Norman Ajak Abby Berlakon Balik Dalam Gerak Khas, Ini Jawapan ‘Inspektor Aleeza’!

DRAMA siri Gerak khas popular sekitar tahun 1999 pastinya dekat dihati penonton dengan dibarisi pelakon hebat.

Meskipun drama arahan Datuk Yusoff Haslam itu silih berganti para pelakonnya namun drama ‘berhantu’ itu terus kekal sehingga kini.

Jika anda masih ingat, Abby Abadi pernah popular dengan watak ikonik Inspektor Aleeza dalam drama kepolisan Gerak Khas suatu ketika dahulu.

Malah, Abby juga pernah mencipta fenomena menerusi wataknya bersama Datuk AC Mizal dalam Gerak Khas The Movie.

Terbaharu, Norman berseloroh menerusi entri di Instagramnya mengajak Abby untuk kembali berlakon dalam drama yang bakal memulakan penggambaran musim terbaharu tidak lama lagi.

“Datuk Yusof Haslam suruh stand by, lagi sebulan nak start shooting Gerak Khas musim baru.

“Dan yang kedua dia minta pesan pada Abby Abadi stand by juga untuk diserap masuk semula dalam Gerak Khas.

“Itu ini begitu begini last sekali saya call Abby minta Datuk Yusof Haslam cakap sendiri dengan puan punya badan.

“So now decision is yours Abby,” tulis Norman yang terkenal dengan watak Inspektor Haris sejak musim keempat Gerak Khas.

Melihatkan pada perkongsian Norman itu di Instagram nya, rata-rata peminat menyambut baik pada perkhabaran tersebut malah begitu teruja apabila mendapat tahu dua pelakon utama drama ini suatu ketika dahulu bakal kembali.

Malah Abby menerusi di Instagram nya juga telah memuat naik beberapa posting seakan petunjuk bahawa dia bakal muncul kembali dalam Gerak Khas. Ada yang merindui Abby untuk berlakon?

Namun ini jawapan Abby!

“Macam mana nak buang lelemak berlebihan ni Norman Hakim. Help! Hahahaha,” tulis Abby.

Norman Ajak Abby Berlakon Balik Dalam Gerak Khas, Ini Jawapan 'Inspektor Aleeza'!
Perbualan itu menarik minat netizen yang mahukan Abby untuk kembali berlakon dalam drama popular itu.

Malah, ada yang inginkan pelakon-pelakon lain antaranya Datuk AC Mizal dan Farid Amirul (Detektif Lim) untuk berlakon semula dalam Gerak Khas.

Sumber dari Gempak