Roslan Salleh Dedah Kenapa Dia Berniaga Dendeng Walaupun Masih Terima Tawaran Berlakon. Tak Sangka Ini Puncanya.

Nama pelakon veteran, Roslan Salleh secara tiba-tiba menjadi perbualan hangat apabila gambarnya menjual daging dendeng tular di platform pelbagai media.

Pada yang kurang mengenalinya, Roslan merupakan pelakon senior yang sering muncul di filem dan drama tempatan.

Sejak gambarnya menjual daging dendeng tular di media sosial baru-baru ini, ramai juga netizen yang mempersoalkan adakah pelakon veteran Roslan Salleh masih mendapat tawaran berlakon.

Ini kerana filem terakhirnya yang masih ‘segar’ adalah filem Munafik 2. Gempak sempat menghubungi Roslan atau lebih mesra dipanggil Pak Lan untuk mengetahui perkembangannya kini.

Roslan Salleh Dedah Kenapa Dia Berniaga Dendeng Walaupun Masih Terima Tawaran Berlakon. Tak Sangka Ini Puncanya.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh anak saudaranya, Roslan dilihat sedang menjual daging dendeng di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah Melaka.

Menurut Pak Lan, dia kini masih menunggu dua lagi filem untuk ditayangkan dalam masa terdekat iaitu filem Perjanjian Anak Setan dan satu lagi merupakan filem terbitan Datuk A. Aida.

Kesihatan tidak mengizinkan

” Namun setakat itu saja saya mampu berlakon. Selepas ini, mungkin akan berkurang sebab kesihatan saya tidak lagi mengizinkan.

” Memang banyak tawaran tapi itulah kesihatan saya yang tidak menentu buat saya kurang bertenaga. Faktor usia mungkin,” katanya.

Produk jualannya juga dibungkus rapi dengan pelekat jenama Daging Dendeng Pak Lan.

Rata-rata netizen memuji usaha Roslan yang kini menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

Menurut Pak Lan, antara penyakit dialaminya termasuklah kencing manis, tekanan darah rendah serta pernah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru beberapa tahun lalu.

Jika mahu membeli daging dendeng Pak Lan, anda boleh lakukan carian ‘Warung Hijau Rojak Sotong’ di aplikasi Waze atau Google Maps. Jika mahu memesannya secara atas talian anda boleh terus WhatsApp ke nombor 0173250843.

Jadi orang Melaka, apa tunggu lagi, pakatlah serbu ‘Daging Dendeng Pak Lan’!

“Sedap Sangat!”

– Ramai tanya kat mana gerai ni, Gerai ni betul2 dekat depan Warung Hijau, Kg. Durian Daun, Masjid Tanah. Alamat spesifik xtau la minta maaf. Yg pasti, kalau dtg dari Pekan Masjid Tanah, just jalan ke arah Kg. Durian Daun, then bila nampak Tasik n Masjid terapung, terus jer… Nanti akan perasan satu warung warna hijau tepi jalan, banyak kereta. Situ la. Tapi malam je. Kalau siang Pak Lan selalu berniaga di Bandar Hilir.

– Ye roslan salleh ni pelakon veteran. Support la. Kite nak dtg support pun kite duk jauh. Sedapnye daging dendeng

– Yes sedap sangatttt. Aku dah cuba. Masatu die jual dekat area taming sari. Rugi guys tk cuba

– Dulu dia jual goreng pisang dkt Kelemak Alor Gajah pun laris. Semoga Pak Lan dimurahkan rezeki

Sebelum ini tular Roslan Salleh jual pisang goreng

Sementara itu sebelum ini kisah Roslan Salleh pernah tular apabila menjalani kehidupan getir apabila terpaksa melakukan pekerjaan menjual kuih-muih dan pisang goreng di kampung halamannya di Aloh Gajah, Melaka untuk menyara keluarga.

” Disebabkan keadaan kesihatan saya tidak pulih lagi serta perbelanjaan yang tinggi kami sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah bapa mertua saya di Alor Gajah, Melaka,” ujarnya kepada mStar Online.

Roslan berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangannya selepas foto menjual pisang goreng di Melaka tersebar di laman sosial.

Tambah Roslan, biarpun keuntungan hanya RM10 hingga RM30 sehari, namun dia bersyukur sedikit sebanyak dapat membantu menambah perbelanjaan harian keluarganya.

” Pendapatan saya tidak banyak pun kalau dapat RM10 sehingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur.

” Saya kena kuat mental dan fizikal untuk meneruskan kehidupan, kalau saya tidak kuat siapa lagi yang nak tanggung keluarga,” ujarnya yang kini mempunyai seorang isteri dan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Roslan yang baharu memulakan bisnes tersebut empat bulan lalu turut mengalami pengalaman pahit apabila dia tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dan diberi notis tiga hari supaya berpindah oleh pemilik kedai.

Anggap ada hikmah setiap yang berlaku

Dia menganggap ia sebagai asam garam kehidupan dan yakin ada hikmah dengan setiap perkara yang berlaku.

” Pada mulanya saya tumpang meniaga di sebuah kedai tapi disebabkan saya ingin memohon lesen perniagaan kedai tersebut tidak mahu memberi kerjasama.

“Kedai itu memberi notis tiga hari kepada saya supaya mencari lokasi lain untuk berniaga, saya akui kawasan tersebut agak strategik dan ramai pelanggan tapi nak buat macam mana sudah tiada rezeki lama di situ,” ujarnya.

Tambah Roslan, selain menjual pisang goreng dia juga mengambil upah bertukang secara kecil-kecilan di kawasan kampung berkenaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber dari Ariana Rose