“Saya sedang berkenalan dengan beberapa wanita…looking forward” – Zamani

PENYANYI Zamani berkata dia sedang serius mencari teman wanita bagi menamatkan zaman bujangnya.

Malah Zamani, 47, mengakui sedang mengenali beberapa wanita.

Saat Zamani mengakui sudah berpunya

“Adalah saya berkenalan dengan beberapa orang… berkawan biarlah ramai.

“Sekarang saya masih mencari-cari dan looking forward,” katanya kepada mStar Online.

Katanya, biarpun tawaran menyanyi tidak sebanyak ketika selepas menamatkan program rawatan di Rumah Pengasih beberapa tahun lalu, namun rezeki dalam bidang nyanyian masih ada.

KOSMO!: Apa khabar Zamani? Boleh kongsikan sedikit mengenai perkembangan terkini anda?

Zamani: Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja. Saya masih menerima undangan nyanyian seperti biasa.

Pada masa yang sama juga, saya sedang mencari lagu yang sesuai untuk dirakam dan dipasarkan sebagai single baharu. Kemungkinan besar, saya akan menyanyikan lagu hasil ciptaan penyanyi muda, Haqiem Rusli.

Anda dilihat begitu selesa dengan perjalanan seni sekarang.

Sejujurnya, buat masa ini, tawaran menyanyi masih ada. Biarpun tidak selebat beberapa tahun lalu iaitu ketika saya mula-mula keluar daripada Rumah Pengasih, namun, rezeki itu masih ada.

Bagi saya, biarlah peluang ini diberi kepada penyanyi yang betul-betul mahu menyanyi kembali dan mencari rezeki.

Sebagai seorang artis senior, bagaimanakah anda menjaga momentum karier nyanyian anda supaya tidak tenggelam oleh lambakan penyanyi baharu?

Mudah sahaja. Jika mahu kekal dalam industri, kita kena pandai bawa diri. Bagi saya, zaman glamor telah lama berlalu. Tidak perlu berlagak atau meninggi diri kerana bidang nyanyian ini perlu dianggap sebagai tempat untuk kita mencari rezeki.

Anda pernah menghabiskan banyak masa sebagai penghuni Rumah Pengasih sejak beberapa tahun lalu. Adakah anda masih mendapatkan rawatan di sana?

Rawatan di sana telah lama selesai. Namun, jika ada kelapangan dan jadual tidak padat, saya akan mengunjungi Rumah Pengasih bagi sesi bertanya khabar yang diadakan pada setiap hari Khamis.

Bagaimanakah pula dengan kehidupan peribadi anda? Sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang?

Saya sedang mengenali hati budi seorang wanita dan jika sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga, saya akan khabarkan pada pihak media.

Menerusi program itu Zamani mendapat tempat ketiga GV5 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.

Zamani menyampaikan lagu Bunga duet bersama Billy Zulkarnain

Bercerita mengenai tugasannya untuk menyanyikan lagu rap iaitu Bunganyanyian asal Altimet, Zamani berkata dia berpuas hati dengan persembahan itu.

“Mungkin nyanyian saya tidak sebaik rappers sebenar namun saya lega apabila mendapat komen positif daripada juri,” katanya.