Padam gambar bersama Izham, luah rasa kecewa di Instagram. Status rumah tangga Mia Ahmad jadi tanda tanya

Setelah hampir 2 tahun Mia Ahmad mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan, pasangan ini telah pun menimang cahaya mata sulung mereka pada September yang lalu.

Bayi lelaki yang bernama Sayf Issa tersebut juga merupakan penyeri hidup buat pasangan sama cantik sama padan ini memandangkan Mia juga dikatakan telah mengalami keguguran pada akhir tahun lalu.

Menerusi perkongsian terbabit, Mia turut mengumumkan nama cahaya mata pertamanya, selain mengucapkan terima kasih atas doa dikirimkan orang ramai buat mereka.

“Memperkenalkan hadiah berharga kami, Sayf Issa Mohd Izham Tarmizi. Dia dilahirkan dengan berat 3.27 kilogram pada 28 September lalu.

“Seseorang yang baharu untuk dicintai sudah berada di sini. Terima kasih Allah kerana menghantar kami si kecil ini,” tulisnya di laman laman sosial berkenaan.

Pelakon drama Hati Perempuan itu berkata, fasa yang dinikmatinya ketika ini cukup indah.

“Bangun pagi sahaja, memang dialah yang ingin dilihat depan mata. Tidak lengkap rasanya hari yang dilalui tanpa menyentuh dan membelai dirinya. Sama juga dengan suami saya.

“Alhamdulillah, kehadiran Sayf terus menebarkan cinta buat kami berdua,” katanya ringkas ketika dihubungi BH Online.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 30, dan pemain bola sepak pasukan JDT, Izham, 27, mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.

Kepada mereka yang mengikuti perkembangan pelakon, Mia Ahmad di laman sosial Instagram, pastinya menjadi tanda tanya mengenai gambar yang dikemaskini (update) Mia buat masa ini.

Melihatkan pada profile Instagramnya, Mia nampaknya telah memadam gambar bersama suami, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Namun demikian, semalam pelakon drama bersiri Mr. Boss, Miss Stalker tersebut dilihat telah memuat naik satu status yang seolah-olah berunsur kecewa di laman Instagramnya.

Padam gambar bersama Izham, luah rasa kecewa di Instagram. Status rumah tangga Mia Ahmad jadi tanda tanya

Bukan itu sahaja, malah pelakon cantik berusia 30 tahun tersebut juga dilihat telah memadam semua gambar dia bersama suami di Instagram miliknya.

Untuk mengelakkan timbulnya sebarang pertanyaan daripada penminatnya, Mia juga dilihat telah menutup ruangan komen pada status berkenaan sehingga membuatkan munculnya persoalan dalam minda netizen tentang status sebenar rumah tangga pelakon cantik ini.

Namun begitu, foto romantik mereka suami isteri masih lagi kelihatan di laman Instagram Izham Tarmizi.

Padam gambar bersama Izham, luah rasa kecewa di Instagram. Status rumah tangga Mia Ahmad jadi tanda tanya

Padam gambar bersama Izham, luah rasa kecewa di Instagram. Status rumah tangga Mia Ahmad jadi tanda tanya

Perkenalan Melalui Twitter

Pelakon Mia Ahmad mendedahkan perkenalannya dengan penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan bermula di laman sosial iaitu Twitter.

Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi, berkata, pemuda itu pertama kali mencuba nasib dengan menyapanya di laman sosial berkenaan.

“Kalau saya dedahkan takut Izham malu pula, sebenarnya, dia menyapa saya ‘hai’ di Twitter, tapi saya tidak mengendahkannya sehingga ada peminat yang retweet dan usik-usik.

Padam gambar bersama Izham, luah rasa kecewa di Instagram. Status rumah tangga Mia Ahmad jadi tanda tanya

“Pada mulanya saya ingat peminat yang saja kacau-kacau, bila peminat sering mengusik kami, saya terfikir untuk (cari) Google nama dia dan barulah saya tahu dia pemain bola sepak,” ujarnya kepada mStar Online.

Mia berkata, dia kagum dengan kesungguhan Izham yang tidak putus asa cuba mendekati dirinya.

“Saya kesihan juga sebab layan dia begitu, tapi dia tidak putus asa dan terus berusaha untuk berkenalan. Akhirnya saya balas juga (mesej) tapi ikut kesempatan sahaja.

“Sehingga satu hari seorang rakan kami mempertemukan saya dan dia ketika saya menjalani penggambaran drama di Johor Baru. Kami bertukar nombor telefon,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mia berkata, hubungan tersebut hanya menjadi rapat selepas lapan bulan mereka berkawan

“Kami kenal memang sudah setahun tapi sebagai kawan biasa sahaja. Memang setiap kali kalau dia di Kuala Lumpur dia akan hubungi saya untuk jumpa.

“Tapi saya menolak dengan pelbagai alasan kerana saya tidak tahu apa niat dia, saya juga takut dipermain-mainkan dengan lelaki. Saya bukan budak-budak muda yang masih inginkan hubungan sia-sia,” ujarnya.

Sementara itu, Izham berkata, dia pernah berasa putus asa untuk memikat aktres berkenaan selepas beberapa kali percubaannya tidak dilayan.

Namun, katanya, jodoh berpihak kepada mereka apabila Mia mula menerima kehadirannya dan membuka hati untuk dia menjadi teman istimewa sedikit demi sedikit.

“Saya minat dia sejak drama Hati Perempuan, saya suka lihat dia berlakon dan penampilannya dalam drama tersebut membuatkan saya terpaut.

“Susah nak pikat dia, sebab kita tak tahu cara dia macam mana, pernah rasa putus asa kerana tidak dilayan malah jadual kami yang padat juga membataskan saya untuk mengenali dia.

“Sehingga saya rasa kami tidak sesuai bersama kerana kehidupan dan kerjaya yang berbeza,” ujarnya.

“Selepas berkahwin saya pindah di Johor Baru dan tentang kerjaya, kami sudah berbincang untuk bertolak ansur.

“Saya terpaksa berkorban masa bersama jika menerima tawaran drama bersiri kerana ia memerlukan saya ada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang panjang. Jika telefilem tiada masalah,” ujarnya.

Sehingga kini, Mia dan suami masih lagi belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang status sebenar rumah tangga mereka. Walau bagaimanapun, rata-rata ramai yang berharap agar rumah tangga kedua-dua pasangan ini terus bahagia seperti sebelum ini.

Sumber : IG Mia Ahmad, Izham Tarmizi