras pinggang itu, cukup mempesonak an.

Bagaimanapun, dia bukanlah puteri duyung seperti kisah mitos yang pernah diceritakan semasa zaman kanak-kanak dulu.

Sebaliknya, puteri duyung yang dikenali sebagai Beby Maembong itu salah seorang peminat kisah legenda The Little Mermaid yang merealisasikan impiannya untuk menjadi puteri duyung dengan memakai kostum Mermaid.

Diajukan soalan kepada Beby Maembong atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail, 29, mengapa dia amat meminati Puteri Duyung sedangkan terdapat banyak kisah puteri legenda yang cukup popular misalnya Cinderella, Beauty And The Beast, Snow White and Rapunzel?

“Behind the scenes menjadi mermaid.. First experience jadi mermaid.. Excited and happy sangat..

“Dari kecik memang sukakan mermaid… Tapi masa kecik-kecil, muda-muda dulu I tak mampu nak jadi mermaid….

“Nak beli fins mahal sangat.. RM3,000 sehingga RM5,000.. Ada yang sampai lebih RM10,000 hehehe.. But I still love mermaid… Biarlah korang nak cakap apa pun..

“For me I tak pernah hina atau kutuk apa-apa yang orang lain minat… Korang minat Keluangman, Ironman, Ultraman, other woman man pun I tak kutuk..

“Minat masing-masing, hormat satu sama lain… Next I nak shoot dalam laut pula.. Enjoy wearing those fins.. Senang sangat nak swim around,” tulis Beby.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut laman Instagram Beby memuji penampilan wanita ini berpakaian seperti duyung.

Menariknya, wanita ini merupakan ibu kepada empat orang anak dan mempunyai ukuran pinggang bersaiz 23 inci dengan mengamalkan pemakaian bengkung jenamanya sendiri, Slimdollz dan waist trainer Sure Ramping setiap hari termasuklah semasa tidur.

Beby ketika ditemui dalam sesi fotografi di The Kabin, Jalan Haji Zainal, Jeram berkata, kalau diikutkan kisah puteri ini semuanya hampir sama namun yang menjadi perhatiannya watak Ariel dalam filem The Little Mermaid.

Bagi Beby, watak puteri duyung itu mempunyai personaliti menawan kerana semangat juangnya yang tinggi, ditambah pula dengan pinggangnya yang ramping serta wajahnya yang jelita.

“Termasuk dengan rambut saya. Kalau perasan rambut Mermaid itu berwarna merah dan panjang kan? Jadi saya memang sengaja memilih warna sama dan menyimpan rambut panjang kerana ingin kelihatan seperti Mermaid berkenaan,” katanya yang mengenakan kostum tajaan Centrestage Vision Dynamic itu dan gaya rambut oleh Hilmi Awall.

Personaliti yang ada pada Mermaid itu membuatkan Beby gigih berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Begitulah juga sikap Beby dalam melakukan sesuatu terutamanya dalam perniagaan.

Ditanya, apakah dia pernah disapa dengan panggilan Mermaid, Beby berkata, ketika perayaan Aidilfitri yang disambut di Terengganu, ramai kanak-kanak bertanya kepadanya “Adakah awak Mermaid? Saya iyakan saja.

“Bayangkan saya dan adik boleh menonton cerita Mermaid yang sama berulang kali tanpa jemu.

“Kami berdua memang suka sangat nak jadi duyung. Kalau pergi ke pantai itu selalu feeling Mermaid,” katanya yang mendapatkan khidmat jurusolek Barrinamat (Kak Bar) dan tajaan pakaian Shanell Harun.

Barangkali ramai yang tidak percaya, wanita ini sebenarnya mempunyai empat orang anak.

Mendirikan rumah tangga di usia muda iaitu 19 tahun, lebih mengejutkan dia mempunyai ukuran pinggang 58 sentimeter seperti Mermaid!

Ini bermakna, Beby antara individu popular di Malaysia yang mempunyai ukuran pinggang terkecil selepas Allahyarham Puan Sri Saloma yang masih memegang rekod pinggang 53 sentimeter.

Mempunyai pinggang ‘secekak’ juga hasil memakai bengkung jenamanya sendiri, antara usaha yang dilakukan Beby untuk kelihatan seperti Mermaid.

“Kalau kita lihat bentuk tubuh mermaid sangat cantik terutamanya pinggangnya yang ramping. Dengan status saya sebagai seorang ibu beranak empat mustahil untuk mendapatkan pinggang dengan ukuran 23 inci (58sm), namun semuanya tidak mustahil dengan memakai bengkung Slimdollz dan Waist Trainer.

“Dulu saya pernah gemuk dan berat mencecah 76 kilogram. Suami mengambil gambar ketika saya berbaring dan tunjukkan kepada saya. Gemuknya saya masa itu.

“Sangat sedih rasanya sebab tidak dapat jadi seperti Mermaid yang mempunyai pinggang ramping.

“Dek kerana gambar itu juga saya bertekad untuk menguruskan badan dan merampingkan pinggang menggunakan produk saya sendiri kerana saya yakin dengan keberkesanan produk.

“Apatah lagi, pada masa itu saya menjual produk bengkung dan orang tertanya-tanya jual bengkung tapi pemilik produk sendiri tak kurus,” katanya dalam masa dua bulan dia mempunyai berat badan 52 kilogram.

Beby juga baru sahaja memperkenalkan minuman diet Bebydollz Chocolate Slim.

Sumber dari Harian Metro