‘Mira Filzah Muat Naik Gambar Cincin Di Jari Manis…’ – Ada Apa-apa Ke Tu?

KEDUA-DUANYA tidak pernah memberikan sebarang kenyataan pasti terhadap status hubungan masing-masing. Biar terus menjadi soalan yang sering diajukan kepada mereka, baik Zizan Razak atau Mira Filzah lebih senang untuk terus mengunci mulut.

Pun begitu, Mira Filzah atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, tidak pula menafikan mengenai perhubungan mereka malah mengakui, dia dan Zizan masih lagi berkawan walaupun masing-masing sentiasa sibuk dengan tuntutan kerja harian.

Ditanya adakah mereka sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam ikatan persahabatan itu, Mira menjelaskan bahawa dia kini lebih selesa memikirkan soal kerjaya berbanding cinta.

“Hubungan saya dan Zizan masih baik dan kami berkawan seperti biasa. Sejak kebelakangan ini kami sangat sibuk bekerja tetapi itu tidak menghalang kami untuk terus berkawan.

“Tentang fasa seterusnya, belum tiba masa untuk saya kongsikan. Buat masa ini saya mahu memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya dahulu. Bila tiba masanya, saya pasti akan berkongsi dengan semua,” jelas Mira ringkas.

Tidak perlu menunggu hadiah daripada sesiapa, pelakon Mira Filzah memutuskan untuk membeli sendiri cincin yang disifatkannya sebagai hadiah tahun baharu.

Menerusi entri di Instagram, kata Mira, biarpun dia tidak gemar memakai aksesori, namun dia menunggu untuk menerima sebentuk cincin daripada insan istimewa.

“I don’t like to wear accessories (at all). But I always wanted a ring. Just one ring. Tapi tak nak beli sendiri. I want to have this “one ring” as a gift from someone. I want this “one ring” to have values and memories that I can cherish everytime I look at it. I want this “one ring” to be so special, because it is the only accessory that I’ll be wearing everyday.

Setiap kali Mira keluar, mesti tengok cincin cincin yg cantik. Mula lah dalam hati terdetik, nak beli ke tak. Nak. Nak ada satu! Tapi tak nak beli sendiri. It’s not that I can’t afford it, I just want it to be special. As time goes by, I hold on to myself, keep on looking for beautiful rings, and keep on dreaming.

But TODAY, I decided to just buy one for me as a new year gift. At the end of the day, the perfect ring is the one that you bought for yourself, as a reward and appreciation for all the hardwork, sleepless night, sweat and tears; as a symbol of self-love, a symbol of power, for being strong, staying strong, keeping strong and for being able to cope with everything that comes in between.

Only YOU know how much pain and suffer, love and happiness of yourself. Cheers to new year, new life, bigger goals and bigger dreams 2019! .

Thank you makcik makcik @farhadiana@princessmeenie sbb berjaya mempengaruhi I!

Bagaimanapun untuk tahun baharu, Mira memilih untuk menghadiahkan sebentuk cincin untuk dirinya sendiri, dan menganggap ia sebahagian daripada simbol kekuatan seorang wanita.

“Saya mahu cincin itu mempunyai nilai dan kenangan yang dapat saya hargai setiap kali saya melihatnya. Saya mahu cincin itu menjadi istimewa, kerana ia adalah satu-satunya aksesori yang akan saya pakai setiap hari.

“Tetapi hari ini saya buat keputusan untuk beli sendiri. Cincin yang sempurna adalah yang anda beli untuk diri anda sendiri, sebagai simbol kasih sayang dan kekuatan,” tulis Mira.

Sumber: Astro Awani