Liza Hanim Kongsi Rahsia Turun 20KG Paling Mudah Tanpa Ubat

Memiliki berat badan ideal tak semata-mata agar penampilan terlihat cantik. Lebih dari itu, berat badan ideal biasanya jadi salah satu indikator tubuh yang sihat.

Untuk kurus sebenarnya bukanlah satu perkara yang sukar (seperti menawan puncak Everest).

Semua orang, tidak kira umur, atau pangkat, mampu untuk menjadi kurus, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap yang mungkin.

Tak perlu beli produk mahal-mahal, ikut je tips dari Liza Hanim ni..

Kemunculan semula penyanyi bersuara lantang Liza Hanim di pentas Gegar Vaganza membuat peminat teruja. Liza Hanim juga berjaya meranggul gelaran naib juara di malam konsert akhir program tersebut.

Namun begitu, kemunculan imej baru Liza Hanim yang tampil lebih langsing dan penuh gaya mencuri tumpuan ramai. Dan ini Liza Hanim dedahkan rahsianya turunkan berat badan sebanyak 20kg tanpa pil kurus dan diet ketat.

Segalanya bermula apabila dirinya merasakan dirinya terasa tidak selesa untuk berjalan, mudah sakit kaki kerana saiz kaki yang kecil tidak mampu menampung berat badan seterusnya sukar bergerak membuatkan artis ini terdetik, inilah masanya untuk dirinya menurunkan berat badan.

Selebriti ini turut akui bukan perkara yang mudah untuk turunkan berat badan secara natural, lebih-lebih lagi anaknya sedang menyusu badan ketika itu.

Bermula dengan belajar apakah jalan terbaik untuk dirinya turunkan berat badan, seterusnya Liza Hanim cuba memahami cara untuk kuruskan badan secara teratur dan mengikut kondisi tubuh sendiri.

Bertambah getir apabila Liza Hanim merupakan pencinta makanan, namun dia mula mengkaji makanan apa yang sesuai untuknya dan mula mengambil makanan mengikut keperluan dan bukannya kehendak semata-mata.

Wanita ini juga banyak menyertai acara larian yang dianjurkan pada ketika itu. Tambahnya menurunkan berat badan bukanlah untuk keyakinan dan kelihatan cantik semata-mata sebaliknya untuk tampil sihat dan bertenaga. Paling penting kesihatan turut terjamin.

Semoga ianya bermanfaat.

1. Perlu tahu cara betul untuk kurus, jangan ambil jalan mudah

“Ktika membuat keputusan untuk turunkan berat badan, saya belajar dan memahami apakah cara untuk kuruskan badan. Saya tak mabil jalan singkat dengan mengambil ubat-ubatan atau diet ketat. Saya belajar memahami bagaimana badan kita bekerja.”

2. Kira kalori yang diambil & lakukan senaman

“Saya kaji makanan apa yang sesuai dan bagaimana pula dengan porsi makanan dan keperluan senaman. Senaman sangat penting kerana apabila bersenam kita akan dapat memantapkan otot-otot dan membentuk badan.”

 

3. Kena disiplin

“Kalau kita nak buat, kena buat betul-betul kerana cabarannya sangat besar terutama sekali di Malaysia. Ditambah pula dengan cara masakan kita yang tidak membantu untuk meneruskan misi untuk kurus.”

4. Sukat kalori makanan setiap hari

“Saya sukat kalori dan amalkan 1200 kalori. Dengan 1200 kalori saya akan makan ikut porsi. Namun saya tidak meninggalkan nasi dan saya pelu nasi.

“Sebenarnya ketika anak dara dan baru berkahwin, berat saya hanyalah sekitar 58 kg. Tetapi selepas melahirkan anak, berat saya mencecah 78 kg.

Sebab itu saya kuatkan tekad untuk dapatkan berat badan yang ideal. Jadi setelah kejadian itu, setiap kali mengandung saya lebih berhati-hati dalam mengambil makanan, jadi berat badan saya naik secara terkawal.

“Saya tak boleh terus tak makan kerana kita perlukan tenaga. Berpada-pada dalam mengambil makanan dan bersenam. Macam sekarang saya memang tiada masa untuk aktif berlari macam dulu tetapi kenalah gantikan sesuatu yang lain untuk keluarkan peluh.

“Berat badan sebenarnya mempengaruhi suara saya, sudah tentu apabila berat badan meningkat kita akan jadi cepat penat dan kurang tenaga untuk menyanyi dengan baik.

