“No Need Big Cake…” – Rody Kristal Sambut Birthday Isteri Di Kedai Mamak, Makan Nasi Kandar Je

Penjaga gol skuad futsal wanita negara, Niena Azman terharu menerima kejutan hari jadi daripada suaminya, Rody Kristal.

Menariknya lagi, kejutan itu dibuat di sebuah kedai mamak bersama keluarga mereka.

Niena berkongsi momen manis tersebut menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya baru-baru ini.

“Dia, mungkin tak punya wang banyak… mungkin tak punya kereta sport tapi dia punya saya. Kejutan hari jadi daripada En. Mi, but the biggest surprise is dekat kedai mamak die celebrate.

“Nasi Kandar… jarang-jarang orang buat. Dia cakap poket nipis bulan ni sebab banyak perkara yang nk disettelkan, Niena cakap tak kisah asalkan ada sepotong kek je.

“No need big cake or romantic dinner, cukuplah doa dan ingatan kat Niena… betul-betul dia bagi sepotong kek.

“Do you know how lucky im to have you in my life? Simple but sweet #wanitaterbahagia. Thanks En.Mi sebab jadi orang yang sentiasa nak buat Niena senyum.

“Anyway mak mertua Niena tau belanja Nasi Kandar ni, comel je… Rasa bertuah diterima dalam keluarga En.Mi  #imgolie #birthdaygolie,” tulisnya.

Niena dan Rody telah mendirikan rumah tangga pada 28 April lalu dan dijangka bakal melahirkan anak sulungnya pada Januari depan.

Rody menerusi Instagram miliknya menyifatkan perkahwinannya itu sebagai hari bersejarah buat dirinya dan berjanji akan menjaga dan membimbing isterinya dengan baik.

“Buat isteri yang tercinta, Insya-ALLAH I akan jaga dan bimbing sayang,” tulisnya.

Sebelum ini,Niena memberitahu dia terbuka hati menerima Rody kerana gitaris itu bukan seorang lelaki yang suka ‘mengayat’.

Katanya, Rody adalah lelaki pertama yang benar-benar berani untuk melamarnya berbanding lelaki lain yang hanya manis mulut.

Rody sebelum ini melamar Niena menerusi Instagram dan mencabar Nur Izwani mengulang siar (repost) status mesejnya itu jika dia sudi menjadi isterinya dan cabaran itu akhirnya disambut oleh Niena.

Sumber dari Gempak