Tak nak nyanyi lagi, Mizz Nina sambung belajar dalam bidang al-Quran

miss nina belajar al quran

Mizz Nina dan suaminya dikenali ramai sebagai pasangan yang romantik dan merendah diri. Video suaminya yang sentiasa membaca al-Quran pada setiap pagi menyejukkan hati buat semua peminat mereka.

Mizz Nina dan suamiTak nak nyanyi lagi, Mizz Nina sambung belajar dalam bidang al-Quran

Mizz Nina sendiri semakin mendekati ilmu agama melalui online dalam Diploma Pengajian Islam. Dia ingin menamatkan pengajiannya dalam tempoh dua tahun semenjak mengambil Taklim al-Quran di Alhuda International sejak lapan bulan lalu.

Dalam temubual bersama Astro Gempak, Mizz Nina memberitahu bahawa belajar secara online ini merupakan suatu perkara yang menyeronokkan.

Terdapat banyak subjek yang boleh diambil seperti tafsiran, hadis, dan sirah. Tapi ada exam juga, jangan lupa study ya Mizz Nina.

Ingin belajar agama dengan lebih mendalam

Tak nak nyanyi lagi, Mizz Nina sambung belajar dalam bidang al-Quran

Disebabkan Mizz Nina seringkali melakukan penggambaran di luar negara, pembelajaran secara online membantunya agar tidak ketinggalan dalam beberapa subjek tersebut.

“Saya boleh belajar secara ‘live’ di dalam kelas juga terlepas kelas, saya juga boleh mendengar rakaman semula,” katanya.

Wanita berusia 38 tahun itu juga menggunakan aplikasi Skype bagi mendengar ceramah bersama pensyarah dari Kanada dan Amerika Syarikat. Dia mentelaah pelajaran selama empat jam untuk tiga kelas dalam seminggu.

Tidak mahu bernyanyi lagi

Tak nak nyanyi lagi, Mizz Nina sambung belajar dalam bidang al-Quran

Mizz Nina memberitahu bahawa dia tidak lagi mahu menyanyi sama ada di pentas ataupun mengeluarkan lagu terbaru.

Katanya, dia ingin menghabiskan pengajian ini dan terus memikirkan sama ada mahu meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau sebaliknya.

Jika selawat berzikir untuk diri sendiri saya ada, tapi untuk buat persembahan atas pentas, saya sudah tiada minat.

Semoga Mizz Nina terus istiqamah dalam mempelajari agama. Dan semoga bahagia ke akhir hayat bersama suami tercinta.

Sumber: Astro Gempak