Oleh itu, kita perlu kawal pemakanan seperti penyanyi baru yang miliki masalah berat badan seharusnya mulakan dengan soalan kenapa anda perlu turunkan berat badan kerana setiap orang miliki masalah yang berbeza.

“Sesetengah orang biar pun miliki badan besar tetapi mereka sihat, kurus juga tidak bermakna sihat. Oleh itu, ketahuilah berat badan ideal dan cuba usahakan untuk turun berat badan mengikut kemampuan,” jelasnya lagi.

Rahsia Bahagia

15 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin sesungguhnya satu perjalanan yang cukup indah buat Juara Bintang Penghibur HMI (1999). Perbezaan sikap Liza Hanim yang manja dan suaminya yang selamba membuatkan pasangan ini serasi bersama.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami, isteri. Sesekali bersengketa bukanlah alamat pengakhir hubungan sebaliknya ianya adalah fasa untuk pasangan ini lebih mengenali antara satu sama lain.

“Bagi saya dalam apa cara sekali pun dalam hubungan suami, isteri, jangan lupa bahawa lelaki yang berada di sisi adalah suami kita. Hormatilah dia seadanya dan letakkannya di tempat yang tertinggi dalam segala hal. Sikap bertolak andur dan saling mempercayai adalah ramuan utama dalam perkahwinan.

“Sampai ke satu tahap kita akan berasa bosan apabila kita melalui satu rutin yang sama dalam jangka waktu yang panjang tetapi sebagai suami dan isteri kita perlu lakukan sesuatu untuk semarakkan hubungan. Saya sendiri setelah sekian lama tak menghabiskan masa berdua, kami cuba cari kelainan dengan pergi bercuti berdua dan tinggalkan anak-anak tahun lalu.

“Walaupun susah dan kekok, maklumlah selama ini anak-anak ada bersama dan riuh sepanjang jalan. Rasa janggal apabila sunyi dan tinggal berdua sahaja. Tetapi seronok jika dapat luangkan masa berkualiti dengan pasangan, seolah-olah mood bercinta dan sweet moment itu datang kembali.

Jadi bagi pasangan berkahwin, sesekali curi masa untuk habiskan masa berdua. Percayalah perkara ini berjaya untuk hangatkan kembali hubungan anda,” ungkapnya teruja.

Pantang Sebut Cerai

Jelas Liza Hanim, dirinya amat bersyukur kerana dianugerahkan seorang suami yang amat memahami dan penyayang. Paling penting, bukan sekadar bergelar suami, Mohamed Shahrin menjalankan tugasnya sebagai bapa sebaiknya.

Hingga ke saat ini, Liza Hanim masih kuat memegang nasihat ayahandanya yang berpesan agar sekusut mana sekali pun berhadapan dengan masalah dalam rumah tangga, jangan sesekali menyebut perkataan “cerai”.

Pesanan yang diberi sejak dirinya belum bernikah dengan suami membuatkan dirinya lebih berhati-hati dan sentiasa beringat. Sekiranya berlakunya pergaduhan, dirinya cuba mengambil jalan tengah dan muhasabah diri agar masalah rumah tangga dapat diselesaikan secara tenang dan di bawah pengaruh akal yang waras.

Kalau boleh Liza kongsikan detik-detik permulaan Liza bertudung kerana waktu itu Liza juga melakukannya secara senyap-senyap, bukan?

Saya mula berhijab pada 2010. Sebenarnya, beberapa tahun sebelum itu pun memang sudah terdetik di hati untuk melakukannya tetapi biasalah, hati masih goyah. Syaitan berbisik, macam mana kalau nanti ‘job’ kurang?

Ceteknya pemikiran waktu itu kerana dulu kebanyakan yang bertudung hanyalah penyanyi nasyid. Jarang sekali kita melihat penyanyi biasa bertudung dan buat persembahan seperti biasa.

Akhirnya, suatu hari, ketika mahu bersiap ke ofis, saya capai pakaian yang menutup aurat, dan tidak semena-mena tangan turut mencapai shawl yang ada lalu menyarungkannya.

Saya turun ke bawah, dan ayat pertama suami yang tercengang waktu itu, “Are you sure?” And i said, “Yes!” nak tahu apa dia kata? “Terima kasih, sayang…” Allahu akbar, saya terpukul dengan jawapan itu.

Saya minta maaf kepada suami kerana selama ini mengheretnya sama ke lembah dosa kerana tidak menutup aurat dengan baik.

Sumber dari Mingguan Wanita