Muatnaik Gambar Buku Pink, Abam Teruja Bakal Timang Cahaya Mata.

PERNAH berasa kecil hati apabila kerap ditanya bila isteri nak hamil, pelawak Abam (Bocey) akhirnya berkongsi berita gembira dia bakal menjadi bapa.

Setelah hampir setahun berumah tangga, pelawak Abam (Bocey) berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil.

Menerusi laman Instagramnya, Abam telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan kad rawatan kesihatan ibu mengandung, milik isterinya beserta status yang meluahkan rasa syukurnya dengan berita itu.

“Alhamdulillah terima kasih semua…. Syukur alhamdulillah Allahuakbar,” ucapnya penuh syukur.

Muatnaik Gambar Buku Pink, Abam Teruja Bakal Timang Cahaya Mata.

Isteri kepada pelawak Abam Bocey kini sedang hamil tiga bulan. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkongsi berita gembira tersebut menerusi mStar Online.

“Saya dah tahu lama tapi kami baru ke klinik untuk buat pemeriksaan.

“Alhamdulillah, rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semuanya,” ujarnya.

Muatnaik Gambar Buku Pink, Abam Teruja Bakal Timang Cahaya Mata.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian para peminat dan pengikut Abam di laman Instagram yang tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah selain mendoakan yang terbaik buatnya dan isteri.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan bernikah dengan isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada 9 Disember 2017 dan majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari 2018, di kediaman Abam, di Gombak.

Pada acara sederhana tapi meriah itu, Abam menyerahkan seutas rantai emas dan mas kahwin bernilai RM 3,000 serta wang hantaran sebanyak RM 13,888.

Abam yang pernah dua kali dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada edisi 2014 dan 2015, mula berkenalan dengan Nurhidayah pada tahun 2009, namun hubungan itu terhenti seketika atas kesibukan masing-masing.

Yang menariknya, semasa majlis menyambut menantu di rumah Abam, Abam telah menjemput sesiapa sahaja yang sudi memeriahkan majlisnya.

Yang terbaru, Abam berkongsi gambar buku ‘pink’ menerusi akaun instagramnya. Buku ‘pink’ sinonim dengan buku laporan untuk ibu mengandung.

Muatnaik Gambar Buku Pink, Abam Teruja Bakal Timang Cahaya Mata.

Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ni merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.

Setelah hampir setahun usia perkahwinannya, Abam berkongsi khabar gembira isterinya kini sedang hamil. Ramai yang tahu, Abam kini dalam usaha untuk misi mengecilkan badan.

Difahamkan Abam berjaya mengurangkan sebanyak 30kg berat badannya. Alhamdulillah usaha Abam membantunya untuk mendapatkan zuriat dengan izin Allah.

Muatnaik Gambar Buku Pink, Abam Teruja Bakal Timang Cahaya Mata.

” Alhamdulillah terima kasih semua…. Syukur ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR !! “

Peminat Pesan Abam Jaga Isteri Elok-Elok, Jangan Buat Kerja Berat

Rata-rata pengikut Abam turut sama mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.

Muatnaik Gambar Buku Pink, Abam Teruja Bakal Timang Cahaya Mata.

” Alhamdulillah… tahniah abam n isteri semoga dipermudahkan olehNYA.. “

” Tahniah.. menjadi jugk misi mengecil.. “

” Tahniah.. abam.. semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan.. “

” Tahniah abam.. jga wife elok2.. smga ibu n baby sihat slalu.. “

” Syukur alhamdulillah Tahniah buat Abam dan isteri.. Semoga dipermudahkan segalanya.. “

” Tahniah abam bocik…. semoga dapat zuriat yg soleh dan solehah…. “

” Tahniah @abam_bocik semoga bayi yg bakal ditimang menjadi anak yg soleh/ solehah… “

” Alhamdulillah.. tahniah Abam.. semoga semua dipermudahkan.. tak sangka sedap sangat nama @abam_bocik: SYED UMAR MOKHTAR.. “

Semoga semua urusan dipermudahkan sehinggalah proses bersalin nanti. Semoga mendapat anak yang soleh dan solehah yang boleh membahagiakan ibu bapa di dunia dan akhirat.

Muatnaik Gambar Buku Pink, Abam Teruja Bakal Timang Cahaya Mata.

Sumber dari mStar dan IG