(Video) Patut La Lama Menyepi. Misteri Kehilangan Along Kamarudin Akhirnya Terjawab

“Along satu ketika dulu pelakon hebat. Budak2 hingus sekarang mana tahu.” Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Sebut saja nama Along siapa tidak kenal. Mungkin bagi budak-budak sekarang tidak tahu siapa beliau, tapi beliau ialah pelakon yang amat terkenal pada masa dulu. Beliau adalah seorang pelakon yang sangat hebat. Sekitar 90an beliau berlakon banyak drama dengan telemovie.

Akan tetapi, kebelakangan ini tidak lagi nampak bayangan beliau di depan kaca TV. Untuk orang zaman sekarang munkin tidak kisah langsung, tapi untuk peminat-peminat yang mengikuti beliau sejak zaman kecil lagi mesti tertanya-tanya di mana dia pergi, dan kenapa tidak muncul lagi di kaca TV?

Lama Menyepi, Misteri Kehilangan Along Kamarudin Akhirnya Terjawab

Rupa-rupanya semua ini telah terjawab. Beliau sekarang telah menjadi pengarah dan sangat kurang lagi berlakon dan muncul di depan kaca TV lagi. Semasa beliau jadi pelakon, beliau sudah ada impian untuk menjadi seorang pengarah yang hebat untuk mencipta karya-karya yang menakjubkan.

Beliau juga tidak sangka impian akan jadi kenyataan satu hari. Sekarang sudah menjadi seorang pengarah, beliau kini berusaha untuk menghasilkan karya yang menakjubkan untuk semua orang.

Lama Menyepi, Misteri Kehilangan Along Kamarudin Akhirnya Terjawab

‘Rezeki’ terpeluk perempuan

Bertuah sungguh pengarah tersohor Along Kamaludin. Waktu kegawatan pada tahun 1998 ramai yang mengeluh tidak mendapat tawaran berlakon mahupun mengarah filem ataupun drama. Namun tidak kepada Along yang rezekinya tidak pernah putus sejak mula bergelar pelakon lagi.

Along atau nama sebenarnya, Shahrom Kamaludin,52, bukan nama baru. Dia menceburi bidang seni ini secara tidak sengaja ketika menemani jirannya, Abdul Hamid Ali menghadiri uji bakat lakonan.

Lama Menyepi, Misteri Kehilangan Along Kamarudin Akhirnya Terjawab

“Dari pagi hingga ke petang saya terpaksa menunggu uji bakat. Tiba-tiba ada seorang budak perempuan yang ingin turut serta namun tidak dibenarkan kerana tidak mempunyai pasangan. Waktu itu, isteri kepada Zulkiflee Saleh ada meminta pertolongan saya menjadi pasangan budak perempuan dari Kuantan tersebut. Kerana kesian terpaksalah saya menolongnya,” kata Along, galak bercerita.

Walaupun hanya pasangan bidan terjun, terpaksa juga dia mengisi borang berlakon. Along tidak berminat dengan dunia lakonan kerana baginya drama-drama Melayu yang ditayangkan kebanyakannya cerita mengumpat orang sahaja.

Lama Menyepi, Misteri Kehilangan Along Kamarudin Akhirnya Terjawab

“Dalam bilik itu saya nampak ada pengarah terkenal Johari Ibrahim antara juri pada hari tersebut. Ketika sedang membaca skrip yang dilekatkan di sekeliling bilik tersebut tiba-tiba budak perempuan itu menangis.

Panik saya dibuatnya dan dengan spontannya tanpa dirancang saya terus memeluk gadis tersebut untuk memujuknya. Waktu itu suspen juga kalau-kalau kena lempang,” kata Along anak kedua daripada empat adik-beradik ini.

Mungkin sudah rezeki, seminggu kemudian dia menerima panggilan berjaya dalam uji bakat tersebut. Along yang masih tidak mempercayainya menyatakan mungkin mereka tersilap orang. Setelah diterangkan mereka memilihnya disebabkan sikap beraninya memeluk perempuan tersebut.

Mahu tidak mahu, Along terpaksa akur juga dengan nasibnya. Habis sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah banyak pekerjaan yang dimohonnya termasuk bekerja di kedai lampu dan Mc Donald’s. Namun semuanya tidak berjaya.

