Ozlynn Jelas Kenapa Pilih Nama ‘Moleiq’ Untuk Anak Kelima

Ozlynn Jelas Kenapa Pilih Nama ‘Moleiq’ Untuk Anak Kelima

Selepas menimang cahaya mata kelima pada 17 Jun lalu, pelawak Johan Raja Lawak telah mengumumkan nama anaknya sebagai Nur Latifah Moleiq Haninia di program Meletop dua minggu lalu.

Johan dan isterinya Ozlynn Wati masih memberi keunikan kepada nama anaknya selepas anak keempatnya sebelum ini yang dinamakan dengan nama Chantiq.

Menjelaskan mengenai pemilihan nama tersebut, Ozlynn memberitahu nama tersebut diberikan sendiri oleh Johan.

“Pada mulanya kita mahu namakan anak kelima ini dengan ‘Cerdik’, tetapi menurut Johan bagi memudahkan saya untuk memanggil anak-anak dia beri nama Moleiq (molek).

“Yelah bila panggil anak keempat Chantiq (cantik) terus sebut Moleiq (molek). Ala macam kita sebut ‘cantik, molek…’

“Sudah tentu kita memilih nama yang baik-baik sahaja untuk anak-anak kita dan semua orang tahu maksud molek iaitu yang baik-baik dan cantik.

“Nur Latifah pula bermaksud cahaya kelembutan.

“Sementara nama Hanania itu merupakan nama keluarga kami yang mana semua anak diberikan nama tersebut. Ia bermaksud dikasihi Allah,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengenai perkembangan terkini, Ozlynn memberitahu dia kini mahu menumpukan sepenuhnya menjaga bayinya yang masih kecil.

“Saya masih menyusukan Moleiq, jadi saya kini banyak meluangkan masa di rumah menjaga dan bersamanya.

“Jangan tanya mengenai perancangan anak seterusnya kerana saya rasa setakat ni, cukuplah dulu,” katanya berseleroh.

Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.