Miss Nepal dapat gelaran ‘bidadari syurga’

Shrinkhala Khatiwada adalah pemenang Miss Nepal World 2018 dan juga pemegang gelaran Miss Best Hair. Dia berasal dari Hetauda. Beliau menamatkan pengajiannya dari Akademi Hetauda dan berpindah ke Kathmandu untuk melanjutkan pelajaran.

Shrinkhala Khatiwada 22, merupakan penduduk asli Hetauda, Khatiwada, mengalahkan 24 peserta lain untuk memenangi gelaran Miss Nepal 2018 pada edisi ke 23 Treasure Hidden Miss Nepal 2018.

Dari zaman kanak-kanak, dia berminat untuk mereka bentuk dan merupakan seorang yang sangat kreatif. Beliau menyertai IOE, kolej kejuruteraan Pulchowk untuk Kejuruteraan Senibina.

Selain hobi rekabentuk dan menulis, dia sangat bersemangat untuk menjadi salah seorang peserta Miss Universe 2018 kini dia mewakili Hetauda, Nepal bertanding dalam pertandingan ratu cantik yang sedang berlangsung di China

Rahsia Mengenai Shrinkhala Khatiwada

Dia seorang arkitek dengan profesion dan suka anjing sebagai haiwan kesayangan

Shrinkhala Khatiwada suka kopi

Dia percaya pada positivisme dan kesederhanaan

Dia seorang penulis kisah sedih dan pereka

Dia seorang penceramah yang bagus

Nama: Shrinkhala Khatiwada

Nama manja: Phunu

DOB: 1996

Tempat lahir: Hetauda, Nepal

Nama Keluarga: Birodh Khatiwada

Sekolah: Akademi Hetauda

Perkerjaan: Arkitek

Tinggi: 5 kaki 7″

Status Perhubungan: Single

Pizza Makanan Kegemaran: Pizza, Dal Bhat

Hobi: Menulis, Merekabentuk, Yoga

Binatang Kegemaran: Anjing

Minuman Kegemaran: Kopi

Miss Nepal dapat gelaran 'bidadari syurga'Miss Nepal dapat gelaran 'bidadari syurga'Miss Nepal dapat gelaran 'bidadari syurga'Miss Nepal dapat gelaran 'bidadari syurga'Miss Nepal dapat gelaran 'bidadari syurga'

Sumber dari Ratu

Mengapa ratu cantik Malaysia susah nak menang?

KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan antara negara yang aktif menghantar wakil ke setiap pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa.

Beberapa wakil Malaysia yang dipilih sebelum ini juga mempunyai pakej lengkap dengan memiliki wajah yang jelita dan paling penting bijaksana.

Namun fenomena hari ini menyaksikan peserta Malaysia masih gagal melepasi beberapa peringkat utama yang dipertandingkan.

Baik Miss Universe, Miss World, Miss Earth, Miss Grand International dan banyak lagi.

Debra Jeanna Poh berkata, fenomena ini sememangnya berlaku namun ini bukan bermakna Malaysia harus berhenti menghantar perwakilan ke setiap pertandingan ini.

Bagi Miss Grand Malaysia 2018, Debra Jeanna Poh, fenomena ini sememangnya berlaku namun ini bukan bermakna Malaysia harus berhenti menghantar perwakilan ke setiap pertandingan ini.

“Pertandingan ratu cantik ini sama seperti acara sukan, kalah sekali tidak semestinya kalah selamanya, sekiranya kita terus mencuba kita pasti akan berjaya,” kata Debra ketika ditemu bual menerusi program Rupawan AWANI pada Isnin.

Tambahnya lagi, kriteria yang ditentukan untuk pemenang juga berubah saban tahun dan ini menyebabkan setiap perwakilan masih gagal mencapai kriteria yang ditentukan oleh penganjur dan panel juri.

Gadis Sabah berusia 22 tahun ini bakal membawa nama negara ke China pada pertandingan kali ini dan bersaing bersama lebih 80 peserta dari seluruh dunia.

Antara lain, Debra berkata perbandingan yang dilakukan oleh peminat ratu cantik seluruh dunia di laman media sosial adakalanya mendatangkan tekanan buat dirinya, namun perkara itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus berjuang memberikan yang terbaik buat Malaysia.

“Semua peserta merupakan saingan bagi saya, tetapi di peringkat Asia pastinya peserta Filipina, India, Thailand dan Indonesia, tetapi pastinya ini memberi motivasi untuk saya bekerja dengan lebih keras,” tambahnya.

Pencapaian tertinggi wakil Malaysia setakat ini di pentas ratu cantik adalah menerusi Lina Teoh yang mendapat tempat ketiga di pentas Miss World 1998.

Selain itu, Rahima Orchient Yayah juga berjaya melepasi peringkat Top 10 pada Miss World 1994, Arianna Teoh Top 10 Miss World 1997, Deborah Henry Top 15 Miss World 2007 dan Dewi Liana Seriestha yang menjuarai kategori Miss World Talent di Miss World 2014.