Bermula pada tahun 1984 bermulalah karier Along dalam dunia lakonan dalam melalui pertamanya Akademi Seni sebagai pelakon pembantu. Drama yang berkisar tentang kehidupan remaja itu cukup bersesuaian membuatkan dia seronok untuk terus berlakon.

Lama Menyepi, Misteri Kehilangan Along Kamarudin Akhirnya Terjawab

Melihatkan bakat lakonannya, pengarah Johari Ibrahim menyatakan bahawa Along mempunyai potensi untuk maju ke hadapan. Selepas dua buah drama, terus ditawarkan watak sebagai hero dalam drama pertamanya Gadis Histeria bergandingan dengan Melissa Saila. Sejak itu dia sering ditawarkan memegang watak hero sehinggalah drama terakhirnya Rombongan Che Kiah Ke Sukan Komanwel pada 1998.

Itu merupakan drama terakhir kerana lelaki ini mempunyai visi menjadi pengarah dan seterusnya mempunyai syarikat penerbitan drama sendiri. Demi untuk mempelajari segalanya mengenai selok-belok dunia penerbitan drama, Along sanggup bermula dengan tugasan sebagai floor manager drama, budak konti hinggalah menjadi penolong pengarah bergandingan dengan pengarah Zulkiflee Saleh.

“Sejak berlakon hinggalah sudah menjadi penolong pengarah saya sering curi-curi mempelajari setiap shot yang dilakukan. Hendak belajar secara formal saya tidak mampu. Melalui pengalaman berlakon ini yang saya jadikan pelajaran untuk mencapai cita-cita bergelar pengarah drama ataupun filem,”ujar Along lagi.

Pahit dan manis  sebagai pengarah

Lama Menyepi, Misteri Kehilangan Along Kamarudin Akhirnya Terjawab

Selaku pengarah drama dan filem, Along mempunyai pelbagai pengalaman pahit dan manis sepanjang tiga puluh tahun penglibatannya dalam dunia seni ini. Ada dua peristiwa yang tidak boleh dilupakan ketika penggambaran drama bersiri 1001 Malam.

“Ketika kami shooting di bahagian belakang gua Batu Caves pada pukul 12 tengah malam, babak Joey dan arwah Loloq (penulis lirik terkenal), tiba-tiba saya terdengar bunyi orang menyeru. Saya ingatkan krew kami yang sedang bermain. Apa lagi saya pun menyahut panggilannya.

“Tiba-tiba saya rasa macam ada angin yang melintasi kami dengan daun-daun berguguran mengikuti deruan angin tersebut. Selepas itu kedengaran macam kucing bergaduh pula.

Seram kami dibuatnya dan cepat-cepat saya menyuruh budak-budak berkemas. Dalam perjalanan balik, budak saya kata ternampak bayangan macam langsuir melintasi kami ketika angin bertiup tadi,” kata Along yang lebih suka mengarah drama berbanding filem.

Bukan itu saja, ketika shoting di belakang balai polis Gombak yang sudah ditinggalkan sekali lagi mereka mengalami peristiwa yang menyeramkan, tiba-tiba sahaja krew di bahagian teknikal hilang.

“Akhirnya kami terjumpanya di dalam van sedang menggigil ketakutan. Bila di tanya katanya ternampak perempuan berbaju putih berambut panjang di atas bumbung melihat kami berlakon.

Lama Menyepi, Misteri Kehilangan Along Kamarudin Akhirnya Terjawab

“Sempat juga kami melihat lokasi yang ditunjukkan. ‘Perempuan’ itu masih terpacak di situ. Cepat-cepat saya arahkan semua orang keluar daripada kawasan tersebut dan tinggalkan segala barangan kami.

Esoknya kami datang kembali mengambil barangan yang ditinggalkan, kami didatangi pakcik tua yang menyatakan kawasan kami itu adalah bekas makmal tempat orang kena bunuh, buang anak dan macam-macam lagi.”

Budak krew yang ternampak kelibat wanita tersebut demam selama seminggu. Sejak kejadian itu, Along jarang menjalani penggambaran pada waktu tengah malam berbanding sebelum ini.

Sumber : Gedebak